Makan Roti Putih Boleh Jadi Punca Sebabkan Insomnia


Hindari minuman berkafein. Ianya merupakan nasihat yang biasa kita dengar bagi mengelakkan kesukaran untuk tidur. Setelah mengambil minuman tersebut, mata akan terasa segar.
Namun, pernahkah anda mendengar bahawa dengan mengambil roti putih boleh menjadi punca insomnia kepada seseorang individu? Ikuti kupasan menarik oleh Hello Doktor seperti di bawah.
Insomnia disebabkan roti putih? Saintis di New York City mencadangkan bahawa pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan tahap gula dalam darah naik dengan tinggi sehingga mengakibatkan badan melepaskan hormon punca seseorang individu itu sukar tidur. Turut dipercayai bahawa individu wanita lebih berusia yang makan makanan bergula dan roti putih akan cenderung mengalami insomnia.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition ini telah mengkaji buku harian makanan bagi lebih daripada 50,000 individu wanita pertengahan usia 60-an. Responden wanita yang terlibat dalam kajian ini telah melalui proses menopaus dan tahap indeks glisemik diet mereka telah dicatatkan oleh saintis.
Pengukuran indeks glisemik diet ini akan mengukur kesan makanan kepada gula dalam darah seseorang individu. Ini kerana makanan tinggi lemak atau protein mempunyai kandungan indeks glisemik lebih rendah berbanding makanan tinggi karbohidrat dan gula, yang akan mengakibatkan peningkatan tahap gula dalam darah.
Analisis penyelidikan Analisis catatan dalam buku harian yang dilakukan mendedahkan pengambilan bijirin yang diproses dan gula dikaitkan dengan keadaan tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini juga dikaitkan dengan timbulnya keinginan untuk makan dengan lebih banyak, sekali gus turut akan memberikan kesan terhadap badan.
Berdasarkan kajian mendapati wanita dengan skor indeks glisemik diet tertinggi adalah 11 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami insomnia berbanding individu wanita yang mempunyai tahap skor indeks yang paling rendah.
Selain itu, responden wanita yang terlibat dalam kajian ini juga adalah 16 peratus lebih berkemungkinan untuk membangunkan masalah insomnia dalam tempoh susulan kajian jika mereka mengambil terlalu banyak makanan tinggi kandungan gula.
Individu wanita yang diet pemakanannya melibatkan pengambilan sayur-sayuran, serat dan buah-buahan (bukan jus) adalah sangat tidak berkemungkinan untuk mengalami insomia atau mengembangkan risiko untuk membangunkannya.
Walaupun buah-buahan, secara umumnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Namun, buah-buahan juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu mengurangkan peningkatan gula dalam darah. Keadaan ini sekali gus menjadikan ia sebagai makanan rendah indeks glisemik.
Hasil kajian Menurut pengarang utama kajian, merangkap pakar psikiatri di Columbia University, Dr James Gangwisch, “Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan membuktikan pemilihan dan pengambilan diet pemakanan tertentu adalah penting kepada individu yang mempunyai masalah insomnia.”
”Maka, jika seseorang ingin menghindari daripada berdepan dengan masalah insomnia, mereka perlu mengelakkan pengambilan makanan bergula serta mengawal berat badan,” ujar Dr James lagi.
Tindak balas badan Walaupun kajian ini tidak menjelaskan mengapa pengambilan gula dan makanan karbohidrat diproses seperti roti putih, kek, pastri dan pasta boleh memberikan kesan terhadap kuantiti tidur seseorang, namun Dr James mempercayai perubahan hormon akibat pengambilan makanan tersebut boleh menjadi faktor mendasari.
Dr James menjelaskan, “Apabila gula dalam darah naik secara mendadak, badan anda akan bertindak balas dengan melepaskan insulin. Situasi ini akan menyebabkan penurunan gula dalam darah, sekali gus mengakibatkan pelepasan hormon seperti adrenalin dan kortisol. Hormon-hormon tersebut boleh mengganggu tidur.
Apa kata pakar? Seorang penyelidik dari Tufts University di Boston yang tidak terlibat dengan penyelidikan ini, Dr Jose Ordovas berkata, “Kesan yang berlaku mungkin sebaliknya.”
Beliau berpendapat bahawa, wanita yang tidak dapat tidur akan cenderung untuk berdepan dengan diet yang tidak sihat. Ini kerana keletihan yang dialami akan meningkatkan pengambilan makanan ringan.
”Menggunakan kajian ini sebagai asas kepada pencegarah dan rawatan insomnia adalah sangat tidak kukuh,” ujar Dr Jose.
Selalunya doktor akan menyarankan diet rendah glisemik kepada individu yang perlu menurunkan atau mengawal kadar gula dalam darah mereka. Ini termasuk mereka yang menghidap diabetes, perlu menurunkan berat badan ataupun membangunkan tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat.
”Untuk mendapatkan tidur yang lebih baik mungkin boleh dijadikan sebab lain untuk mengamalkan pemakanan rendah glisemik. Selain itu mesej utama dalam kajian ini adalah untuk menghadkan pengambilan karbohidrat diproses seperti roti putih dan gula tambahan yang berisiko untuk membangunkan atau memburukkan lagi insomnia,”  ujar Dr Jose.
Bagaimana insomnia berlaku? Insomnia atau masalah tidur malam sering berlaku terutamanya dalam kalangan individu di bandar. Kehidupan bandar yang semakin aktif pada hari ini membuatkan insomnia semakin berleluasa.
Insomnia boleh muncul apabila anda mengalami tekanan. Masalah di tempat kerja atau sekolah dan kebimbangan tentang pekerjaan, kesihatan, kewangan, keluarga, rakan, atau hubungan boleh menjejaskan tidur anda. Lebih memburukkan keadaan, masalah tidak mendapat tidur yang berkualiti boleh berterusan walaupun selepas masalah anda berlalu.
Minum kopi, teh atau minuman tenaga pada waktu petang; atau makan terlalu banyak pada lewat makan boleh menimbulkan masalah untuk tidur. Mengapa? Kafein boleh menyebabkan anda berjaga.
Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menyumbang kepada insomnia. Katil atau bantal yang tidak selesa, mahupun bilik yang terlalu panas, sejuk, bising dan cerah juga boleh membuatkan anda sukar tidur.
Sesetengah masalah kesihatan boleh menyebabkan insomnia, seperti :
Masalah kesihatan mental seperti tekanan, gangguan bipolar dan gangguan panik. Masalah kesihatan fizikal seperti penyakit kronik, penyakit jantung, kanser dan diabetes. Pengambilan ubatan tertentu juga mendatangkan kesan sampingan, termasuk insomnia. Selain itu, faktor peningkatan usia yang menyumbang kepada perubahan dalam badan turut menjadi faktor insomnia.
Cara atasi insomnia Insomnia jika dibiarkan untuk tempoh jangka masa panjang akan menyebabkan seseorang individu mengalami masalah tidak cukup tidur kronik yang tentunya memberikan impak pada psikologi dan fizikal.
Jadi apakah cara untuk mengatasi insomnia?
Hindari kafein. Ia dapat membantu untuk memudahkan anda tidur. Lakukan aktiviti. Jika tidak boleh tidur, bangun dari katil dan lakukan aktiviti lain seperti membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan. Tetapi jangan bermain telefon pintar atau sebarang gajet, kerana cahaya daripada skrin akan membuatkan anda lebih segar. Pemakanan seimbang. Amalkan pemakanan yang sihat serta melakukan aktiviti fizikal secara teratur. Ia pasti dapat membantu anda untuk tidur lebih mudah. Kesimpulan  Insomnia adalah satu keadaan biasa yang mempengaruhi tidur anda dan ia boleh berlaku kepada sesiapa. Walau jika keadaan yang anda hadapi semakin kronik, pastikan anda mendapatkan bantuan profesional.
Sumber : Asyikin Md Isa via Hello Doktor
The post Makan Roti Putih Boleh Jadi Punca Sebabkan Insomnia? appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/31/makan-roti-putih-boleh-jadi-punca-sebabkan-insomnia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puding Roti Tanpa Oven Guna Kuali Je Tak Sampai 10 Minit Anak Dah Boleh Makan

Puding Roti Tanpa Oven Guna Kuali Je Tak Sampai 10 Minit Anak Dah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 312 hits
Menyediakan menu berbakar seperti puding roti pastinya memerlukan ketuhar atau oven untuk membakar namun tidak pada resipi yang satu ini Resipi perkongsian menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini memang unik Puding roti untuk anaknya yan...
Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 417 hits
Terlalu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan Memang seronok bila tengok si kecil makan tapi perlu dipertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana ketika itu baru si kecil memerlukan kalori tambahan dalam pemakanan merek...
Nasi Dipanas Semula Boleh Sebabkan Keracunan

Nasi Dipanas Semula Boleh Sebabkan Keracunan

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 456 hits
Nasi yang dipanaskan semula untuk dimakan boleh menyebabkan keracunan makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya hari ini memaklumkan ia bukan kerana pemanasan semula nasi terseb...
Makanan Tinggi Gula Boleh Jadi Pencetus Ekzema Gula Sebabkan Tahap Insulin Anak Melonjak

Makanan Tinggi Gula Boleh Jadi Pencetus Ekzema Gula Sebabkan Tahap Insulin Anak Melonjak

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 447 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka Selain faktor keturunan dan juga persekitaran kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan Kajian menunjuk...
Godaan Telur Kuning Cair Tapi Ibu Hamil Jangan Makan Boleh Kena Jangkitan Bakteria

Godaan Telur Kuning Cair Tapi Ibu Hamil Jangan Makan Boleh Kena Jangkitan Bakteria

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 437 hits
Semasa mengandung ibu hamil kena berhati hati Biarpun orang kata waktu mengandunglah nak makan apa saja perlu diperhatikan juga Bukan semua jenis makanan boleh dimakan sewenang wenangnya Jika tidak diberikan perhatian ada kemungkinan mendap...
Punca Tak Boleh Tidur Yang Ramai Orang Tak Tahu

Punca Tak Boleh Tidur Yang Ramai Orang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 382 hits
KEBIASAAN jika kita tidak boleh tidur malam kita jadi hilang punca dan pasti kita akan melakukan aktiviti tertentu untuk melayan mata yang degil tak mahu pejam Antara aktiviti yang pasti ramai orang suka lakukan ialah membelek smartphone pu...
Jual Pil Gugur Janin Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun Makan Tanpa Kawalan Boleh Bawa Maut Kkm

Jual Pil Gugur Janin Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun Makan Tanpa Kawalan Boleh Bawa Maut Kkm

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 429 hits
Mutakhir ini isu penjualan pil pengguguran janin seperti misoprostol secara dalam talian semakin memuncak Pengambilan pil gugur tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar boleh memberi implikasi seperti rahim terkoyak pendarahan tidak no...
Ini Rupanya Sebab Mengapa Kita Tak Boleh Makan Babi

Ini Rupanya Sebab Mengapa Kita Tak Boleh Makan Babi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 284 hits
Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada memakan babi Namun adakah anda tahu mengapa Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya Daging yang paling tinggi konsumsinya Jika dilihat pada konteks global daging babi merupakan daging ya...
Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 551 hits
Gambar Sekadar HiasanBila masuk bab suap menyuap ni rasa kita kali terakhir makan suap menyuap adalah sewaktu makan beradab Selepas itu tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan malu Malu orang nampak malu anak ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti