Makan Makan Di Paramount Coffee House Bangi Sentral
Petang 14 Feb 2016, tiba-tiba sahaja Mommy ajak Master pergi ke Bangi, jalan-jalan cari makan.Kami ada 2 pilihan ketika itu yang dipilih melalui review di Facebook, memandangkan kami tak arif kawasan jajahan Bangi.Yang kami tahu, Bangi ada menawarkan banyak kedai makan yang selalu dihurungi manusia.Dua pilihan itu adalah Zawara Coffee dan Paramount Coffee House Bangi yang secara kebetulan terletak di kawasan zon niaga yang sama iaitu Bangi Sentral.Punyalah banyak kereta di Bangi Sentral, jadi semasa berpusing mencari kawasan letak kereta, Zawara Coffee terkeluar dari zon rayauan kami, kerana kami letak kereta di zon niaga bersebelahan yang bertentangan dengan Paramount Coffee House Bangi.Persekitaran yang okay.
Paramount Coffee House adalah sebuah kafe dan Tedi tidak biasa lepak di kafe, jadi jika dibandingkan dengan Secret Recipe (yang agak biasa dilawati), ia lebih kurang sama.Rupa-rupanya restoran Paramount Coffee House ni adalah milik Ustaz Ebit Lew yang Tedi temui dalam sebuah program. Ejaan namanya setelah disemak ialah Ebit Lew dan bukannya Ebit Liew, tapi kalau dituturkan mungkin macam itulah bunyinya.Tedi tiada masalah dengan suasana atau dekorasi (hiasan dalaman) restoran tersebut.Cuma mungkin staff perlu dilatih agar lebih cekap mengemas meja-meja yang telah ditinggalkan, juga cekap dalam menyediakan makanan dan menghantarnya dengan lebih cepat dan tersusun.Contohnya hantar minuman terlebih dahulu jika makanan mengambil masa untuk dihidangkan.Tedi tiada masalah pada masa itu, tapi jika Tedi kebuluran, mungkin Tedi akan tinggalkan meja.Tapi rasanya situasi yang sama berlaku juga di kafe lain, tapi kerana kafe ini lokal, maka Tedi lebih demanding. Jika disukat masa menunggu, kami menerima hidangan kurang dari 30 minit selepas pesanan dibuat.Sedekah ikhlas?
Selain itu ramai warga asing yang masuk ke kafe Paramount Coffee House ini walaupun ia adalah sebuah cafe tertutup dan meminta sedekah ikhlas, jika tidak diberi mereka akan agak memaksa dengan menyebut "sedekah ikhlas".Master menjawab, "ya, ikhlas" (ikhlas tak beri sedekah). Tapi dibalas dengan rengusan kerana tidak memberi sedekah ikhlas.Tidak tahulah jika mereka ini mengambil kesempatan kerana restoran ini dimiliki seorang ustaz, atau semua kafe di Bangi Sentral ini mengalami masalah yang sama?Tedi melihat ada seorang pemuda warga asing yang menunggu berhampiran 2 orang wanita di butik sebelah walaupun ditolak berkali-kali, sehingga akhirnya wanita itu memberi sedekah ikhlas.Dan pemuda yang sama juga pada ketika kami mahu pulang, menemui Master, minta sedekah sambil buat muka sedih, padahal Master dah lama perhatikan mukanya tersenyum puas semasa berjaya "memaksa" kakak 2 orang tadi memberi sedekah ikhlas.Nampaknya, business minta sedekah ikhlas telah didominasi oleh warga asing ini, dan mereka tampak lebih berjaya dan berhasil daripada warga lokal, mungkin kerana mereka lebih berani?Laksa Pahang, Spaghetti Aglio Olio, dan Churos
Kami pesan 3 hidangan ketika makan di Paramount Coffee House Bangi iaitu Laksa Pahang, Spaghetti Aglio Olio, dan Churos, masing-masing untuk Master, Mommy dan Tedi.Master sebenarnya nak makan Spaghetti Aglio Olio, tapi laksa adalah boleh dikira makanan ruji Master jadi dia tak boleh tak terliur kalau nampak perkataan laksa dalam menu.Tedi pula pilih Churos yang belum pernah Tedi rasa kerana Tedi sangkakan ia adalah kuih Chakoi.Laksa Pahang - laksanya seperti sphagetti, kuahnya seperti kuah laksam atau laksa Pantai Timur tapi disertai rasa lada hitam. Okay, sedap, tapi sambal ladanya mungkin masin sehingga mengganggu rasa laksa apabila digaul bersama. Master sedikit kecewa apabila laksanya lebih menyerupai spaghetti. Ini kali pertama Master makan Laksa Pahang, maka mungkin itulah rupa Laksa Pahang?Spaghetti Aglio Olio - sedap, tapi udangnya mungkin overcook sehingga liat, spagettinya pula agak keras.Churos - Tedi tak pernah makan makanan ni, tapi bagi Tedi ia agak keras. Mommy kata Churos sepatutnya gebu macam donat, tapi bagi Tedi kalau gebu macam Chakoi pun dah okay.Kesimpulannya, sedap, boleh datang lagi, tapi tak menggoda untuk ke sana lagi.Harga makanan di Paramount Coffee House Bangi? standard orang Bangi.. bolehlah datang makan selalu, kalau macam kami ni, sekali setahun bolehlah...Bagaimana untuk ke sana?Alamat: 7-47-01 Seksyen 9, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Telefon: +60 13-290 0067
Waktu niaga: 08:30 - 22:30
Peta: Apa susah? Google saja... Paramount Coffee House Bangi Sentral
Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 21 Feb 2017.Quran rawakMaka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini? (41)
Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah, suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi) dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah. (42)
Surah An-Nisa (4:41 & 4:42)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/02/makan-makan-di-paramount-coffee-house.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29