Makan Makan Sebelum Puasa
Assalamualaikum.
Jumaat lepas...lepas jer Malakoff Ladies Day tu...kami sambung makan plak kat opis...SA x makan dekat Max sebab nak makan yang kawan- kawan sediakan kat opis..diorang buat pot luck tapi x bagi tau..jemput kami makan je.
Macam- macam makanan ada ha...menu utama nasi campur la..
Kek tapak kaki kuda...first time SA rasa..erm...manis leting!!!!me dont like..
Agar- agar santan
Sambal belacan
Masak lemak putih sayur kobis
Daging blackpepper
Ayam goreng berempah
Tomyam udang dan ayam
Nasi putih
pinggan SA..
Lately ni kan SA kurang selera makan...so makan ala kadar je...ni pun sebab kena paksa ye...kat rumah pun sama...nama je masak macam- macam tapi makan nasi sesenduk, lauk pun amik sikit je...asal rasa kenyang dan alas perut cukup la...
Minggu ni terlampau rindu kat arwah Mak Pah...Pak Zain pun sama..terngiang- ngiang suara Mak Pah mengadu sakit...terbayang- bayang Mak Pah kacau Pak Zain tiap kali tido..kejap- kejap Mak Pah gerakkan..kadang sampai Pak Zain marah..rindu semua tu...rindu Mak Pah panggil tiap kali nampak kelibat kami lalu ke dapur.
SA terbaca artikel kat bawah ni...x tau la betul ke tak betul...artikel ni tersiar di carian google...betulkan SA kalau salah ye..
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlisilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yangmenarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulanRamadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadithini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di LuhMahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yangdibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkanpulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun adapenjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidakdibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus dipenjara di Luh Mahfuz
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ketanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumahanak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yangmendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiahuntuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari RayaAidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad danpulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yangmasih hidup
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikanbahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasahayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianyajika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orangyang masih hidup
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yangmengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah
" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu, Damai la engkaudisana di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmudi kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/03/makan-makan-sebelum-puasa.html