Makan Di Rumah Makan Perpateh


 Assalamualaikum WBT
AGAKNYA tentulah dah lapar sangat Pak Inche, sejak sebelum daftar keluar bilik di Avante Hotel Bandar Utama sudah bertanya, nanti kita nak makan tengahari di mana? Sk menyerahkan pada Pak Inche untuk memilih, maklumlah, Sk ni tolak batu dengan kayu aje, dialah yang cerewet pasal tempat makan. Sebaik keluar dari Plaza Tol Sungai Besi, Pak Inche mengajak makan di Bangi. Katanya, ada sebuah restoran Kari Kepala Ikan yang terkenal di sana. Aik! Sejak bila babah makan kepala ikan? Tanya semula Sk. 
Kemudian, Sk teringat sebuah restoran yang agak viral, Zamira Dapur Kayu. Sk buka aplikasi waze, jumpa. Tapi, carian di facebook beritahu, restoran ditutup setiap hari selasa dan rabu. Sk mengira-ngira dengan jari, eh.. hari ni rabu la. Hurmmm.. tak ada rezeki nampaknya nak makan di Zamira Dapur Kayu. Selalu nampak novelis kegemaran Sk, Kak Maria Kajiwa makan di ZDY ni.
Pak Inche menggesa lagi mencari mana-mana tempat makan yang menarik. Sebaik nampak Plaza Tol Seremban, Sk cadangkan Pak Inche keluar lebuhraya dan kemudian baru cari tempat makan yang menarik di sana. Selalu nampak Suria Amanda share tempat sarapan tapi jarang nampak SA share tempat lunch sebab beliau selalu lunch di KL kan 😆. Sambil-sambil tu, Sk tekan-tekan tempat makan menarik di Seremban (sebenarnya tak ingat perkataan apa Sk taip), waze memaparkan beberapa pilihan, yang paling teratas dan nampak menarik adalah ...

Rumah Makan Perpateh dan Medan Selera Penghulu Cantik. Pak Inche lebih tertarik dengan Rumah Makan Perpateh walaupun jaraknya lebih jauh dua kali ganda dengan Medan Selera Penghulu Cantik. Kami ikut jalan yang diarahkan waze, gedebak-gedebuk tetiba dah sampai Senawang


Rumah Makan Perpateh ini beroperasi di lot akhir bangunan kedai berhawa dingin di Pusat Bandar Senawang. Di luar restoran ada pondok-pondok seakan gazebo yang dibina dari rotan disusun di kaki lima untuk pelanggan yang memilih makan bersimpuh atau bersila. Namun, tiada siapa nampaknya memilih untuk duduk makan di situ memandangkan cuaca yang agak panas. Ruang dalam restoran kelihatan elegan dengan penggunaan kerusi warna emas dan kerusi kayu serta beberapa permaidani yang dibentang seperti sedang berada dalam sebuah banglo yang mewah


Mengikut peredaran semasa nampaknya, pesanan makanan dibuat dengan mengimbas QR Code yang diletakkan di atas meja. Konsep menu di sini adalah masakan kampung asli  Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Cili Api dan Sambal Berlado serta Sambal Tumis. Sk risau juga sebab tak ada lauk kari kan, tapi Pak Inche okey asalkan ada Sambal Tumis dan Ayam Goreng kegemaran dia. 

Daging Salai Lemak Cili Api, RM20Syahdu betul ya pertama kali makan masakan salai betul-betul di negeri kelahirannya. Daging tu lembut dan berjus, mungkin kerana ia dimasak selepas di salai dan tidak disejukbeku. Kuah lemak cili api pun sedap dan cuma pedas biasa aje la. Mungkin sebab kami ni jenis yang tahan pedas


Udang Sambal Petai, RM22Udang besar dan segar, dimasak bersama kulit namun mudah kita nak mengopeknya. Petai dipotong kecil dan ada sambalnya dimasak agak kering. Ada taburan bawang goreng jadi bila ianya digaul, terasa rangup bawang goreng tu. 

Rugi rasanya kalau tak ambil lauk Telur Itik Lemak Cili Api ni. Semangkuk ni telurnya dua biji, RM7. Kuah lemak cili api sama rasa macam masakan daging salai tadi. Oh, ada pucuk ubi dalam kedua-dua masakan tapi tidaklah banyak. Buat ada-ada la gitu


Tak pasti macam mana teknik mereka masak telur dalamnya jadi macam ni. Kuning telurnya tiga perempat masak tapi tak pulak pecah dalam kuah. Kalau Sk, memang tak menjadik macam ni, hahaha. Iman pulak tak nak makan telur itik, terpaksalah Sk menambah nasi untuk menghabiskan dua bijik telur ni (alasan!🤣)

Ayam Goreng Kampung Berempah, RM15. Dihidang bersama sambal kicap macam sambal kicap soto. Pak Inche kata, ayamnya tak masin atau lebih tepat lagi tawar, hehe. Nampak selera Pak Inche makan berbanding malam kami bertolak  ke KL tu. Sampai nak pergi makan Nasi Lemak 222 pun tak lalu


Ada pilihan sayur Kangkung Belacan dan Kailan Ikan Masin tapi Pak Inche kata, ambil ulam. Set Ulam mengandungi salad, timun, daun selom (kot) dan Sambal Belacan, RM4. Sambal belacan dia pedas dan sedap. Keseluruhan hidangan tidak mengecewakan. Boleh dikatakan restoran ini mengetengahkan hidangan tradisi dalam suasana moden dan ekslusif


Rumah Makan Perpateh
1, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
Buka setiap hari kecuali Jumaat11.30 pagi hingga 9.00 malam
Tel : 0108372504

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/makan-di-rumah-makan-perpateh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembantu Rumah Terseksa Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Najis Anjing Dan Dirantai Pada Sangkar

Pembantu Rumah Terseksa Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Najis Anjing Dan Dirantai Pada Sangkar

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 283 hits
JAKARTA Seorang pembantu rumah wanita di Indonesia dipukul dipaksa makan najis haiwan dan dirantai pada sangkar anjing oleh majikannya nbsp Siti Khotimah 24 meninggalkan kampung halamannya di Jawa Tengah untuk bekerja di Jakarta tahun lalu ...
Penduduk Ternak 58 Buaya Dalam Lubang Di Tepi Rumah

Penduduk Ternak 58 Buaya Dalam Lubang Di Tepi Rumah

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 240 hits
JAKARTA Polis menemui 58 ekor buaya diternak di dalam lubang sempit selepas menyerbu beberapa buah rumah di wilayah Sumatera Selatan lapor laman berita Detik hari ini Berdasarkan gambar yang dirakam polis semua buaya itu diternak di dalam l...
Suka Hati Letak Kenderaan Depan Rumah Jiran Anda Boleh Dipenjara

Suka Hati Letak Kenderaan Depan Rumah Jiran Anda Boleh Dipenjara

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 161 hits
Ada masanya seharian anda tidak keluar rumah berehat sambil menonton televisyen bersama keluarga Tetapi apabila hendak keluar rumah tergendala pula kerana ada kenderaan lain diletakkan di hadapan rumah anda yang menghalang anda daripada kel...
Jangan Percaya Hasutan Orang Untuk Beli Rumah Masa Muda Ini Sebabnya

Jangan Percaya Hasutan Orang Untuk Beli Rumah Masa Muda Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 263 hits
Apabila kita sudah melangkah ke alam pekerjaan dan memiliki pendapatan sendiri kita boleh merancang kewangan supaya dapat diuruskan dengan bijak Dari situ mulalah rancangan untuk membeli harta apa dahulu bagi kegunaan sendiri Selalunya anak...
Suspek Pecah Rumah Meninggal Dunia Pemilik Rumah Antara 4 Ditahan

Suspek Pecah Rumah Meninggal Dunia Pemilik Rumah Antara 4 Ditahan

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 178 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myEMPAT lelaki yang ditahan reman susulan kematian suspek yang cuba mengumpil tingkap rumah FOTO ihsan pembacaKota Bharu Empat lelaki termasuk pemilik rumah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini s...
Guru Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Guru Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 184 hits
Paya Linda Yahyaam hmetro com myMayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan terlentang diruang tamu rumahnya di SMK Panggung Jaya di sini semalam FOTO Ihsan PDRMGUA MUSANG Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia kerana jangkitan kuman d...
Hiasan Dalaman Moden Lee Seunggi Dedah Rumah Mewah Bersama Lee Dain

Hiasan Dalaman Moden Lee Seunggi Dedah Rumah Mewah Bersama Lee Dain

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 245 hits
Sukanya tengok pasangan bahagia Lee Seung gi dan Lee Da in kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 23 Ogos Lee Seung gi telah memuat naik satu foto yang menunjukkan pemandangan pelangi dari tingkap rumahnya Tulis pelakon itu Seni alam semula jad...
Begini Cara Pemprov Dki Jakarta Awasi Asn Kerja Dari Rumah

Begini Cara Pemprov Dki Jakarta Awasi Asn Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 124 hits
Pekerjaan bagi ASN yang WFO akan diperbanyak Sehingga pengawasan tetap harus dilakukan pimpinan
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan