Sempat saya memotret Gunung Fuji dari dalam kenderaan sewaktu kami sedang melalui Kawaguchiko-ohashi Bridge.
Pukul 12.12 tengah hari, kami tiba di Masjid Fujikawaguchiko. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, di sini juga terdapat sebuah kafe. Jadinya kalau ke sini kita boleh makan dan solat di bawah satu bumbung. Alhamdulillah...memang mudah!
Sebaik kaki melangkah masuk ke bangunan masjid, kita akan terus jumpa kafe - ada kaunter jualan dan set meja kerusi. Tak begitu banyak menu ditawarkan, tetapi apa yang ada dah memadai bagi kami mengisi perut yang lapar. Pelayan di kaunter pula mungkin orang Pakistan, yang pasti bukan orang Jepun
Lega rasanya bila dapat masuk ke dalam bangunan sebab ada alat pemanas
Di sudut belakang sebelah kanan, terdapat rak jualan pelbagai produk
Di sudut belakang sebelah kiri pula merupakan laluan menuju ke ruang solat masjid
Ruang solat Masjid Fujikawaguchiko. Terdapat rak rendah sebagai pemisah ruang antara jemaah lelaki dan perempuan. Tenang dan selesa dapat menunaikan solat di sini. Alhamdulillah
Tempat wuduk perempuan. Perhatikan rekaan seperti kolah, jadinya air wuduk tak membasahi lantai. Rekaan yang sangat praktikal bagi mengatasi masalah basah dan lantai jadi licin di tempat wuduk
Entah apa nama menu ni, masakan jenis pasta. Sedap memuaskan selera. Macam biasa, Encik Suami memesan dua jenis hidangan berbeza untuk kami kongsi berdua
Satu lagi makanan - kebab. Ada dua saiz, Big/1,000 yen dan M/800 yen. Ada pilihan rasa, antaranya - original, spicy, teriyaki dan wasabi. Kalau tak silap, kami ambil perasa teriyaki. Saya agak kurang suka makan kebab sebab biasanya kalau makan selalu dapat yang tak kena selera. Tapi kebab yang saya makan ni sangat sedap. Recommended!
Jalan raya di hadapan masjid. Jalan raya di sini tidak begitu lebar dan tak banyak kenderaan lalu-lalang (hasil pemerhatian saya yang cuma seketika di sini)
Tadi foto betul-betul depan masjid, ini pula hasil foto selepas saya bergerak jauh sedikit. Sebelah kiri tu bangunan masjid, bersebelahan dengan tempat latihan sukan (entah sukan apa). Cantik pemandangan alam di sini
Di suatu sudut (keluar pintu bangunan masjid, pandang sebelah kanan), saya nampak deretan vending machine minuman. Salah satunya begitu menyerlah dengan ciri-ciri budaya Jepun
Sempat juga saya berfoto dengan penutup manhole yang cantik ni. Sebelum ini cuma baca cerita orang berkenaan penutup manhole unik di Jepun, sekarang saya dapat saksikan sendiri. Kagum sungguh, benda buat tutup lubang je pun jadi bahan seni yang menarik
Sebelum beredar dari sini, kumpulan kami berfoto kenangan di hadapan masjid. Sebelah kami itulah kenderaan yang membawa kami seharian ke sana sini - sebuah MPV Toyota Alphard. Cukup luas dan selesa|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |