Makan Edible Flowers Untuk Kesihatan Bukan Kecantikan


Assalamualaikum...


MALAM semalam, Sk tidak memasak. Pak Inche ke Stadium Pasir Gudang dan bercadang untuk menapau sahaja makanan dalam perjalanan pulang. Adalah tu dalam kepalanya. Tapi agaknya, penat punya pasal, buntu nak beli apa, dia telefon tanya nak makan apo? Dia nak ke kedai tomyam jer, katanya. Iman minta, Nasi Daging Merah. Sk pulak jawab, beli apa pun boleh, tak cerewet. Betul punya buntu agaknya, PI beli tiga bungkus Nasi Daging Merah 😅 dari Restoran Senoko

Ramai yang tanya, bila Sk post gambar NDM bersama bunga-bunga. Ada yang tanya, memang beli NDM tu bersama bunga ke? Apa rasa bunga tu? Yang kelakar, masa Sk nak tangkap gambar ni, kamera kesan gambar ini sebagai ' bouquet' bukannya 'food'. 

Bunga tu ialah edible flowers atau bunga yang boleh dimakan. Dia datang dalam satu pek yang bercampur pelbagai jenis bunga. Rasanya taklah sesedap rupanya. Kalau ulam tu, rasa sayur kan, tapi yang ni rasa bunga. Rasa tajam, pedas, pahit sikit, macam herba sikit, rasa seakan minyak urut pun ado. Sk pun tak sanggup nak makan begitu saja. Gaul dengan lauk-lauk baru boleh kunyah dan telan. 
Makan bunga di Malaysia ni masih tak ramai yang amalkan. Biasanya kalau orang melayu makan ulam, jadi makan bunga ni masih terlalu baru. Biasanya dijadikan hiasan pada makanan atau salad jer dan agak sukar didapati di kebanyakan pasaraya. Yang ini Sk beli di BIG Grocer. Mungkin kalau dah jadi trend nanti baru senang jumpa. Kalau google pun, tak banyak blog di Malaysia yang tulis tentang edible flower

Sumber
Sk kongsikan Jenis dan Khasiat dari lima jenis Edible Flowers
1. Bunga Chrysanthemum
Bunga yang memiliki nama latin chrysanthemum coronarium ini termasuk di dalam jenis edible flowers. Biasanya berwarna merah, putih, ungu, kuning dan oren. Memiliki rasa sedikit pahit. Ia biasa disajikan dalam salad, kuih dan selalunya dijadikan minuman teh
 Ia memiliki kandungan glikosida, adenine, asid amino dan kaya mineral. Selain itu, setiap warna pada bunga juga mengandungi vitamin, seperti vitamin B dan C. Ia juga mengandungi B-karoten yang merupakan bahagian dari vitamin A
 Ia membantu kesihatan jantung, melindungi jangkitan dari bakteria, meningkatkan fungsi otak, menyihatkan mata dan telinga, membantu menyeimbangkan kadar kolesterol, meringankan sakit kepala dan detoksifikasi racun di dalam hati


2. Marigold

Nama lain dari bunga ini adalah calendula officinalis. Biasanya, bunga marigold atau calendula ini banyak ditemui pada campuran salad
 Bunga marigold atau calendula memiliki rasa sedikit pedas, sedikit pahit dan agak tajam. Ia memiliki sifat anti-inflamasi, anti-mikroba, dan boleh mencegah keradangan pada kulit seperti kurap atau kutu air.. Bunga berwarna kuning keorenan ini memiliki khasiat seperti membantu mengubati luka pada perut dan usus, mencegah kejang otot, mengurangi demam, dan masalah senggugut


3. Nasturtium

Nasturtium atau juga dikenal dengan nama tropaeolum majus ini termasuk dalam salah satu jenis bunga yang paling sering dimakan. Biasanya, bunga nasturtium dijadikan sebagai hiasan piring hingga tambahan untuk salad, sandwich, dan makanan pembuka selera
 Ia memiliki kandungan vitamin C dan pigmen organik. Selain itu, bunga nasturtium juga memiliki banyak nutrisi yang berkhasiat untuk mengurangkan gangguan mata, diabetes, penyakit jantung dan kanser


4. Pansy

Pansy atau yang memiliki nama lain viola x wittrickiana. Bunga ini menghasilkan sensasi dingin seperti daun mint dan sedikit rasa seakan rumput. Bunga pansy biasanya dijadikan sebagai hiasan, campuran salad buah dan makanan pencuci mulut lainnya
 Iamemiliki sifat anti-bakteria, menjauhkan masalah kulit, antioksidan, dan memiliki senyawa bioaktif seperti beta sitosterol, stigmasterol dan lupeol yang berkhasiat sebagai agen anti HIV, membantu menurunkan tekanan darah, dan mengubati gangguan saraf


5. Viola

Bunga yang menarik sekali kerana menampilkan warna pastel yang indah. Bunga viola memiliki rasa manis. Oleh sebab itu, bunga ini kerap dijadikan sebagai pendamping yang sempurna untuk segala jenis makanan seperti salad

Bunga viola memiliki sifat anti-hipertensi, mengandung bahan kimia alami asparagine, kolin, dan polin. Bunga kecil-kecil ini berkhasiat untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi hingga sebagai agen anti HIV kerana juga mengandungi senyawa bioaktif

Sumber
Semua gambar sumber dari google image


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/09/makan-edible-flowers-untuk-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama The Hotel Beri Perspektif Lain Tentang Isu Kesihatan Mental

Drama The Hotel Beri Perspektif Lain Tentang Isu Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 308 hits
Drama rantaian The Hotel ialah sebuah naskhah asal yang mengangkat tentang isu kesihatan mental terbitan syarikat produksi Juida Viden Sdn Bhd Penceritaan drama 24 episod yang menyuntik elemen konflik cinta romantik penuh misteri dan manipu...
Hiburan Masalah Kesihatan Dijadikan Modal Lariskan Blog Ieda Moin Terkilan Dituduh Anti Vaksin

Hiburan Masalah Kesihatan Dijadikan Modal Lariskan Blog Ieda Moin Terkilan Dituduh Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 221 hits
Pelakon Ieda Moin meluahkan rasa terkilan apabila dia dituduh mencipta alasan berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya selama ini memaksanya untuk menangguh seketika pengambilan vaksin ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Ieda tindakan s...
Nasi Kerabu Edible Flower

Nasi Kerabu Edible Flower

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum DUA hari tak bersiaran ceritanya banyak tapi tak ada idea apa nak dikisahkan Sindrom writer s block barangkali Nasi Kerabu Kembang Setaman namanya Yang makan pun ikut sama kembang berzaman zaman Ada yang tanya memang ada bun...
Sempat Makan Lemang Rendang Banyak Banyak Malam Tu Terus Lahirkan Anak Pramatang Dayana Kongsi Wajah Bayi Sulungnya

Sempat Makan Lemang Rendang Banyak Banyak Malam Tu Terus Lahirkan Anak Pramatang Dayana Kongsi Wajah Bayi Sulungnya

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 266 hits
Pelakon Dayana Roza selamat melahirkan cahaya mata pertama pada July 2021 yang lalu Berita gembira ini dikongsi olehnya di laman instgram setelah sebulan melahirkan puteri kesayanganya Bismillahirahmanirahim introducing Astrid Raheeya mama ...
Arahan Penutupan Semula Kedai Makan Jika Rakyat Gagai Ikut Sop

Arahan Penutupan Semula Kedai Makan Jika Rakyat Gagai Ikut Sop

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 236 hits
Sekali lagi arahan penutupan semula kedai makan dikeluarkan jika rakyat di negara ini masih berdegiI dan berIagak pandai dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan Pengarah Jabatan KeseIamatan Dalam Negeri dan Ket...
Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat Selera Makan

Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat Selera Makan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 318 hits
Kenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat Selera MakanKenapa Lepas Makan Vitamin C Muka Naik Jerawat Selera Makan Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan jerawat timbul Salah satu punca ialah pengambilan makanan atau minuman yang...
Paritbuntar Petugas Kesihatan Papar Komen Biadap

Paritbuntar Petugas Kesihatan Papar Komen Biadap

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 526 hits
PARIT BUNTAR Kalau nasib baik sembuh nasib tak baik mati setel masalah Paparan ayat yang dimuat naik pengendali laman Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kerian hari ini mengundang kecaman warga maya yang disifatkan biadap Mereka juga m...
Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 220 hits
KHASIAT BUAH TEEN DAN KESIHATANBuan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia Rasa buahnya yang tiada tandingan buah Teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau Ia tidak lokek untuk me...
Covid 19 Beri Impak Kesihatan Mental Dr Noor Hisham

Covid 19 Beri Impak Kesihatan Mental Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 256 hits
Masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental akibat situasi pandemik COVID 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata faktor sosial yang menyebabkan stres terlampau an...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini