Makan Pasembur Dan Mee Sotong Padang Brown


 Assalamualaikum...

MENGIKUT perancangan asal, selepas pekena Nasi Kandar Kampung Melayu, di sebelah malam, kami akan ke Padang Brown tapi disebabkan terlajak masa sehingga membawa ke maghrib, plan nak makan pasembur ditangguhkan. Malam tu, kami cuma lepak di bilik sambil pekena Teh Tarik 3 dalam 1 yang Sk bawa dari Johor, ngam-ngam tiga bungkus dapat dalam Hamper Raya. Sekarang kan, dah tak berapa minum air segera ni, tu yang baru jer perabis. Tu pun banyak yang dah dibagi-bagi orang. 

Oh ya, masa tempah bilik, kami diberitahu sempena promosi apatah di Jen Hotel tu, kami dibenarkan check-out lewat dan Pak Inche minta untuk keluar pukul 2 petang. Jadi, lepas check-out, Pak Inche terus mengajak ke Padang Brown. Misi yang harus selesai katanya, sebab tak tahu lagi bila dapat mai. Aduyai.. Sk turutkan jugaklah, jaga perut dan jaga perasaan, kan. 

Padang Brown ni antara tempat paling nostalgia di Penang, kan. Katanya, orang-orang Penang je yang akan ke sini. Pelencong-pelencong ramai yang suka ke Padang Kota atau Gurney Drive. Tengoklah bangku tu, kalau di Johor, memang dah tak nampak lagi bangku dan meja macam ni. Nampak jer kaki bangku tu kurus, tapi keras tau


Setakat ni, cuma Mee Sotong di Padang Brown dan Noor Mee Sotong sahaja yang betul-betul sedap di tekak kami ni. Awal-awal dah pesan dengan Pak Inche, jangan pesan sampai tiga pinggan, hehehe. dulu, Sk ingatkan mee ini digoreng bersama sotong, rupanya mee goreng biasa yang diletakkan sambal sotong. Kesedapannya bergantung kepada rasa sambal sotong kembang dan kesedapan mee gorengnya la. Sk suka yang ni sebab dia tak ngelat letak badan sotong


Laichikang, sedap betul dihirup masa cuaca sedang membahang. Alhamdulillah, sepanjang trip kali ni, cuaca baik-baik sahaja cuma renyai sikit masa beratur nak makan Nasi Kandar. Oh, ya .. rasa laichikang kat sini lain sikit la dari kedai tomyam di Johor. Mana sedap? Dua-dua sedap


Ini yang paling Sk suka dengan Ais Kacang atau ABC di Padang Brown. Masih kelihatan asli dan tidak melebih-lebih dengan pelbagai warna dan perisa. Cukup susu dan sirap serta campuran rasa dari jagung berkrim dan kacang merah serta aiskrim vanila


Lupa nak fokus pada Pasembur sahaja. Terkejut tengok apabila dihidangkan kepada kami padahal rasanya Iman pilih beberapa keping sahaja. Sk suka rasa kuah pasembuq yang tidak manis macam Pasembur di Kuala Ketil


Besar kan portion Mee Sotong tu. Nasib baik cuma pesan sepinggan aje. Tak boleh bayang kalau pesan tiga pinggan, mahu mengah nak menghabiskan dengan nak perabih pasembuq tu lagi


Hari tu tak sanggup beratur nak beli Ais Tingkap, mujur ada di sini cuma tidaklah asli. Minuman yang dikatakan hanya boleh didapati di Pulau Pinang ini adalah campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan antaranya selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa, air kelapa dan resepi rahsia iaitu sarbat dan dijual dari tingkap kedai sejak 100 tahun lepas. Kalau yang asli menggunakan ais yang diparut tapi yang Sk minum ni cuma diletakkan ais ketul. Hurmmm.. kena jugak cari yang asli ni

Sumber

Abaikan la muka Iman tu ya. Memang setiap kali dia tahu orang nak ambil gambar, suka buat muka macam tu. Tengok gambar-gambar trip ke utara ni, terus rasa rindu. Rasa macam nak pergi lagi. Lupa terus macam mana seksanya memandu beratus kilometer, menahan mengantuk, mengadap trafik perlahan dan beratur nak makan dan duit yang mengalir macam air.. hahahaha.. hahahahaha

😝😝😝


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/11/makan-pasembur-dan-mee-sotong-padang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Patin Ori Termeloh Di Cafe Gerobok Koi Bertam Kepala Batas

Makan Patin Ori Termeloh Di Cafe Gerobok Koi Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 513 hits
Cafe Gerobok KoiMenu utama Cafe Gerobok Koi yang terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang ni adalah masakan patin tempoyak Ikan patin yang diorang guna ni memang di ambil direct dari Pahang lebih spesifik ikan patin termeloh Kalau koran...
Singgah Makan Di Restoran Muhamad Loh Bertam Kepala Batas

Singgah Makan Di Restoran Muhamad Loh Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 570 hits
Restoran Muhamad LohRestoran Muhamad Loh ni terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang Makanan di sini makanan berkonsepkan masakan cina tapi halal la sebab di masuk oleh orang Islam Aku dah pernah datang makan dalam 2 3 kali sini dan per...
Kena Campor Tangan Lah Nak Makan Duit Buta Saja Mana Boleh Bagi Pegang Duit Banyak Banyak Bukan Reti

Kena Campor Tangan Lah Nak Makan Duit Buta Saja Mana Boleh Bagi Pegang Duit Banyak Banyak Bukan Reti

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 320 hits
Tak perlu campurtangan tuntutan RM100 juta Kedah Sanusi beritahu Chow October 30 2021 Permohonan Kedah ini bukan urusan Ketua Menteri Pulau Pinang menurut Muhammad Sanusi Md Nor PETALING JAYA Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memin...
Provokatif Menyindir Turki Hantar Pulang 7 Pelarian Syria Muat Naik Video Makan Pisang

Provokatif Menyindir Turki Hantar Pulang 7 Pelarian Syria Muat Naik Video Makan Pisang

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 276 hits
Turki dilapor menghantar pulang pelarian warga Syria atas kesalahan memuat naik video makan pisang ke media sosial yang dianggap sebagai provokatif lapor Suara com Media melaporkan pihak berkuasa negara berkenaan menyiasat 31 orang yang ter...
Shanty Istri Denny Cagur Tantang Mantan Tkw Makan Bakso Super Pedas Ini Potretnya

Shanty Istri Denny Cagur Tantang Mantan Tkw Makan Bakso Super Pedas Ini Potretnya

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 211 hits
Istri komedian Denny Cagur Shanty menantang mantan TKW Farida Nurhan menyantap bakso super pedas Akankah keduanya berhasil menyelesaikan tantangan tersebut Simak ulasannya berikut ini
Ibu Takleh Cari Makan Macam Ni Siti Nurhaliza Kongsi Gelagat Aafiyah Nyanyi Cipta Lirik Sendiri Comelnya

Ibu Takleh Cari Makan Macam Ni Siti Nurhaliza Kongsi Gelagat Aafiyah Nyanyi Cipta Lirik Sendiri Comelnya

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 325 hits
Kemunculan Aafiyah anak sulung penyanyi nombor satu negara Dato Seri Siti Nurhaliza di Instagram penyanyi itu sering kali menjadi tumpuan Mana tidaknya ada sahaja gelagat Aafiyah yang mencuit hati ramai Terbaru menerusi Instagramnya Dato Si...
Bilik Menunggu Tidak Disediakan Aaron Aziz Makan Bermejakan T0ng S4mpah

Bilik Menunggu Tidak Disediakan Aaron Aziz Makan Bermejakan T0ng S4mpah

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 282 hits
Lama tidak mendengar khabar aktor kacak Aaron Aziz memandangkan dia jarang berlakon drama seperti sebelum ini Namun begitu pelakon kelahiran Singapura ini tetap aktif di media sosial dengan memuat naik aktiviti aktiviti hariannya
Wajib Baca Bagi Yang Suka Makan Luar Inilah Ciri Ciri Kedai Ada Pelaris Yang Patut Dihindari

Wajib Baca Bagi Yang Suka Makan Luar Inilah Ciri Ciri Kedai Ada Pelaris Yang Patut Dihindari

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 301 hits
WAJIB BACA BAGI YANG SUKA MAKAN LUAR INILAH CIRI CIRI KEDAI ADA PELARIS YANG PATUT DIHINDARI Bagi Anda yang suka makan di luar rumah atau punya hobi wisata kuliner waspada dan telitilah memilih tempat makan karena bisa jadi makanan yang and...
Cheese Tart Untuk Makan Makan

Cheese Tart Untuk Makan Makan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 192 hits
Assalamualaikum SEHARI sebelum ke Sedili Sk siapkan Cheese Tart untuk dibawa ke sana Crustnya dah beli dua tiga minggu sudah tapi asyik tertunda jer nak membuatnya Beli crust tu pun bukan plan nak bawa ke Sedili saja la beli untuk makan adi...
Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Oleh Oleh Dari Tokyo

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

5 Brands With The Best Customizable Sofas

Lirik Lagu Raya Ya Ya Iman Troye Dato Sri Aliff Syukri

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Motorcyclist Assaults Snatches Gold Bracelet From Woman In Simpang Pulai


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Time Management For Entrepreneurs

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Pancawarna

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Aud Jpy Pasangan Mata Wang Bersilang Rabu 26 Februari 2025

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda