Makan Malam Tahun Baru 2023 Di Thai Pan Buffet Steamboat Grill
Makan Malam Tahun Baru 2023 Di Thai Pan Buffet Steamboat & Grill | Mood sambut tahun baru dah jadi macam nothing special bila usia dah banyak ni walau memang nak cepat ke tahun baru 2023 dan tahun seterusnya
Seronok tengok kawan-kawan dan saudara mara melancong, jelajah negara dan bercuti dalam negeri, tapi entahlah, mood tu belum berkobar-kobar lagi. Mungkin sebab nak cepat selesaikan hutang dan nak rasa tenang dan bercuti dengan tenang
Selain dari tu seriously memang sekarang ni rasa tersangat malas nak travel ke mana-mana sebab bukan dek sebab penat tapi bila fikir nak travel ni memang penat. Kadang-kala terlihat juga nak bercuti ke Dubai yang dirindui tapi rutin menjaga bonda tu lebih penting, jadi kita bersabarlah ya. Kalau nak boleh bercuti pun bermula hari Jumaat, tu pun tengahhari bila habis tugasan di rumah bonda dan Isnin kena kembali ke rutin
TIADA PLANNING PUN NAK MAKAN DI LUAR
Makan Malam Tahun Baru 2023 Di Thai Pan Buffet Steamboat & Grill
Dalam tengah menyiapkan juadah tengahhari, Angah Ammar mesej bagitahu nak belanja makan di Thai Pan Buffet Steamboat & Grill. Dah lama tak makan steamboat, ya lah last hari tu kat makan malam di Rot Thai masa bulan Ramadan
Mujur masih boleh buat booking, risau penuh sebab malam tahun baru kan
Makan Malam Tahun Baru 2023 Di Thai Pan Buffet Steamboat & Grill
Memandangkan kami semua seramai lapan orang, jadi kami ambil dua dapur dan kedua-duanya Angah ambil kuah tomyam.
Tak banyak gambar yang diambil sebab rasanya makan steamboat kat mana-mana pun sama je kan, jadi boleh jer jengah tiktok saya atau jengah kat youtube. Bukan review tapi lebih pada bonding kami sementara semua masih duduk sebumbung
Jumlah keseluruhan RM250 sebab untuk kuah tomyam bagi kedua dapur. Jadinya untuk kuah tomyam5 bagi kena top up RM5 bagi setiap dapur
Makan Malam Tahun Baru 2023 Di Thai Pan Buffet Steamboat & Grill
Ginilah wajah-wajah kekenyangan walau kami bukan makan besar sangat pun malahan DH pun tidak menggemari steamboat sangat. Mujur ada nasi goreng, nasi putih, masak lemah siput retak seribu sebab DH ni perut nasi
Makanan pertama yang umi ambil pastinya rojak buat sebab dah lama craving, sagu gula melaka untuk DH tapi terlebih letak gula merah sampai tak berapa dihabiskan, jadi umilah tukang habiskan
Bahagian freeeflow air ada air pandan, sirap bandung dan DH pula pekena teh tarik sampai habis walau katanya teh tarik umi lebih sedap
Ni harga waktu kami book dan makan tapi sebelum ni pun harganya ada yang RM35 untuk seorang dewasa. Tak pastilah kalau harga ni maintain sebab harga barangan dah makin mahal kan
Masa sampai dan duduk kat meja yang dah di reserve ni ternampak kenyataan untuk perhatian pengunjung. Walaupun kita membayar tapi jangan lah duduk sampai berjam-jam sebab orang lain pun nak duduk makan jugak kan dan paling penting jangan membazir.
Rating : 4.5/5
Bagi peminat steamboat dan grill, bolehlah ke sini walau pilihan tidak berapa banyak tapi memang puashati dengan sos dan kuah tomyam dia tu
Bagi yang nak ke sini boleh jer waze JPJ Wangsa Maju sebab kedai ni terletak bersebelahan JPJ dan SMK Vokasional pun berdekatan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2023/01/makan-malam-tahun-baru-2023-di-thai-pan.html