Makan Beriani D Muar


 Assalamualaikum...
PUAS sudah mencari dan bertanya ke sana-sini, ke mana pindahnya Beriani King Muar yang biasa kami singgah sebelum ini. Tapak perniagaannya kini dijadikan lot meletak kenderaan. Sk juga berkali-kali menghubungi salah seorang pemilik BKM (mereka adik-beradik) tapi panggilan masuk ke kotak suara. Hampa.
Kawan Sk yang tinggal di Muar, mencadangkan sebuah restoran lain yang agak popular di Parit Jawa. Mujurlah juga sebelum check out dari hotel, Sk membuat carian di Facebook. Rupanya pulak, perniagaannya ditutup pada hari Sabtu. Jadi, kami cuba membuat carian restoran beriani yang berada di pusat bandar Muar.
Iman bertemu Nasi Beriani DiRaja. Kami cuba mencari lokasi menggunakan aplikasi waze, tak ada pulak, jadi, cuba masukkan alamat. Syukurlah jumpa jugak kedainya. Walaupun bukan Beriani King, jadilah.. sebab memang tekak ni mengada-ngada, nak sangat makan nasi beriani di Muar. Kalau kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat yang memang popular dengan berianinya, mesti dah wassalam. Padahal di Johor (Johor Bahru) bersepah-sepah Restoran Beriani, hihi.

Tengok papan tanda kedai tertulis Nasi Beriani D Muar tapi di sebelah dalam, Beriani DiRaja. Rupa-rupanya, Beriani DiRaja merupakan nama asal restoran namun mereka akur dengan perintah Majlis Perbandaran Muar yang meminta mereka mengubah suai ke Nasi Beriani D🍴Muar atas alasan tertentu majlis.

Walaupun begitu, di bahagian dalam restoran, mereka masih mengekalkan nama lama, mungkin bagi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan tetap Beriani DiRaja. Periuk belanga dan lauk pauknya semua di bahagian hadapan pintu restoran. Rasa nak jenguk dalam periuk, tapi segan pulak. Lagipun, dalam situasi sekarang, rasanya tak elok pakai selak aje periuk belanga orang.

Menu dan harga di restoran dipaparkan sebelum pelanggan masuk ke kedai.  Restoran bersih, luas dan selesa. Masa kami sampai ada sekumpulan 'uncle' baru selesai makan dan sedang berborak serta seorang pelanggan lain. Banyak meja kosong. Memang kebanyakan mereka yang datang ke Muar ni lebih suka cari sate dan makanan lain agaknya. Kalau tengok kedai yang menjual sate kebanyakannya 'full house'


Sk yang duduk berhampiran periuk belanga tu mencuri pandang. Staf restoran membuka periuk kukus dan menyelak kain net yang menutupi isi dalam periuk di bahagian atas. Meruak wap panas menimbulkan aroma nasi beriani. Ini teknik kebanyakan restoran beriani bagi memastikan nasi yang dihidang kepada pelanggan sentiasa panas. Kemudian, dia menceduk nasi dan meratakan dalam pinggan. Tak penuh pun senduk tu,  hurmmm.. lokeknya (kata dalam hati Sk, hahaha)
Sk perhati aje dia buat kerja. Lepas tu barulah SK teringat. Mereka menggunakan teknik Beriani Kambus atau di kalangan keluarga Sk, ia dikenali sebagai Beriani Laut iaitu, menimbus lauk dengan nasi. Pinggan yang sudah diisi nasi tadi, diletak lauk pilihan pelanggan, kemudian disendukkan nasi dikambus ke atas lauk tu. Tak baik kau Sk, cakap orang lokek. Tahulah kuat makan, hahaha


Tiga-tiga beranak pilih Lauk Kambing. Mengembeklah masing-masing. Nasinya sedap, lembut dan lunak. Kambing juga dimasak sehingga empuk tapi taklah lerai dari tulang macam kambing di Restoran Zaituna tu. Setiap set nasi dihidang bersama acar jelatah yang sedap dan tidak mengelat serta papadom empat segi. Mereka tak sediakan kuah dalcha, kalau suka kuah banjir, boleh minta kuah lebih. Sk kurang suka makan beriani dengan kuah yang banyak sebab nanti hilang rasa beriani tu. Rasa rempah tidak terlalu kuat, Alhamdulillah, tidak mengecewakan. Tapi tetaplah jugak kecewa tak dapat Beriani King, hihi. Oh ya, kalau makan Beriani, jangan lupa minum Sirap Bandung tau

Beriani D Muar
No 56, Jalan Ali84000 Muar, Johor
Telefon 018 4744785






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/makan-beriani-d-muar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Tangkak Bermalam Di Muar

Makan Di Tangkak Bermalam Di Muar

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum TIADA bantahan apabila Pak Inche mengajak jalan jalan cari makan ke Muar Sabtu lepas Iman baru sahaja menamatkan intern yang bererti tamatlah sudah derita nya bekerja setiap hari sabtu di kala bonda dan babah cuti rehat Dah ...
Harimau Ini Sedang Mencari Mangsanya Orang Lain Ni Mungkin Yang Kata Tebang Pokok Habitat Harimau Senang Cari Makan

Harimau Ini Sedang Mencari Mangsanya Orang Lain Ni Mungkin Yang Kata Tebang Pokok Habitat Harimau Senang Cari Makan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 279 hits
Aneh Harimau enggan baham kambing macam abang yang sedang melindungi adikFebruary 7 2022 Harimau sememangnya merupakan haiwan karnivor Oleh kerana itulah sebuah zoo di Rusia memberi makanan berupa haiwan hidup seperti kambing dan arnab untu...
Makan Roti John Paroi Lavender Height Seremban

Makan Roti John Paroi Lavender Height Seremban

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 479 hits
Roti John Paroi SerembanRoti John Paroi ni terletak di Taman Lavender Height Seremban Negeri Sembilan Roti john ni ada tiga jenis inti iaitu roti john ayam roti john daging dan roti john kambing Saiz roti john agak besar Kalau sorang makan ...
Makan Nasi Ayam Kee Chup

Makan Nasi Ayam Kee Chup

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum DAH lama teringin nak makan di Nasi Ayam Kee Chup sejak menyedari kewujudannya berhampiran dengan Persada Johor Bertahun tahun lalu selekoh tu tak pernah nampak pulak ada kedai makan kecuali Kedai Makan Kelantan depan Teleko...
Anak Menangis Di Kedai Makan Solusinya Bukan Bagi Hp Ayah Ini Kongsi Tipnya

Anak Menangis Di Kedai Makan Solusinya Bukan Bagi Hp Ayah Ini Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 174 hits
Ibu bapa yang ada anak kecil pasti tak akan terlepas melalui pengalaman anak meragam ketika makan di luar Hinggakan ibu bapa pun perlu makan dengan cepat bagi memastikan mood anak berada dalam keadaan baik Ini kerana ada sesetengah anak kal...
Suka Makan Ais Krim Jajan Mimi Oh My Girl Kongsi Tips Diet Untuk Kekal Berat Badan

Suka Makan Ais Krim Jajan Mimi Oh My Girl Kongsi Tips Diet Untuk Kekal Berat Badan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 212 hits
Mimi OH MY GIRL baru baru ini telah memuat naik video soal jawab di saluran YouTube peribadinya MimPD MimPD ialah saluran YouTube Mimi dia mana dia berkomunikasi dengan peminat dengan menunjukkan detik kehidupan hariannya dan kandungan mukb...
Sukar Cari Makan Dalam Bidang Penulisan

Sukar Cari Makan Dalam Bidang Penulisan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 177 hits
Tidak di nafikan lagi bahawa pekerjaan freelance atau dalam bidang kreatif sukar mendapatkan peluang pekerjaan Lebih lebih lagi dengan kewujudan penulis penulis baru bak cendawan selepas hujan Industri kreatif yang aku maksudkan adalah penu...
Sempat Makan Laksa Johor 14 Jam Layan Kontraksi Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal

Sempat Makan Laksa Johor 14 Jam Layan Kontraksi Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 316 hits
Sudah 10 hari bergelar ibu selebriti popular Neelofa sedang mengecapi proses berpantang di rumah ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohamed Berkongsi detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal Neelofa 33 menyatakan dia tidak dapat membezakan sakit...
Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 196 hits
Anda penggemar sajian udang Cuba resipi Udang Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan Hmmm Jom lah cuba puan puan Pasti anda sekeluarga berselera makan Sesuai disa...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik