Makan Malam Di Eighties Coffee Cafe Segamat


Cuti Maulidur Rasul hari tu ambil kesempatan balik kampung di Segamat. Sampai lebih kurang waktu asar. Solat asar siap-siap lepas tu mulalah mengemas bilik dan rumah mak. Bilik tu sebulan sekali tinggal pun boleh bersawang juga
Itu mujurlah katil tutup dengan kain bagai. Kalau tidak, lagilah berhabuk. Siap vacuum, mop dan kemas semua sampai Maghrib. Betul-betul mengemas tu. Malas nak biarkan mak masak. Tahu tak larat dah. Kami pun penat

Jadi, lepas solat Maghrib kami berdua makan di luar je. Mak tak ikut dan makan di rumah je dengan lauk yang dia masak tengahari tu sebelum kami sampai. Cukuplah untuk mak sorang. Mak saya bukan jenis makan di luar. Dia lebih suka makan masakan di rumah je.

Bulan lepas masa balik kampung ingatkan nak makan di Eighties Coffee Cafe/ Kafe 80's tapi masa tu tak buka pula. Jadi, alang-alang nak makan di luar tu jomlah kita.



Kami sampai sini guna waze. Selamat sampai tak sesat. Nama je orang Segamat, kadang bukan tahu pun lokasinya. Di sini ada gym cafe (Kafe 80's) dan juga gym member. Nak makan ke nak bersenam? Saja je nak buat kita rasa bersalah kan kalau pilih makan. 


Sini tak ada lif, kenalah naik tangga tadi untuk ke tingkat atas. Pastikan masuk di pintu yang betul. Jangan pergi gym pula



Kami pilih tempat duduk tepi tingkap cermin. Tapi cermin tak dibuka, bidai dah ditutup. Kalau buka dapatlah tengok permandangan luar. Berdekatan meja kami boleh nampak terus dalam gym. Ada access door boleh keluar masuk gym dan cafe

Hanya mereka gym member je lah boleh access. Kita pelanggan cafe ni tak boleh masuk ke sana



Kami sampai jam dekat jam 9.00 malam jugalah. Tak ada pelanggan di ruang kami duduk ni tapi ada pelanggan di sebelah sana tu, sebelah kaunter



Lepas kami duduk, staff berikan kami buku menu. Katanya nak order, pergi ke kaunter. Order dan pay di kaunter. 


Lepas pilih menu, Encik Suami pergi ke kaunter. Sempat pula ambil gambar ni. Niko Neko matcha ni paling popular kalau tak silap saya lah. Tak rasa nak minum matcha pula. Nak minum kopi je



Sementara menunggu kita perhati sudut yang menarik untuk dipotretkan. Bukan seorang Fiza lah kalau tak ambil gambar lampu. Menariknya terendak lampu ni. 


Sudut makan ni pun menarik. Lounge chair ye nama dia? Ada meja dan sebelah tu cermin panjang. Kalau nak mengopi saja sesuailah duduk sini sebab mejanya kecil je. Kalau nak makan-makan berat macam tak sesuai



Tak lama menunggu sebab pelanggan tak ramai. Macam biasa pesanan saya, hazelnut latte panas. Art yang comel, nampak macam bentuk sekuntum bunga rose. Hazelnut latte nya sedap betul, seimbang rasa kopi dan susunya. Ada rasa pahit-pahit manja sikit saya suka



Encik suami tak nak mengopi, pesan honey lemon sejuk. Sedap juga. Tak manis sangat dan tak masam sangat. Sedang elok rasa dia. Approved by Encik Suami



Nak makan nasi tapi macam malas makan nasi. Kecelaruan selera. Pilih mushroom chicken spaghetti carbonara je lah. Dia pun kuah carbonara dia punyalah melimpah. Tak kedekut lansung ye. Spaghetti dah habis, kuah pun masih ada baki lagi. Menyudu sampai licin pinggan

Sos carbonara sedap lemak berkrim dan pekat. Saya suka



Betul-betul diet ni Encik Suami, dia pilih chicken salad. Ayam dia terasa perapan sampai ke dalam isinya. Juicy! Rasa perapan dia pun sedap manis-manis ada rasa rempah juga. Buah-buahan dan salad segar. Ada epal hijau, cherry tomato dan daun salad. 
Dia punya sedap rasa macam tak cukup semangkuk. Kami makan kongsi makan separuh-separuh dua hidangan ni. Dapatlah rasa kedua-duanya. Selain makanan sedap, selesa sebab ada penghawa dingin



Tak lama kami makan, habis je terus balik rumah. Tak ada dah nak menyimpang ke tempat lain. Penat mengemas pun tak hilang lagi. Kesimpulannya, apa yang kami pesan semuanya sedap kena dengan selera. 


Segamat ni dah banyak cafe yang menarik. Rasa kena buat cafe hopping/hunting ni. Setakat ni yang saya pernah cuba seperti di bawah :

Koffie Jln MentolKebun HausKedai Kopi Secangkir TekoRumah Hijau
Nanti nak cuba mengopi di Canda Kopi, Terbit Mentari Kopitiam, Theescoffee, Ville Cafe Segamat, Kopi Kudasai dan banyak lagilah. Banyak betul ek

Lokasi Eighties Coffee CafeNo 72, Lot 2424, Jalan Abdul Aziz, Kampung Abdullah, 85000 Segamat District, Johor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/09/eighties-coffee-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Bubur Nasi No 1

Makan Malam Di Bubur Nasi No 1

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3315 hits
Assalamualaikum WBT DAH bermula cuti penggal 2 sesi persekolahan 2025 2026 tahun ini Cepat betul dah bulan September kan Teringat dulu dulu bila cuti sekolah punyalah syok sampai lupa diri Mak tu berkali kali ingatkan basuh kasut basuh kasu...
Makan Malam Di Melewar Kitchen

Makan Malam Di Melewar Kitchen

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 5411 hits
Sepatutnya 31 Ogos haritu kami pergi kenduri kahwin di Putrajaya kawan Encik Suami Tapi tak jadi sebab mak mentua emergency di zon kuning Pusat Perubatan Universiti Malaya Kebetulan kami tengah nak bersiap siap masa tu Jadi terus ke PPUM je...
Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4431 hits
Assalamualaikum WBT MALAM pertama di Port Dickson PI ajak makan mee mee di Ocean Sky Seafood Restaurant yang terletak di Taman Mikamas kira kira setengah jam perjalanan dari Boleh tahan jugak la sesak bandar Port Dickson ni tapi tu takpa St...
Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 5122 hits
Assalamualaikum WBT HARI Selasa lepas malam PI kata nak makan mee rebus di Angah cakap mee rebusnya sedap kata PI Tapi dah sampai depan restoran tutup pulak PI cadangkan ke The Grand by Adam s Kitchen tapi dah nak masuk Jalan Kiambang tu ba...
Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet

Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2162 hits
Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet Jaranglah tak sedap sajian dari dapur Cafe BLD ni Dah lama tak memanjakan tekak jadi kita bawaklah hero kita makan sempena promosi The post appeared first on
Menginap 1 Malam Di Vip Hotel Segamat

Menginap 1 Malam Di Vip Hotel Segamat

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1513 hits
Assalamualaikum WBT LAGI dua hari sahaja kita dapat berjimba jimba Hari ini seperti yang diumumkan PMX seluruh rakyat Malaysia diberi cuti tambahan sempena cuti Hari Malaysia esok Ialah kalau tak dapat cuti tambahan ni tentu tentu Sk terpak...
Makan Burger Tepi Jalan Di Malam Merdeka

Makan Burger Tepi Jalan Di Malam Merdeka

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3054 hits
Assalamualaikum Masih kisah malam ambang merdeka tu kan kami suami isteri merayau rayau mencari countdown merdeka mulanya kami ke Seremban 2 Takde apa apa pun kat area tu mamak penuh Menate penuh Sudahnya SA ajak suami cari burger tepi jala...
Makan Di Restoran Segamat Seafood

Makan Di Restoran Segamat Seafood

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2151 hits
Assalamualaikum WBT SELEPAS selesai PI membuat liputan secara online perlawanan liga Pasukan JDT vs Penang di barulah kami keluar untuk makan malam Sk ingat nak la pergi kopi kopi atau western makan yang simple gitu tapi PI ajak makan nasi ...
Makan Malam Di Restoran Nelayan Seafood Catering Sambil Tengok Perlawanan Bola Sepak

Makan Malam Di Restoran Nelayan Seafood Catering Sambil Tengok Perlawanan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2400 hits
Balik dari shopping di singgah dan terus makan malam di Restoran Nelayan Seafood Catering Teringin nak makan ikan bakar Sebenarnya tak tahu nak makan di mana Nak layan mengopi di cafe mostly jam 10 00 malam dah tutup Carilah di grab food ap...
Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

Klia Transport App Furore Is This A Case Of Barking Up The Wrong Tree

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome Penjelasan Widget Baru Dalam Persembahan Blog Pesona Etuza

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Bulan Baru Cerita Baru

Restoran Konda Kondi Ipoh

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz