Makan Di Rusdee Boat Noodle Hatyai Thailand


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak teruskan cerita tentang pengalaman aku di Hatyai, Thailand. Oh ya, untuk yang tak tahu, pada beberapa minggu yang lalu aku ada mengikut satu trip ke Hatyai selama 4 hari bersama rakan-rakan blogger dibawa oleh KOPETRO Travel. Untuk baca lebih lanjut tentang trip tersebut anda boleh baca di :-
 : https://www.aerill.com/2023/06/trip-ke-hatyai-4-hari-2-malam-bersama.html
MAKAN DI RUSDEE BOAT NOODLE, HATYAI!
Kalau sebut sahaja Boat Noodle pasti ada yang akan mengaitkannya dengan salah satu franshice makanan popular di Malaysia dengan nama yang sama. Berasal dari Thailand, aku sendiri pernah makan dan mencuba menu di restoran terserbut. 
Tetapi kali ini aku dan rakan-rakan singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran yang dikenali sebagai Rusdee Boat Noodle


Terletap di tepi sebatang jalan raya yang agak sibuk, masuk sahaja ke restoran Rusdee Boat Noodle anda boleh nampak ruangan tempat duduk yang banyak. Selain itu, ketika kami tiba sudah sampai waktu makan tengahhari, jadi jumlah pengunjung semakin bertambah





Memang cantik sebenarnya restoran ini, penuh dengan pokok-pokok serta suasananya yang memang meriah. Ramai juga warga Malaysia yang datang melancong ke Thailand singgah ke sini untuk menjamu selera

Setelah menjumpai tempat duduk, acara berikutnya adalah memilih makanan dan minuman. Untuk aku yang pertama kali datang ke sini, aku sebenarnya tak berapa pasti aku nak makan menu apa. Semuanya kelihatan sangat sedap. Selain itu aku juga kurang pasti dengan saiz hidangannya, adakah betul-betul sesuai untuk orang yang makan banyak macam aku. 

Untuk menu aku pada tengah hari itu aku mencuba Noodles Chicken Drumstick + Meatballs dan juga air Green Tea



Okay, saiznya memang sangat besar! Aku tak sangka saiznya sebegini, memang kenyang kalau mengikut saiznya. Untuk rasa supnya pula memang sedap, penuh dengan rasa yang pekat. Tidak seperti beberapa restoran lain di Malaysia yang mana kauhnya agak cair

Selain itu, ayam dan juga meatballs memang banyak jugak. Sayur-sayur dan tauge pun dalam kuantiti yang mencukupi sesuai untuk saiz hidangan ini


Selain itu, aku juga mencuba manisan sagunya yang memang sedap. Sebenarnya ada beberapa lagi menu yang aku cuba seperti dumpling tetapi tidak sempat ambil gambarnya kerana terlampau lapar dan tak sabar nak makan

Apa yang aku pasti adalah dengan makanan yang sedap dan harga yang sangat berpatutan, aku pasti akan datang lagi untuk mencuba menu-menu lain di sini. Mungkin selepas ini aku akan datang bersama keluarga, siapa tahu


Kepada anda yang bercadang dan berkira-kira mahu ke Hatyai, Thailand, anda boleh masukkan lokasi restoran Rusdee Boat Noodle dalam senarai lokasi yang akan anda kunjungi
RUSDEE BOAT NOODLE, HATYAI
LOKASI : 168/2 ท่าช้าง Bang Klam District, Songkhla 90110, Thailand
TELEFON : +66898768990
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/rushdeebn/FACEBOOK : https://www.facebook.com/RUSDEEBOATNOODLE

SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/08/makan-di-rusdee-boat-noodle-hatyai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Order Kerabu Maggi Di Boat Noodle Aman Central

Wajib Order Kerabu Maggi Di Boat Noodle Aman Central

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 227 hits
Wajib order Kerabu Maggi di Boat Noodle Aman Central Lunch minggu lepas aku ke Boat Noodle Aman Central Nasib lah orang tak ramai Makanan pun cepat je sampai Aku dan kerabu maggi berpisah tiada ye haha Kerabu Maggi Boat Noodle ni lain dari ...
Saya Tak Makan Song Jihyo Kongsi Kisah Sebenar Disebalik Momen Lejen Tidur Atas Jenga Gergasi

Saya Tak Makan Song Jihyo Kongsi Kisah Sebenar Disebalik Momen Lejen Tidur Atas Jenga Gergasi

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 353 hits
Bagi yang mengenali Song Ji hyo sejak kemasukannya dalam Running Man pastinya tahu bahawa gelaran ace bukan saja saja diberikan buat wanita itu ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod sambungan Running Outing Summer Vacation para ahli terus bermain ...
Lunch Di Kedai Makan Kak Ct Baling Kedah

Lunch Di Kedai Makan Kak Ct Baling Kedah

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum semua harini mama nak cerita satu kedai tempat kami selalu Lunch Di Kedai Makan Kak CT Baling Kedah Tak terfikir pula maam nak review kedai ni Selalunya mama beli waktu pagi dan kami brunch di homestay MR Ada beberapa kali j...
Pembantu Rumah Terseksa Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Najis Anjing Dan Dirantai Pada Sangkar

Pembantu Rumah Terseksa Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Najis Anjing Dan Dirantai Pada Sangkar

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 283 hits
JAKARTA Seorang pembantu rumah wanita di Indonesia dipukul dipaksa makan najis haiwan dan dirantai pada sangkar anjing oleh majikannya nbsp Siti Khotimah 24 meninggalkan kampung halamannya di Jawa Tengah untuk bekerja di Jakarta tahun lalu ...
Dengan Makan Pun Boleh Kurus Inilah Caranya

Dengan Makan Pun Boleh Kurus Inilah Caranya

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 189 hits
Tips Makan Pun Boleh Kurus Macam Mana caranya Assalammualaikum kawan kawan pembaca blog Google search keyword untuk blog aku Banyak gila cara nak kurus air jampian untuk kurus Macam mana nak kurus dengan cepat Jadi kali ini aku terpanggil u...
Makan Makan Di Thamada Village Teh O Ais 50 Sen

Makan Makan Di Thamada Village Teh O Ais 50 Sen

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 523 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini dah boleh bernafas lega sedikit berbanding kelmarin dan semalam Eh bukan lega sedikit la tapi lega banyak Tapi belum lega sebenarnya nak tunggu betul betul lega bila pelajar cuti semester nanti la Tak sabarrrrrr ...
Resipi Cucur Udang Garing Diluar Lembut Di Dalam Untuk Makan Petang

Resipi Cucur Udang Garing Diluar Lembut Di Dalam Untuk Makan Petang

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 214 hits
RESEPI CUCUR UDANG tanpa yis soda bikarbonatJom cuba resepi cucur udang tanpa yis ini Buat sendiri baru puas hati berbanding beli kerana kadang kadang cucur tersebut tidak menepati citarasa Ada yang lembik malah serap minyak Biasanya letak ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan