Makan Nan Cheese Ayam Tandoori Mamu Junction


 Assalamualaikum wbt
SEKARANG ni, kalau nak lepak makan Mamak, memang sanggup memandu jauh sampai ke Eco Botanic walaupun dalam kawasan taman dan taman-taman yang berdekatan, ada jer Kedai Mamak. Kalau setakat nak makan roti canai atau roti telur, bolehlah, tapi kalau nak makan tosei, memang malas dah, sebabnya kuah chutney tu, memanjang tak ada. Sikit-sikit habis.. sikit-sikit habis, geram betul! Dah tahu kedai tu buka sampai malam, boleh tak masak kuah tu lebih sikit. Atau kalau takut basi, masaklah dua kali. 

Makan berdua jer dengan Iman di Mamu Junction sebab Pak Inche bertugas perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim. Tahniah JDT berjaya merangkul piala malam tu. Lawannya, lawan yang sama masa Piala Malaysia tapi masa tu JDT gagal menempa kemenangan. Begitulah bola yang bulat, ada masa kalah, ada masa menang.

Selalu nampak pelanggan lain pesan Roti Nan dengan Ayam Tandoori. Nampak menarik sangat persembahannya, jadi malam tu, Iman kata nak cuba. Nak tengok, sedap Mamu atau Bismi. Pendapat Iman, ada pro dan kontra. Nan Cheese Bismi kejunya di dalam roti dan boleh tarik-tarik macam pizza, sebaliknya Mamu letak cheese atas roti. Kesimpulannya, keduanya ada kelebihan tersendiri. Sk cuma rasa sikit jer, tak adil pulak nak buat ulasan melebih-lebih, hehehe.

Malam tu, Sk macam biasalah, pesan Mee Goreng. Sedihlaaa, mee gorengnya tak sesedap macam masa MAKAN HARI TU. Sama ada tukang masak tak konsisten atau tukang masak tak sama. Merajuk dah tak nak lagi order Mee Goreng kalau datang sini.

Datang lagi Mamu, kali ni bertiga dengan Pak Inche sekali. Sk pesan Nan Cheese Ayam Tandoori. Baru nampak kejadiannya, dia gunakan slice cheese, kemudian ditabur dengan rempah apa tah. Masa sampai ke meja, rotinya panas-panas, jadi cheese tu nampak basah-basah berkilat. Boleh dikatakan Sk lebih sukakan Nan Cheese Mamu ni.
Ayamnya pun banyak datang dengan Sos Pudina yang sedap. Dhal cicah Nan Cheese tu pun sedap sangat. Mau tiap kali datang memang ambik Nan Cheese aje la lepas ni agaknya sebab dah merajuk nak makan Mee Goreng, hahaha.

Pak Inche pulak nak cuba Capati di sini. Capatinya kecik sikit saiznya dari capati di E&Y dan agak tebal, mungkin dia gelek cepat sangat. Kesimpulannya, capati di E&Y lebih sedap, tapi kuah di Mamu Junction lebih sedap pulak. Ni macammana? Nak kena beli capati kat E&Y lepas tu bawa makan ke Mamu pulak ke? Hahaha. Lagipun kami lebih enjoy suasana di Mamu Junction yang lebih meriah dan paling penting cantik dan bersih


Iman, tak pernah-pernah pesan Murtabak, malam tu dia kata, ingin nak rasa murtabak daging. Sekali sampai, satu dulang, hahahaha. Semua ternganga bila nampak dulang murtabak tu. Ada tiga jenis kuah, dhal, kari ayam dan kuah bawang


Bapaknya pun apalagi, dok menyakatlah anaknya dapat murtabak besar dulang. Nak tak nak kena habiskan. Bapaknya tukang gelak tapi dia yang melebih pulak makannya. Anak mami mamaklah katakan, mana boleh dipisahkan dengan makanan mamak, ya tak




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/makan-nan-cheese-ayam-tandoori-mamu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 235 hits
Selain bubur nasi si kecil mama yang dah boleh makan juga boleh makan mihun yang khas untuk bayi Paling penting bahan bahan yang digunakan di dalam hidangan tersebut baik untuk di kecil ibu Resepi mihun sup ayam cheese yang dikongsikan Mama...
Resipi Korean Garlic Cheese Versi Roti Gardenia Makan Panas Panas Tak Cukup Satu

Resipi Korean Garlic Cheese Versi Roti Gardenia Makan Panas Panas Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 178 hits
Bulan puasa yang bakal menghampiri kita tidak lama lagi ada baiknya kita sediakan resipi bersahur yang ringkas untuk yang tidak berapa gemar makan nasi Resipi Korean Garlic Cheese versi roti gardenia ini antara yang boleh anda cuba Memang s...
Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Buat Sendiri Kat Rumah Baru Puas Anak Makan

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Buat Sendiri Kat Rumah Baru Puas Anak Makan

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 243 hits
Memang sedap makan ayam bakar seperti Kenny Rogers atau Nandos tapi lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah makan dengan suami dan anak anak Boleh buat banyak banyak anak anak pun puas makan Ayam Bakar KENNY ROGERS Bahan bahan 1ekor ayam 2l...
Kata Tak Nak Makan Ayam Tapi Makan Jugak

Kata Tak Nak Makan Ayam Tapi Makan Jugak

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah makan ke tu SA baru sudah makan tadi lepas Pak Zain balik dari solat Jumaat Hari ni kan Pak Zain balik bawak 2 kotak nasi Ayam Golek ada orang sedekah kat Masjid katanya so dia amik 2 kotak tadi tengahari dia b...
Pakai Susuk Tak Boleh Makan Ayam Cucuk

Pakai Susuk Tak Boleh Makan Ayam Cucuk

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 244 hits
PAKAI SUSUK TAK BOLEH MAKAN AYAM CUCUK Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt ZAMAN kecil sampailah sekarang memang tak berubah pantang larang bagi orang yang pakai susuk Siapa pakai susuk tak boleh lalu...
Makan Roti Naan Cheese Di Naina Ampang Ipoh Perak

Makan Roti Naan Cheese Di Naina Ampang Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 348 hits
Makan Roti Naan Cheese Di Naina Ampang Ipoh Perak Ini adalah satu lagi post lama yang tertinggal dan lupa nak publish haha Maafkanlah mama atas faktor usia ni Rasanya kejadian ini adalah pada bulan Oktober masa mama balik dari ambil anak ma...
Sosej Ayam Homemade Resipi Campak Campak Buat Makan Bertambah Sedap

Sosej Ayam Homemade Resipi Campak Campak Buat Makan Bertambah Sedap

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 185 hits
Sekali sekali hidangan sosej menjadi pelengkap kepada hidangan sarapan pagi ala barat yang mudah dan enak Pun begitu ada waktunya membeli sosej dari kedai terasa sedikit meragukan Apa kata kita hasilkan sendiri sahaja di rumah Air tangan in...
Hiburan Ramai Muslim Makan Sini Menu Sushi Mengandungi 1 Alkohol Status Restoran Jepun Ini Undang Perdebatan Netizen

Hiburan Ramai Muslim Makan Sini Menu Sushi Mengandungi 1 Alkohol Status Restoran Jepun Ini Undang Perdebatan Netizen

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 188 hits
Tular di media sosial semalam apabila seorang pengguna aplikasi itu ada memuat naik sebuah tangkap layar memaparkan status halal sebuah restoran sushi terkenal Dalam hantaran tersebut individu itu mempersoalkan mengapakah masih ramai orang ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord