Makan Di Roti Rentung Cafe Lagi
Assalamualaikum...
LONG weekend yang meriah dengan macam-macam acara peribadi jadi hanya mampu duduk di rumah. Nak JJCM jauh-jauh pun tak boleh memandangkan ada beberapa tempat yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) malah Johor Bahru sendiri telah diisytiharkan sebagai zon merah rentetan kes jangkitan Covid 19 yang tetiba mendadak naik. Malah, Sk terpaksa menolak untuk hadir dua jemputan majlis kahwin kerana paranoid disebabkan beberapa kluster yang muncul dari majlis perkahwinan. Orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati, dan permohonan maaf telah dihantar kepada tuan rumah semoga mereka memahami dan dipermudahkan segala urusannya
Kali kedua kami ke Roti Rentung Cafe dan kali pertama bagi Iman. Disebabkan itu, Sk pesankan minuman yang paling istimewa untuk Iman iaitu frape campuran buah-buahan, apakah namanya.. Bob bob.. bob.. ah lupa lahh.. hahaha
Sebenarnya plan awal nak makan di Restoran Lapan Kati tetiba Pak Inche berubah fikiran nak makan western. Iman pulak dah simpan perut nak makan nasi, jadi disebabkan dia kata lapar, maka pilihan Iman, Spaghetti Bolognese. Iman kata, biasa-biasa aje sos bolognese tu, taklah sedap atau tak sedap, boleh dapat rasa yang sama di tempat lain. Bolognese paling sedap tentulah masakan bonda, hehehehe
Sirloin Steak untuk Pak Inche. Ini kali pertama kami pesan sirloin, ternyata memang tidak menghampakan. Dengan kepingan daging yang tebal namun dipanggang begitu sempurna, dagingnya berjus dan lembut dikunyah. Dengan hanya RM35 sepinggan ni ada tiga side dish serta sos lada hitam yang sedap.
Sepatutnya pembuka selera, tapi lambat pulak sampainya Sup Cendawan ni. Dihidangkan bersama dua keping roti yang dipanggang bersama mentega bawang putih. Roti tu agak masin, tapi bila celup dalam sup tak terasa sangat la.
Kalau nak datang sini, anda kena bawa banyak kesabaran. Punyalah lama menunggu hidangan yang terakhir ni, Chicken Parmigiana. Satu menu yang jarang Sk pilih tapi sajalah nak kelainan asyik makan pasta aje kan. Nak bagi pembaca Alam Sari ni cuci mato tengok ayam goreng pulak, ahahaha
Kepingan whole leg celup tepung yang digoreng terendam, rangup tepungnya dan bahan perapan begitu terasa, kalau bawa anak-anak tentu dorang suka makan ni sebab ala-ala ayam goreng kefsi dengan limpan keju. Ada fries dan coleslaw memnag rasa macam kat kefsi sangat nih
Kalau nak datang sini, bolehlah tempah meja awal tapi kalau dah tempah meja, janganlah tak tepati masa pulak ya, kesian orang lain yang datang nak makan tapi tak ada meja sebab semua meja telah ditempah. Masa kami datang macam tulah, tapi nasib baik tuan kedai ni bertolak ansur dan membenarkan kami duduk di meja yang telah ditempah. Makin malam makin ramai orang dan hidangan yang sampai ke meja semakin lambat. Macammana pun makan di sini memang puas hati dengan potion yang besar dan rasa yang tidak menghampakan
Roti Rentung Cafe
No. 5 Medan Selera Koperasi, Latoh, 81700 Kongkong Selat Mendana, Jalan Sungai Masai, 81750 Masai, Johor
Telefon 016 7404572
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/makan-di-roti-rentung-cafe-lagi.html