Makan Malam Thai Di Dshaban Seafood


Masa balik Melaka hari tu puas hati dapat makan makanan Thai yang betul-betul ada rasa Thai, bukan sekadar pedas dan masam semata-mata. Kena dengan selera kami. Kami singgah makan malam di DSHABAN SEAFOOD yang terletak di Jasin, Melaka.
Jumpa kedai ni macam kebetulan tau, cuma itulah Tuhan kata kalau dah rezeki kan, pusing sana sini pun tetap lah menjadi rezeki kami. Ikut pengalaman lepas susah betul nak jumpa kedai Thai Tomyam yang ada rasa real Thai tu.
Kalau dekat KL kami masih struggle mencari kedai Tomyam yang sedap. Kalau ada please suggest kat komen ya. 



Makan Malam Thai di Dshaban Seafood Jadi memang kedai ni masuk list akan repeat di masa hadapan. Secara jujurnya, kami semua puas hati dengan makanan dan servis dekat sini. Oleh sebab kami puas hati jadi aku bermurah hati beri rating yang tinggi untuk google review DSHABAN SEAFOOD.




Alang-alang tu meh aku cerita sikit pengalaman makan-makan kami malam tu. Waktu baca buku menu aku dah berperang dengan diri sendiri sama ada nak makan Tomyam atau kerabu. Niat asal nak cari tomyam ya. Nak order dua-dua risau membazir. Akhirnya nekad aku pilih kerabu. Menyesal? Mestilah tidak.




Suasana & Servis Kedai

Kedai dia sederhana, selesa dan tak besar tak kecil. Waktu kami makan dah ada pelanggan tapi tak terlalu bising. Pekerja pun ramah dan cepat ambil order. Makanan pun tak perlu tunggu lama. Jadi untuk pengalaman aku makan malam servis mereka bagus. Pinggan, mangkuk, cawan okay. Kebersihan terjaga.

Korang boleh baca aku jalan-jalan cari makan di Melaka dekat bawah: 

Cucur udang Alor gajahRoti TitabWaronk AvenueRumah Asam Pedas / Asam Pedas Berkat SalamIkan Bakar Melaka
 

Makan apa?

Antara yang kami order malam tu:

Sotong celup tepung – rangup di luar, lembut di dalam. Tepung dia tak tebal sangat, just nice. Sotong fresh, tak liat langsung.
Kerabu megi Seafood – portion dia okey, bahan pun banyak. Cuma bagi tekak aku, rasa dia agak manis sikit. Kalau kurang manis sikit, memang ngam dah.


Sup ekor – panas-panas waktu sampai, aroma dia pun dah menggoda. Yang best, langsung tak hanyir. Rasa dia pun balance. Suami yang order tapi kesian terpaksa berebut makan dengan anak-anak.


Beberapa menu lain pun kami order, semuanya sedap dan berbaloi dengan harga. Kerang rebus segar tapi takde la sampai teringat-ingat.

Yang penting, menu berasakan seafood memang fresh. Tak rasa macam stok lama atau yang dah beku lama dalam peti. Bila makan tu boleh rasa kesegaran ketam, sotong dan udang yang digunakan. Star of the day jatuh kepada sup ekor.

 

Harga & Keseluruhan

Harga dekat sini sangat berpatutan. Portion pun puas hati. Range harga bawah RM20 untuk seorang makan.
Lokasi Kedai

DSHABAN SEAFOOD
Jc 3003, Jalan BJB 3/2, Bandar jasin bestari, 77200 Jasin, Melaka
Waktu Operasi

4.00 petang – 2.00 pagi
(Buka setiap hari -  boleh semak di Google sebelum pergi)


Kesimpulan

Kalau korang tengah cari tempat makan seafood Thai yang sedap di Jasin, memang kami highly recommend DSHABAN SEAFOOD. Rasa makanan dia ada vibe Thai yang sebenar, servis bagus, dan harga mesra poket. Confirm akan repeat lagi lepas ni!

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/06/makan-malam-thai-di-dshaban-seafood.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 249 hits
Balik dari bersihkan diri dan rehat Sementara menunggu waktu maghrib dok fikir nak makan apa malam ni Nak order in room dining ke Nak keluar makan ke Ke macam mana Nampak gaya masing masing penat dan macam malas nak keluar Tak cukup rehat b...
Makan Malam Di Nlsb Cafe

Makan Malam Di Nlsb Cafe

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum WBT LEGA tengok anak depan mata minggu ni Iman balik hari isnin tuari masa cuti Hari Keputeraan DYMM YDP Agong Minggu ini kelas online katanya Mesti bff dia dah balik Shah Alam tu ialah sabtu ni raya haji kan Baguslah tahun ...
Makan Di Mana

Makan Di Mana

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum WBT PAGI ni PI ajak sarapan di luar tapi Sk rajin pulak nak masak Masak Nasi Goreng Daging dan buat telur separuh masak Ada jus nenas dan teh o panas perisa mangga Makan di Restoran Ong Shun Seafood Sizzling Tofu is wajib Si...
Makan Di Key Original Sup Gear Box Serambi Teruntum Kuantan

Makan Di Key Original Sup Gear Box Serambi Teruntum Kuantan

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 145 hits
Assalamualaikum WBT BEBERAPA kali vtt RZ Ikan Bakar ni fyp di TT apabila Sk membuat carian makan malam sedap di Kuantan Terpengaruh jugaklah tengok orang makan ikan bakar tepi pantai kan Kami plan malam kedua sebelum balik Johor nak makan d...
Makan Tengahari Asian Buffet

Makan Tengahari Asian Buffet

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum WBT PETANG ni cuaca nampaknya macam nak hujan Dua tiga hari ni hujan di Tanah Jauhar turun tidak tentu masa Malam selasa lepas tak silap tiba tiba hujan di Tampoi Semalam pun dua kali Sk kena hujan yang turun tiba tiba Tapi ...
Bila Kedai Makan Nampak Menarik Tapi Mengecewakan

Bila Kedai Makan Nampak Menarik Tapi Mengecewakan

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum Baru baru ini xde la baru sangat bulan lepas masa rumah tengah kelam kabut nak cat dan makeover tu SA bawak PZ dan suami cuba makan di sebuah kedai makan baru yang kelihatan gah dari luar pencahayaan cantik dan boleh tahan l...
Resipi Sup Bebola Tepung Pulut Inti Penuh Sedap Makan Dengan Minyak Cili

Resipi Sup Bebola Tepung Pulut Inti Penuh Sedap Makan Dengan Minyak Cili

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 255 hits
Resipi Sup Bebola Tepung Pulut perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni nampak sangat sedap Sesuai dinikmati dikala musim hujan Bila sebut mengenai tepung pulut ia biasanya digunakan untuk membuat manisan seperti Butir Nangka Badak Berendam d...
Lagi Lagi Makan Di Grand By Adam S Kitchen

Lagi Lagi Makan Di Grand By Adam S Kitchen

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum WBT DUA kali dah makan di Adam s Kitchen cawangan Kulai yang belum disiarkan dalam blog Alam Sari Di Tanah Jauhar ni Adam s Kitchen ni sering menjadi pilihan tempat makan malam PI selain Restoran Al Anisah Yong Tapi ada juga...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Bila Tak Dapat Dia Tantrum Elak Anak Ketagih Gajet Naz Rahman Ganti Dengan Lego Jadi Lebih Fokus Kreatif

6 Sekeluarga Tenggelam Dalam Sungai Anak Sulung Tak Ikut Kini Sebatang Kara

15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb