Makan Di Restoran Budak Siew Mai
Assalamualaikum...
SEJUK sepanjang hari ini apabila hujan membasahi bumi Johor sejak pagi tadi. Hujan lebat dengan angin kencang menangguhkan perjalanan ke pejabat hari ini. Masa ni la akan terfikir, bagusnya kalau pasang awning sampai jalan, taklah kebasahan ditimpa hujan bila nak buka pintu pagar. Tapi, masa taip entry ni terfikir yang lain pulak. Bagusnya kalau ada pagar elektronik, tekan suis terbuka sendiri, tak payah berhujan buka kunci, hihi. Itulah, orang nampak kita macam banyak wang, orang tak tahu kita cuma beruang, hahahahah.
Iman pesan satu set Durian Roll. Walaupun rupanya tak cantik macam di Adam's Kitchen, tapi rasanya tetap sedap. Dah lama beno tak pergi makan di Restoran Budak Siew Mai, ni. Sempena hari gaji, Pak Inche kata, bondalah belanja. Oh, sekali sekala, apa salahnya. Kita pun dapat rehat, tak payah memasak. Tapi, jangan minta selalu, sebab kita nak simpan duit beli pinggan rose. Tak ada rantai berlian tak apo, janji ada pinggan rose 😜
Salad Prawn.. ni Pak Inche order, nak rasa katanya. Mementang bukan dia belanja, macam-macam pulak kehendaknya ya. Sama macam Durian Roll tadi, Salad Prawn juga datang 3 keping setiap set dengan pencicah sos mayonese. Nasiblah ngam ahli keluarga ada tiga orang 😂 Oh, ya.. Durian Roll dan Salad Prawn ni merupakan antara menu Crispy Dim Sum di RBSM selain Chicken Dumpling. Yang suka dim sum goreng, bolehlah order
Seafood Ying Yang Wan Tan Hor. Menu ni Sk pernah order dulu. Memang menu ni dia akan hidang dalam pinggan macam piring hitam ni ek. Punyalah besar gedabak pinggannya sampai tak muat meja, tapi yang pelik, semua yang ada dalam pinggan tu, muat pulak perut, hahahahahaha
Wok Fried Beef Ginger & Scallion, pilihan Pak Inche. Daging dimasak halia bersama scallion (bawang hijau atau daun bawang). Memang sedap masakannya, tak masin. Hidangan ini datang bersama nasi putih
Wok Fried Chicken Creamy Butter Cheese. Siapa punya lagi kalau bukan Iman. Ayam digoreng dahulu kemudian diletakkan atas sos mentega berkrim dengan keju. Sos keju tu tersangatlah sedapnya. Juga datang bersama nasi putih
Chee Chong Fun Plain. Kalau anda ke sini, boleh cuba juga Chee Chong Fun with BBQ Chicken atau Chee Chong Fun with Curry Minced.
Masa kami pergi ni, baru lepas hujan. Ingatkan nak duduk makan di meja luar tapi tak ada staf yang datang lap meja yang basah. Bukan basah sikit-sikit, tapi basah teruk, dengan kerusi semua basah. Terpaksalah makan di dalam. Satu kekurangan di RBSM ni, mereka gunakan meja saiz dua orang. Kalau kami bertiga ni, tambahlah satu kerusi, itu yang jadinya berhimpit pinggan atas meja.. hahahahahaha
Burppp.. Alhamdulillah ❤️
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/12/makan-di-restoran-budak-siew-mai.html