Makan Di Thong Bowl


 Assalamualaikum WBT 


MASA pergi Alamanda, Putrajaya dua minggu lepas, Sk sajalah masuk kedai Romantika, kot-kotlah jumpa corak dan warna langsir yang sesuai dengan warna dinding ruang tamu rumah Sk terkini. Sk ada blog sebelum ni, Sk dah cabut semua wallpaper dekat hall dan upah orang cat rumah. Tu la tu, saja nak tengok kot ada yang berkenan dan kena dengan warna hall. Ada.. ada... tapi warna yang Sk nak tu tak cukup stok, betul-betul tinggal sehelai aje. Lantas, Sk terus ajak Iman ke cawangan Romantika Paradigm Mall, JB. Kalau tunggu lama-lama, bimbang yang di sanun pun habis nanti.

Alang-alang dah sampai PM, kita brunch la di Thong Bowl yang baru membuka cawangannya di sini. Pagi tu Sk skip breakfast. Tu takpa eh, siap ambil cuti lagi sebab tak nak bersesak-sesak di hari minggu. Siapa stay JB tahulah macam mana keadaan nak masuk PM tu nanti kalau weekend. 

Kalau ikutkan nak makan Super Australian Beef Bowl tapi tak cukup korumlah pulak, hahahaha. Ia dikatakan Thai Beef Noodle paling besar dalam Malaysia tau


Ni kalau datang ramai-ramai, bolehlah tong-tong. Nama pun Thong Bowl, kan, hehehehe


Belek-belek buku menu la dulu. Iman memang nak makan mee, Sk pulak.. nampak ada menu nasi, terus nak nasi


Mengancam betul poster kat tepi ni haaaa


Buku menu dia bagi tapi pesanan buat melalui QR ya


Direbus 120 jam ya bersama 15 jenis rempah ratus


Pembuka selera


Menu mee


Banyak pilihan daging wagyu, Jepun dan Australia. Jepun paling sedap, kan.. tapi.. hehehehe


Gelas dia pun besar tong! Tapi jangan risau, ada saiz individu


Chili Oil dan chili flakes


Poster ni kat belakang Sk


Lepas order kita successfull, ada staf hantar kertas pesanan ni ke meja, bolehlah semak betul ke tak


Masa ni orang belum ramai lagi, belum tengahari. Tahulah Sk nak pergi mall suka pagi, kalau boleh mall buka jer kita masuk, hahahaha


Iman minum Green Tea. 

Cepat jer sampai hidangan yang pertama. 

Ambil Sliced Australian Wagyu with Brased Brisket & Beef Ball (RM39.90). Pilihan kami soup, Thai flat noodle dengan kepedasan level 2. Besar mangkuk dia, portion pun banyak, puas hati


Ambil juga set nasi ni iaitu Sliced Australian Beef with Braised Brisket, Radish and Egg (RM28.90),  bolehlah tukar selera, nasi dan mee. Nasi ni datang dengan sup


Semua ni terhidang dalam masa 10 minit sahaja


Mintak mangkuk kecik, makan kongsi-kongsi. Sharing is caring, gituh. Bagi kami, mee tu sedap. Daging wagyu tu lembutlah kan, tapi kalau kami kena tipu tu bukan wagyu pun tatawlah sebab daging kalau kita hiris nipis-nipis memang lembut. Tapi dia juicy.. yesss.. ada jugak daging bila hiris nipis dia jadi kejung keras. Jadi, tak tipulah kan, confirm wagyu, hahahah.  Level 2 mee sup tu tak pedas sangatlah, kalau nak pedas lagi boleh tambah sendiri chili flakes dan chili oil. 
Sup yang datang dengan nasi tu pun sedap, manis sikit la tapi. Daging dalam nasi ialah daging Australia tapi macam nak sama aje la rasa dengan daging wagyu tu, tak ada beza sangat. Sebab Sk biasa dengar atau baca, daging wagyu ni cair dalam mulut. Nasi tu makan tanpa sup pun sedap, bubuh la chili oil sikit sebab kita suka pedas, kan. Pedas baru kick


Iman balik, banyak dan pelbagai sikitlah konten blog. Kalau tak, balik-balik pembaca baca kisah makan kat Al-Anisah dengan Thoufeeq Bistro, hahahaha. Eh, Thoufeeq pun macam lama dah tak pergi sekarang

        
Ada lagi dua minggu Iman kat rumah, ada masa kita layan la selera dia, ada masa kena jugak ikut selera mak bapak


Tapi... dah nak habis makan, appetizer tak dihantar-hantar lagi ke meja. Sk agak dorang lupa buat tapi macam pelik aje sebab kat pesanan terus masuk dalam sistem, bukannya warung tomyam yang boleh ter-miss order


Kami panggil staf mintak semak, lepas tu Sk perasan macam baru dorang nak buat, sabar ajelah. Dah tak jadi appetizer


Salted Egg Fried Coconut (RM18.90) ni must order tau kalau datang Thong Bowl. Ianya adalah isi kelapa yang digoreng celup tepung yang nipis kemudian digaul dengan telur masin. Tak sangka pulak isi kelapa boleh digoreng jadi macam ni, sedapppp. 

Satu lagi appetizer yang lambat tiba.. Kangkung Fritters (RM13.90). Makan ni Sk teringat dulu-dulu arwah ibu selalu buat Bayam Celup Tepung, Ya Allah, rindu betul! Masa tu rumah sewa kitorang dekat sebelah kebun sayur. Tak tahulah macam mana ibu dapat idea goreng bayam celup tepung tu. Kangkung Fritters ni sedap, tak rasa berminyak sangat walaupun digoreng dalam minyak terendam. Disebabkan dah kekinyangan, kami cuma makan sikit aje dan minta bungkuskan. Staf kata, kena caj 50 sen untuk tapau. Tapi, tak muat ya masuk satu bekas, dia terpaksa guna dua bekas, kena bayar RM1 la gitu


Dah kenyang, baru cari langsir raya. Alhamdulillah, warna yang Sk nak tu ada dan banyak lagi stok. Dia yang susah kadang tu, langsir rumah Sk masih gantung guna cara french pleat. Jadi kadang jahitan french pleat ni selalu cepat habis stok berbanding eyelet. Tapi yang best, ukuran tingkap rumah Sk memang ngam sangat dengan langsir Romantika, hihi


Tak habis lagi ya, balik dari Paradigm Mall, singgah pulak aeon Taman U, saja nak tinjau baju raya, orang kata cantik-cantik. Dua tahun lepas, baju raya Sk dari aeon ya


Tapi, bila Sk tengok, tak cantik pun. Iman kata cantik. Dia ni dengan Sk, taste kitorang tak sama ya. Yang mana SK kata cantik, dia tak berkenan, yang Sk tengok tak cantik tu dia suka pulak. Lagilah bila sekarang fesyen dulu-dulu dah keluar balik, kan. Kita yang dah melaluinya nampak dah outdated tapi dia kata lawa, huhu


Ish ish... bonda tak berkenan langsung. Dah la macam pudar aje warna dia. Sk ni suka warna yang garang-garang, biar dari jauh dah nampak, hahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/makan-di-thong-bowl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 146 hits
CATATAN TRIP KE JEPUN HARI KEDUA KHAMIS 5 DISEMBER 2024Jemput baca catatan terdahulu Dari Oishi Park kenderaan kami menuju ke Masjid Fujikawaguchiko bagi menunaikan solat jamak Zohor Asar dan makan tengah hari Dekat je jarak di antara dua t...
Makan Nasi Goreng Siang Malam

Makan Nasi Goreng Siang Malam

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM Iman dah balik ke U Tak silap cuti semester sampai pertengahan bulan Mac tapi ni dia balik sekejap sebab ada program Mahasiswa Perak ke Pengkalan Hulu Perak Iman serta rakan rakan kelab studio UTM akan mengadakan...
Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 221 hits
Hihh panjangnya tajuk hahahaItu semua poyo Mama Yan dan keluarga singgah makan kat sini 2 minggu yang lalu Masa nak hantar Mak Mama Yan balik ke Raub Duduk rumah kami dalam sepuluh hari aje rasanya Lepas tu abah Mama Yan dah suruh hantar is...
Tercekik Boleh Berlaku Tanpa Amaran Sama Ada Ketika Makan Atau Pada Kanak Kanak

Tercekik Boleh Berlaku Tanpa Amaran Sama Ada Ketika Makan Atau Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 139 hits
Tercekik boleh berlaku tanpa amaran sama ada semasa makan atau pada kanak kanak yang tertelan objek kecil JANGAN LAKUKAN INI Jangan tepuk belakang mangsa jika mereka masih boleh batuk ini boleh menyebabkan objek lebih masuk ke dalam Jangan ...
Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 175 hits
Cerita dua ke tiga minggu lepas baru nak tulis Banyak sangat kejadian yang tak diingini sehingga mengganggu gugat mood yang sememangnya tengah tenggelam timbul Masa cuti sekolah hari tu Suami MY selalu je bawa anak anak ke tempat pembinaan ...
Makan Pho Bo Di Restoran Aba Vietnamese Muslim Foods

Makan Pho Bo Di Restoran Aba Vietnamese Muslim Foods

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum WBT RASANYA anak anak orang lain bila balik bercuti minta nak makan masakan emak tapi Iman ni pulak dia minta nak makan kat kedai kedai Sk lagi suka sebenarnya bawa ke kedai jer lagi senang tak penat Ialah hari tu dia minta ...
Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania

Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Semalam 24 Februari hari lahir mama Rania memandangkan CCL pun cuti so ada plan balik kampung untuk sambut birthday mama Rania sebelum ni mama Rania ada request nak buat makan makan berkelah di mana mana ...
Resipi Daging Goreng Bollywood Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Resipi Daging Goreng Bollywood Sedap Makan Dengan Nasi Panas

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 149 hits
Anda pernah cuba resipi Daging Goreng Bollywood style ni Nampak sedap dan membuka selera kan Bahan bahannya juga cukup mudah Pasti sedap dinikmati bersama nasi putih panas Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa untuk hari ini bole...
Makan Cili Rasa Pedas

Makan Cili Rasa Pedas

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 120 hits
MAKAN CILI RASA PEDAS Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang RAJIN BERBUDI PADA TANAH MENDATANGKAN HASIL Alhamdulillah Allah izin Kalau Allah swt tak izin tak jadi juga Kudrat kita ni semana sangatlah S...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gabungan Melayu Zahid Presiden Dr Sam Timbalan Presiden

Heed Cj S Views Nazri S Criticism Illogical

Jakim Lodges Report On Offensive Fb Comment Posted During Pak Lah S Funeral

Hygr Apologises Over Personal Care Ad On Lrt Coaches

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey