Makan Di Restoran D Istana Baloh Jembal Kota Bharu Kelantan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Restoran D'Istana Baloh Jembal, Kota Bharu Kelantan | Apa khabar buat semua rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku diberi kesempatan untuk kongsikan dengan anda satu lokasi menarik untuk anda makan bersama keluarga. Kenapa menarik? Kalau nak tahu anda kenalah baca sehingga ke penghujung artikel ya! ✌😎
MAKAN DI RESTORAN D'ISTANA BALOH JEMBAL, KOTA BHARU, KELANTAN
Sebelum ini aku ada ceritakan bahawa aku ada melawat negeri Kelantan di artikel Jom Jelajah Negeri Kelantan dengan Pakej Kelantan Sightseeing Tour. Buat masa sekarang aku masih lagi menulis travelogeu sepanjang perjalanan aku ke negeri Kelantan, tapi artikel tersebut sangat panjang dan masih banyak lagi belum ditulis. 😅 In shaa Allah dah siap artikel tu nanti aku kongsi dengan anda

Berbalik kepada cerita asal, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di sebuah restoran. Sebuah restoran yang unik dan menawarkan makanan yang sedap-sedap belaka! Sepanjang perjalanan pulang ke ibu negara, aku memang sangat kenyang dan sehingga sekarang masih teringat menu-menu yang ada di restoran D'Istana Baloh Jembal



Sebelum menceritakan tentang makanan, aku nak kongsi dulu gambar sekitar restoran ini. Kalau anda perasan, restoran ini membawakan konsep Istana Melayu Tradisional. 
Menurut Mawardiyunus, Baloh Jembal bermaksud rumah kecil, atau tempat simpanan padi bagi rakyat zaman dahulu kala dan ini menjadi simbol atas kegigihan dalam bekerja dengan penuh perancangan. Jembal pula bermaksud keturunan diraja di Kelantan yang memberi simbol pemimpin yang menjaga budi pekerti, adat budaya dan berusaha dalam mendidik rakyat sebaiknya


Terdapat pelbagai ruangan yang tersedia untuk para pengunjung menikmati hidangan di sini. Ada ruangan yang terbuka, ada ruangan di dalam rumah, ada ruangan untuk bersila dan sebagainya. Pilihan yang pelbagai memberikan pengunjung untuk merasai pengalaman makan secara tradisional dan sebagainya




SET HIDANGAN MAKAN
Tibalah masa yang dinantikan iaitu bercerita tentang makanan. Okay, makanan yang dihidangkan direstoran ini mengambil konsep melayu lama. Sebagai contoh, hidangan yang ada adalah seperti hidangan di kampung pada zaman dahulu kala dan juga pinggan mangkuk yang digunakan adalah seperti yang digunakan oleh datuk nenek kita di kampung. Sangat klasik ya!

Set hidangan utama di D'istana Baloh Jembal adalah set Nasi Ulam Budu. Hidangan set ini adalah untuk 4 hingga 6 orang makan

Di dalam set ini terdapat, nasi putih, patik tempoyak, ikan keli goreng, ayam goreng, sayur lemak, singgang ikan tongkol, sambal belacan, ulam + budu + ikan bakar tawar, buah-buahan dan air jug (sirap, teh o ais).
Harga bagi set ini adalah sangat berpatutan iaitu pada harga RM57 sahaja! Harga yang sangat murah dan berpatutan dengan set ini. Kalau di Kuala Lumpur, set sebegini harganya mungkin dua kali lebih mahal! 
Untuk memberikan anda rasa cemburu, aku akan kongsikan beberapa gambar yang diambil oleh Mawardiyunus ketika kami sedang menikmati set hidangan yang sangat sedap ini





Selain set Nasi Ulam Budu, anda juga boleh memesan hidangan lain. Antara menu yang anda boleh pesan secara ala carte adalah seperti Asam Pedas Keladi, Acar Pisang dan Jeruk Maman

Oh ada lagi! Di restoran D'Istana Baloh Jembal juga mempunyai hidangan masakan panas dan juga Western. Untuk pengetahuan anda, hidangan masakan panas dan western ini hanya tersedia selepas waktu Asar. Dibawah aku kongsikan senarainya beserta dengan harga :-
MASAKAN PANAS👉Nasi Ayam Penyet : RM 10👉Nasi Keli Penyet : RM 10👉Pelbagai Nasi Goreng : RM 7👉Pelbagai Kuay Teow/Mee/Bihun : RM8
WESTERN👉Chicken Chop : RM 10👉Lamb Chop : RM 17👉Spaghetti Bolognaise : RM 10👉Spaghetti Carbonara : RM 10👉Spaghetti Aglio Olio : RM 10👉Nugget : RM 4👉Sosej : RM 4👉French Fries : RM 4

Secara keseluruhannya, pengalaman makan di restoran D'Istana Baloh Jembal merupakan pengalaman yang sangat seronok. Mengimbau balik kenangan ketika zaman kecil bersama datuk dan nenek. Sekiranya anda ingin merasa pengalaman makan seperti ini, anda bolehlah datang ke restoran D'Istana Baloh Jembal, Kota Bharu, Kelantan.
LOKASID ‘ Istana Baloh JembalLorong Sri Madani, 15200 Kota Bharu, Kelantan
WAKTU OPERASISabtu - Khamis : 12 tengahari sehingga 11 malam
Jumaat :  3 petang sehingga 11 malam


Instagram : d_istanabalohjembalFacebook : D'Istana Baloh JembalLaman Web : https://balohjembal.blogspot.com/
SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/10/makan-di-restoran-distana-baloh-jembal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baloh Jembal Harga Murah Makan Nasi Ulam Budu Di Restoran Berkonsepkan Istana Lama

Baloh Jembal Harga Murah Makan Nasi Ulam Budu Di Restoran Berkonsepkan Istana Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 816 hits
Kalau ada yang bertanya kat mana restoran yang best untuk dikunjungi kalau berada di sekitar Kota Bharu ni Saya sendiri dengan bangga hati mencadangkan Baloh Jembal Sebuah restoran yang sangat unik menghidangkan makanan yang sedap dalam sua...
Makan Tengahari Set Nasi Ulam Budu Di D Istana Baloh Jembal

Makan Tengahari Set Nasi Ulam Budu Di D Istana Baloh Jembal

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 1665 hits
Makan tengahari Set Nasi Ulam Budu di D Istana Baloh Jembal Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya makan tengahari yang sedap dan murah di D Istana Baloh Jembal yang terletak di Kota Bharu Kelantan Ini adalah pengalaman p...
Kelantan Sightseeing Tour Pakej Melancong Di Kota Bharu

Kelantan Sightseeing Tour Pakej Melancong Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 503 hits
Baru baru ni saya dan kawan kawan berpeluang berjalan jalan menerokai beberapa lokasi menarik yang ada di Kelantan khususnya sekitar Kota Bharu Apa yang menariknya trip kali ni bukanlah trip terjah seperti biasa yang kami buat tau Trip kali...
Hotel Bintang Square Kota Bharu Hotel Berdekatan Husm Kubang Kerian Kelantan

Hotel Bintang Square Kota Bharu Hotel Berdekatan Husm Kubang Kerian Kelantan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 687 hits
Hotel Bintang Square Kota Bharu Hotel Berdekatan HUSM Kubang Kerian Kelantan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 2 minggu lepas Mak Sha dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia yang terletak di Kubang Kerian Kelantan Jadi Sha...
Pekena Nasi Abe Mie Di Kota Bharu Kelantan

Pekena Nasi Abe Mie Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 482 hits
Pekena Nasi Abe Mie di Kota Bharu Kelantan Tekak melayu kalau tak makan nasi memang tak sah kan Kalau dalam artikel sebelum saya dah cuba Kali ini nak share pasal Nasi Abe Mie pulak Ramai yang cakap Nasi Abe Mie nih sedap Tengok review deka...
Jom Makan Makan Di Cafe Baru Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan

Jom Makan Makan Di Cafe Baru Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 1554 hits
Jom makan makan di Cafe baru Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan satu lagi Cafe yang boleh dikunjungi sekiranya korang berada di Bandar Tanah Merah Kelantan Cafe yang saya maksudkan adalah Nasken Cof...
Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 729 hits
Restoran Halab Pulau PinangRestoran Halab ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Jalan Chulia George Town Pulau Pinang Restoran Halab ni juga adalah original dari Arab Syria 80 adalah pelayan berbangsa arab Kalau tak silap chef ju...
Degil Lelaki Pakai Gelang Merah Jambu Makan Di Restoran Ditahan Polis

Degil Lelaki Pakai Gelang Merah Jambu Makan Di Restoran Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 387 hits
286 total views 286 views today Seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu ditahan selepas disyaki melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Covid 19 dengan makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang m...
Makan Di Restoran Budak Siew Mai By Saiful Islam

Makan Di Restoran Budak Siew Mai By Saiful Islam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 669 hits
Assalamualaikum CERITA pasal makan lagi kali ini Sk nak bawa anda ke Restoran Budak Siew Mai yang terletak di Taman Nusa Sentral Ops Habislah orang taman ni baca hahahaha Dalam lebat hujan kami meredah lebuhraya gara gara posting dari rakan...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Aglio Olio Di London

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Aroma Diffuser Baru

Tak Sangka Cara Ni Boleh Elak Pedih Mata Bila Potong Bawang