Makan Makan Di Camden Market




Sementara saya di sini, saya memang mengutip dan mencatat setiap momen bersama anak dan cucu cucu di bumi England. England yang sejak di bangku sekolah rendah menjadi impian untuk saya jejaki. Pun begitu masa berlalu sangat pantas, masa sangat mencemburui saya. Telah hampir 2 bulan di sini, bererti masa saya di sini cuma tinggal lagi dalam 10 bulan. 
Berbeza datang ke sini untuk bercuti dengan tinggal di sini. Setiap kali datang bercuti, kami akan mengunjungi destinasi yang menarik dan banyak aktiviti seperti makan dan shopping. Tapi bila tinggal di sini, kami mengunjungi ke serata bandar kecil untuk aktiviti harian seperti mencari barang dapur, makan makan atau berkunjung ke rumah kawan. Macam dah boleh hafal laluan bas dari rumah kami ke bandar bandar kecil lain dan juga ke Central London. Begitu juga dengan laluan underground train. 
Tapi memang tak ada pun rasa nak ke Oxford street kerana bukan ada nak shopping apa apa. Kalau sekadar nak makan, di luar central London lagi banyak tempat makan sedap dan lebih murah.  OK sekarang berbalik pada kunjungan ke Camden Market. 
Sebenarnya telah lama saya nak ke Camden Market. Tapi setiap kali ke sini, jadual padat sahaja. Maklum nak ke sana agak jauh dari Central London dan fokus anak anak adalah untuk shopping. Kalau sekadar nak makan, perlu setengah hari juga, rasa macam rugi masa pulak. Itulah perkiraan bila kita datang bercuti. Lagi pulak kos sewa apartment lebih dari RM1000 sehari, menjadikan kita rasa rugi kalau sekadar balik untuk terus tidur kan. 

Bila hari minggu, Nana bertanya kalau saya ada nak ke mana mana. Mungkin kerana dia melihat saya tidak keluar ke mana mana pun. Jadi saya mencadangkan Camden Market. Kami mengambil bas no 1 dari station berdekatan dengan rumah, terus ke station di Camden Market. 
Ketika kami sampai, orang sangat ramai. Rasanya tempat ini memang sentiasa padat dengan orang ramai. Kami mencari kedai Asador yang menjual sandwich dengan ribeye steak. Memang sangat sedap. Lagi pula dah lama saya mencari daging steak. Sementara menunggu order disiapkan, saya mencari tempat duduk untuk makan.


Selepas makan, kami kemudian berjalan ke bahagian lebih ke dalam dan terlihat pulak Smoketeers yang menjual Smoked Brisket and Cheesesteak. Saya order Brisket on fries. Satu portion yang besar boleh dimakan untuk 3 orang dengan harga £14. 
Tapi macam yang saya tulis sebelum ini, tak boleh convert dengan Ringgit Malaysia. Kalau kita dapat gaji dalam matawang pound, memang tak mahal lah kan. Rasanya di tempat kita, tak ada lah makanan seperti ini berharga bawah RM20. Mesti lebih dari RM100 sepinggan. 



Sebelum itu, Nana membawa kami makan ais cream dan fresh frozen yoghurt yang sangat sedap di bahagian belakang sungai. Masya Allah sangat sedap. Ada juga Italian gelato di situ. Saya bukanlah peminat ais krim pun di tempat kita tapi ais krim di sini, sangat sedap. Memang boleh teringat ingat lah. 




We 
Balik kami mengambil bas untuk turun di Waterloo Bridge station untuk ke Jubilee Park yang terletak berdekatan dengan eyes of London. Ammar dan Aliya suka bermain di sini. Banyak kali menyebut untuk ke sini.


Banyak kedai dan gerai makan di sepanjang sungai di sini. Apa yang ada dalam fikiran saya ketika itu ialah betapa tidak terhitung dalam satu saat masa, makhluk Allah yang sedang makan. Inilah aturan Allah yang menjanjikan setiap rezeki pada setiap makhluknya di bumi, di langit dan di lautan. 
Saya sebenarnya punya perasaan pelik bila melihat orang makan, timbul rasa kasihan. Hmm susah saya nak jelaskan apa sebenarnya. Lagi lagi mengingatkan orang makan saat kelaparan. Siapa pun kita, akan terasa lapar. 
Betapa hebat Pencipta alam dan seluruh makhluknya yang mengatur semuanya. Belum lagi dilihat kehebatan ciptaan dan aturan matahari dan bulan dan langit yang tergantung tanpa tiang. Sebenarnya saya seorang yang sangat kuat visualisasi dalam apa apa sahaja. Saya membayangkan semua sekali di sebalik apa yang saya tengok termasuklah dalam kubur. 
Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya jangan risau akan bab rezeki, bab masa depan kerana kita tidak tahu apa yang menunggu di masa depan, apakah ketakutan atau kerisauan itu akan terjadi? 
Sepanjang hidup saya pun, semua kebimbangan tidak terjadi pun malahan digantikan dengan solusi yang Allah aturkan. Contoh yang paling besar ialah pembinaan rumah saya dan juga pengajian anak anak. Rumah akhirnya siap dengan tidak tahu macam mana saya boleh menyiapkan dengan kos di bawah RM1 juta. Anak anak pula semua belajar dan bekerja mengikut apa yang kami pohon dan doa pada Allah. 
Cuma sifat semulajadi yang mudah lupa, akan kembali risau dan memikirkan bukan bukan sebelum ianya terjadi. Sedangkan Allah sentiasa menghantarkan solusi mengikut yang sesuai dengan keperluan kita. Banyak kali ustaz ustaz berpesan bab ini tapi macam biasa lah. Dengar sekejap, ikutlah sekejap. Lepas tu, mula balik pada perangai lama. Itulah manusia terutama saya sendiri.
Hahaha dan terjauh pulak ya. OK setakat ini dahulu, catatan perjalanan kami di London untuk kali ini sekadar untuk kenang kenangan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/makan-makan-di-camden-market.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemputan Makan Di Peterborough

Jemputan Makan Di Peterborough

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 175 hits
Perjalanan ke Peterborough pada 14 June 2025 adalah perjalanan luar London kami yang pertama Kami dijemput oleh Amna untuk ke rumah mereka sambil berkenal kenalan dengan lebih dekat Di samping kami juga ada Alia yang juga merupakan kenalan ...
Makan Di Big Food Kitchen Melaka

Makan Di Big Food Kitchen Melaka

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum WBT AYAM pun belum bangun agaknya pagi ni sebelum pukul 4 pagi Sk dah terjaga Tu takpa sampai office pun awal rupanya katak pun baru bangun terus ikut sama lompat masuk pejabat berebut rebut dengan Sk yang tengah angkut beka...
Jika Anwar Kekal Pm Pas Susah Cari Makan Undi La Dalam Parlimen Banyak Kali Dah Dicabar

Jika Anwar Kekal Pm Pas Susah Cari Makan Undi La Dalam Parlimen Banyak Kali Dah Dicabar

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 143 hits
Dari PSB ke Turun Anwar Bukan suara rakyat tapi politik bebal Pemuda Pas jahil PerlembagaanHarapandailyJune 14 2025Oleh DR SHAH NOR BASRIHimpunan Turun Anwar yang dirancang pada 26 Julai 2025 kononnya sebagai suara rakyat menolak kepimpinan...
Netizen Kesal Ibu Bapa Tak Peka Beri Anak Kecil Makan Tiramisu Berkafein Kau Suap Terang Terang Ada Coffee

Netizen Kesal Ibu Bapa Tak Peka Beri Anak Kecil Makan Tiramisu Berkafein Kau Suap Terang Terang Ada Coffee

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 179 hits
Dalam kalangan masyarakat masa kini kek tiramisu semakin mendapat tempat sebagai pencuci mulut pilihan ramai Dengan rasa lemak berkrim gabungan kopi dan keju mascarpone yang mewah kek ini bukan sahaja digemari golongan muda malah turut menj...
Gelagat Rina Makan Sup Kaki Ayam Tanpa Geli Famili Durian Kimchi Sekali Lagi Raih Tumpuan

Gelagat Rina Makan Sup Kaki Ayam Tanpa Geli Famili Durian Kimchi Sekali Lagi Raih Tumpuan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 144 hits
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea Malaysia yang penuh dengan aura positif humble dan cukup unik Perkongsian video yang sering menghiburkan membuatkan ramai teruja untuk terus menon...
Kek Tiramisu Boleh Trigger Anak Jadi Tantrum Bahaya Kalau Anak Suka Makan

Kek Tiramisu Boleh Trigger Anak Jadi Tantrum Bahaya Kalau Anak Suka Makan

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 198 hits
Kek tiramisu yang viral boleh jadi penyebab anak tantrum Ya Menerusi laman Facebook milik Dr Raihana Ismail beliau berkongsi satu fakta yang ramai ibu bapa terlepas pandang Menurutnya kek tiramisu yang menjadi makanan trending masa kini seb...
Pertama Kali Masak Makan Kulit Lembu

Pertama Kali Masak Makan Kulit Lembu

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 157 hits
Masih lagi dalam mood dan aku tak tahu kenapa tapi sejak sebelum raya lagi aku tiba tiba jadi teringin sangat nak rasa kulit lembu Lepas tengok Umi Cikin review dan masak kulit lembu membuak buak rasa nak cuba juga Setelah banyak kali tahan...
Makan Di Black Cube Cafe

Makan Di Black Cube Cafe

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum WBT CERITA semasa balik dari bercuti di Melaka hari tu tak habis lagi sebenarnya Macam biasa kalau balik dari Melaka PI tak mahu ikut highway Kami ikut jalan lama menuju ke Muar dan terus ke Batu Pahat Dekat BP ni ada satu r...
Entri Pasal Makan 2025 Bahagian 2

Entri Pasal Makan 2025 Bahagian 2

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum semua Bahagian kedua untuk entri ini Mari kita sama sama lihat ada berapa bahagian semuanya hahaha Mee kari ke ni Tuan badan yang makan pun dah confius Tengok sendirilah yer Nasi kenduri di Tapah Ada ikan keli dan ayam goren...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal

Akan Turun Lebih Besar

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Tapi Aku

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan