Makan Kenduri Di Felda Ulu Tebrau


 Assalamualaikum wbt
WALAUPUN bukan anak peneroka (Felda), namun tanah rancangan Felda Ulu Tebrau tidaklah asing bagi Sk. Seingat Sk sejak kecil, kami sekeluarga kerap ke sini kerana Arwah Pak Lang dan Arwah Mak Lang (kakak ibu) merupakan peneroka di sini. Sampai sekarang, Sk masih terpandang-pandang Arwah Pak Lang, duduk di atas pangkin bawah rumah semasa kami bertandang ke rumah mereka. Sk juga masih ingat betapa meriahnya majlis perkahwinan Kak Imoi, anak perempuan sulung Mak Lang dan Arwah Abang Ibrahim. Bila kami meningkat remaja, seorang demi seorang anak Mak Lang berkahwin dan masa ni kamilah adik-beradik yang datang rewang, sungguh meriahlah zaman tu sebab semuanya dilakukan secara gotong-royong dan makan berhidang, belum lagi ada katering semua tu, hihi. Dan kini, ramai yang dah meninggalkan kami. Ibu pun tinggal tiga beradik jer, sekarang, dari 16. 

Dah lama tau Sk tak datang ke Felda Ulu Tebrau ni. Sepanjang PKP langsung tak datang, la. Kemudian, raya 2019 sebelum PKP tu, Sk beraya di Kedah, dah balik Johor pun tak sempat ke sini. Alhamdulillah, semalam, dapat juga memenuhi undangan Kak Sehan, anak Mak Lang yang diadakan di Dewan Felda Ulu Tebrau. Hidangan pertama pilihan Sk tentulah Nasi Beriani dengan Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Pajeri Nanas. Ada potongan buah nenas, kuih lapis dan bingka ubi. Daging Beriani tu sedap sangat di tekak Sk ni. Kalau datang kenduri macam ni, memang tutup matalah makan kuih dan minum air manis, huhu


Yang di sebelah Sk tulah mak pengantin. Dari kanan, baju biru tu, Abang Tapa, Abang Lan, Kak Imoi dan Kak Ani, ni semua anak Mak Lang. Yang duduk tu semua tak perlu diperkenalkan lagi, hahaha. Oh, sila baca kisah DISAKAT KAK ANI masa kecik-kecik dulu, sampai sekarang tak boleh lupa, hahaha


Mak dan anak yang tak pernah tak manis, kahhhhh


Pasangan lomantis


Sambil tunggu pengantin sampai, kita layan pulak Nasi Impit, Sambal Goreng dan Serondeng, kiranya Lontong Kering atau kata Wak Warisan Petani, Lontong Darat. Kegemaran, kannn. Lagi syok, layan dengan Teh O Panas



Dewan luas dan meja banyak, jadi tak perlu tergesa-gesa untuk pulang. Kita foto-foto lagi la. Boleh tersama pulak tema warna, haha


Ambilkan Bihun Soto untuk Pak Inche. Sebab tak minat bihun, Sk tak ambil untuk diri sendiri. Tapi malam tadi dok fikir, kenapalah aku tak ambil nasi impit tu jadikan Soto Nasi. Ni sebabnya dua hidangan ni iaitu Lontong Kering dan Bihun Soto diletak di meja berasingan. Hurmmm, sekarang dah menyesal, hahahaha


Keluarga pengantin menggunakan Khidmat Katering dari Mak City & A Cafe yang beroperasi di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram


Yang ini pulak Mak Siti sedang menikmati hidangan dari Mak City, hahaha


Nampaknya Mak Siti berpuas hati dengan makanan dari Katering Mak City, hahaha


Ini pula, Abang Zali dan family, anak Mak lang yang tinggal di KL kerana bertugas di sana. Dah ada anak bujang macho dah Abang Jali ni. Dulu, semua kicik-kicik bermakna Sk pun dah kertu, hahaha

   
Bertambah lagi seorang menantu sedara. Selamat datang ke Legacy Husin dan Saleha, Lutfee. Oh, Haiza ni sebenarnya kawan Iman sebaya usia, satu sekolah cuma lain kelas. Sama-sama lahir bulan Januari. Yang kelakarnya, dah sekolah menengah baru tahu dorang sepupu. Walaupun selalu jer terjumpa masa kecik-kecik dekat rumah Mak Lang, tapi tak la rapat sangat kot masa kecik tu sebab memasing ada geng sepupu sendiri, hahaha. Masa sekolah menengah tu sorang sesi pagi, sorang sesi petang. Iman pernah nampak Haiza kat sekolah, tapi dalam hati boleh fikir, macam pernah nampak tapi kat mana, hahaha. Haiza la yang mesej Iman beritahu kita sedara bila nampak gambar nenek dan Kak Imoi datang rumah masa Hari Jadi Iman, Mak Lang siap bawa Pulut Kuning


Ni Mak Yang, menantu Mak Lang iaitu isteri Abang Imran, mana tah Abang Imrannya tak ada pulak masuk dalam gambar, hahaha. Oh, Mak Yang la yang beritahu Sk suruh beli Harian Metro sebab ada berita tentang Kursus Kewartawanan anjuran Berita Harian tahun 1997 tak silap. Habis kursus, selalu la datang pejabat Berita Harian dan terberkenalan dengan Pak Inche dekat kedai gambar, hahahaha


Balik pengantin, Pak Inche ajak cari durian di Pontian, padahal durian Angah bagi tu belum dikopek lagi. Yang dalam peti sejuk pun belum habis. Sk cakap, dari babah beli durian, baik kita ke NSK beli beras sebab beras kita dah nak habis. Hari tu pergi kedai runcit, berasnya dah ada kutu merayap, jadi.. tak jadilah nak beli beras di kedai runcit


Punyalah panjang beratur sebab cuma dua kaunter dibuka. Tak boleh nak salahkan NSK, mungkin mereka tak cukup staf, kan. Dah kita yang pilih shopping hari Sabtu, memanglah ramai orang. Masa ni terasa indahnya zaman PKPB, shopping sana sini tak ramai orang


Kerongsang semua dah cabut, hahaha. Konon nak balik rumah dulu tukar baju tapi nanti menghabiskan sabun dan karen aje, asyik berpusing aje mesin basuh tu, hahaha. Ni minggu depan ada jemputan lagi, seronok betullah tiap minggu makan nasi beriani ya Sk? Makan pulak, tak penuh pinggan, tak sah, huhuhu. Syukur Alhamdulillah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/makan-kenduri-di-felda-ulu-tebrau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makan Kenduri An Kat Tebing Bandar Dato Onn

Makan Makan Kenduri An Kat Tebing Bandar Dato Onn

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 400 hits
Makan Makan Kenduri an kat Tebing Bandar Dato Onn Durian Durian Musim durian kan sekarang Ada yang jual berlonggok longgok tepi jalan makan kat dusun makan kat kedai Eh banyaklah So baru baru ni Nona singgah satu kenduri namanya Kenduri an ...
Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 256 hits
Ini kedai saya saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka nbsp Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan in...
Semakin Kurus Adibah Noor Amalkan 6 Suap Sekali Makan Jaga Kesihatan Kerana Faktor Usia

Semakin Kurus Adibah Noor Amalkan 6 Suap Sekali Makan Jaga Kesihatan Kerana Faktor Usia

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 172 hits
Penampilan terbaharu penyanyi Adibah Noor yang dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini mencvri tumpuan ramai Adibah 52 yang berkongsi foto terkini di Instagram pada petang Rabu menerima pelbagai respons netizen yang kagum dengan imej b...
Video Prajurit Tni Pengkhianat Jual Amunisi Ke Kst Di Papua Uangnya Buat Makan Makan

Video Prajurit Tni Pengkhianat Jual Amunisi Ke Kst Di Papua Uangnya Buat Makan Makan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 153 hits
Seorang anggota TNI menjual amunisi ke kelompok separatis di Papua Prajurit pengkhianat itu adalah Praka AKG anggota Batalyon Yonif 437 AKG menjual 10 butir amunusi seharga Rp 2 juta ke FS anggota KST
Comel Weh Dia Pelvk Video Gelagat Kucing Susah Makan Ubat Raih Perhatian Ramai

Comel Weh Dia Pelvk Video Gelagat Kucing Susah Makan Ubat Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 184 hits
Tak dinafikan ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini Namun ada kalanya kucing sering melakukan perkara perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah te...
Pakai Kereta Mewah Dituduh Makan Duit Adik Ini Reaksi Win Kakak Asif

Pakai Kereta Mewah Dituduh Makan Duit Adik Ini Reaksi Win Kakak Asif

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 272 hits
KAKAK bintang YouTube Asif Suhaimi iaitu Nurul Atina Suhaimi menegur tindakan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan duit remaja istimewa itu
Potret Sultan Andara Raffi Ahmad Makan Di Warteg Banjir Pujian

Potret Sultan Andara Raffi Ahmad Makan Di Warteg Banjir Pujian

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 133 hits
Dikenal sebagai artis tajir melintir Raffi Ahmad nyatanya tetap sederhana Ia tak sungkan makan di warteg bersama seorang rekannya Momen itu mendapat banyak sekali pujian dari netizen Intip fotonya berikut ini
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut