Makan Di Restoran Anjung Selatan Gelang Patah


 Assalamualaikum wbt
KISAH Jumaat lepas, masa ke Ikea tu, SK bercadang nak makan di luar aje. Biasa, kalau plan nak keluar, pukul 10 dah panaskan enjin tapi pagi tu kemas rumah dulu siap pakej lipat kain baru keluar. Hati Tekak tak terasa nak makan Meatball Ikea, rasa macam nak cari Nasi Padang, tapi laluan ke Ikea tu, tak tahu di mana ada kedai Minang. Iman cadangkan cawangan terbaharu Restoran Anjung Selatan yang terletak di Gelang Patah. Bernasssssss!

Sistem baharu di Restoran Anjung Selatan, ada laluan terus ke kaunter nasi dan lauk, layan diri ambil makanan dan minuman, kemudian terus buat bayaran di kaunter bayaran macam di Kelab Kopi Lama.  Dulu-dulu, lepas ambil makanan, boleh terus duduk makan, nanti ada staf datang ambil pesanan minuman dan terus kira harga, tulis atas kertas kecil bagi pada kita. Habis makan, bawa kertas tu ke kaunter bayaran. Agaknya, ramai yang tak bayar lepas makan ke? Iman kata, dah macam kantin sekolah, hihi.
Kalau takut pelanggan tak bayar, boleh jer buat macam Warung Kak Yah yang cuma ada satu laluan sahaja untuk keluar dan lalu meja juruwang. Memang tak ada alasan la terlupa atau buat-buat terlupa nak bayar. Tapi, Sk pun dah lama tak ke sana, kotlah dah ada dua tiga laluan keluar, kan. Tapi, agaknya, manusia yang buat-buat lupa nak bayar ni, kita buatlah laluan macam manapun, pandai jer dia nak mengelak. Memang wujud manusia macam tu, kan. 

Rasa macam nak makan Keli Salai Masak Lemak Cili Api tapi yang tinggal tu dahlah kecik, kepala pun tak ada, hahaha. Padahal, bukan dimakan pun kepalanya.  Alasanlah tu, sebab nak makan Gulai Patin Tempoyak. Tengok dalam periuk, banyak lagi potongan badan ikannya. Kalau di cawangan BBU, datang pukul 2, memang tinggal kepala, lah. Silap haribulan, kuah aje yang ada. Dah banyak tempat SK makan Patin Tempoyak ni, belum ada yang boleh menandingi keenakan Patin Tempoyak di Anjung Selatan ni termasuklah yang Sk makan di negeri asalnya. Tu pada tekak Sk la. Malah, Fidah yang hantu Patin Tempoyak pun cakap macam tu jugak. Cuma, Sk belum cuba lagi Patin Tempoyak Temerloh. Sebab datang pun dah lewat, banyak ulaman dah habis termasuk jantung pisang kesukaan SK

Iman, tak ambil Daging Salai Masak Lemak Cili Api macam selalu, sebaliknya kali ini dia pilih Asam Pedas Ikan Pari. Banjir terus pinggannya. Sk suap sikit ke mulut, memang sedap, ada rasa lada hitam. Mahu berasap hidung ni kalau makan, hahaha. Iman ambil sayur taugeh, tapi, dia guna taugeh yang besar kepala tu. Iman kata, tak sedap taugeh tu


Lepas ni, senanglah kalau rasa nak makan Patin Tempoyak Anjung Selatan, boleh pergi cawangan GP ni yang dekat dengan rumah. Tempat letak kereta pun lebih luas, restorannya pun luas, serbi-serbilah luas. Tapi, tak bolehlah nak datang selalu kerana duitnya pun luas jugak, hahaha

Anjung Selatan Cawangan Gelang Patah
No 57, Jalan Suria 2,Pusat Komersial Suria,81550 Gelang Patah, Johor
Dibuka setiap hari hingga jam 3 petang





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/makan-di-restoran-anjung-selatan-gelang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengahari Di Restoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung Perak

Makan Tengahari Di Restoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung Perak

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 350 hits
Restoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung PerakRestoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung PerakAntara tempat makan tengahari yang best di Seri Manjung ni korang boleh try di restoran Seri Ilham Setiawan yang teletak di Seri Manjung Perak Res...
Jalan Jalan Cari Makan Terjumpa Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan Lepas

Jalan Jalan Cari Makan Terjumpa Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan Lepas

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 299 hits
Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan Lepas Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan LepasPlan asal aku nak pergi bawa anak anak ke Akurium Tunku Abdul Rahman dekat Batu Maung Tapi sebelum nak masuk akuarium tu cari dulu la makan...
Sarapan Pagi Dan Makan Malam Di Restoran Shah Heaven Food Kea Farm Cameron Highlands

Sarapan Pagi Dan Makan Malam Di Restoran Shah Heaven Food Kea Farm Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 385 hits
Restoran Shah Heaven FoodRestoran Shah Heaven Food ni terletak di dalam Holiday Parks Kea Farm bersebelahan dengan Cameron Square Shopping Center Cameron Highlands Aku datang sini sebenarnya nak makan sarapan pagi Waktu pagi menu sarapan je...
Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 270 hits
Ini kedai saya saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka nbsp Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan in...
Makan Malam Di Restoran Kemangi Pontian

Makan Malam Di Restoran Kemangi Pontian

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 310 hits
Setiap hari Khamis malam Jumaat Mama Yan dan suami memang akan bawa anak anak makan di luar Selalu bawa kat kedai kedai makan sekitar Pekan Nanas aje Tapi macam dah habis kot kedai makan kat Pekan Nanas ni Malam kelmarin lajak sikit ke Pont...
May Remote Raid Gelang Patah Rockruff

May Remote Raid Gelang Patah Rockruff

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 390 hits
May Remote Raid Gelang Patah Rockruff Layan edisi terobek Kat tempat sendiri pun kekadang pakai jugak remote raid Malas nak kuar sesaja nak nunggu kan Lepak santai santai ja pukul raid tier 1 macam rockruff ni Layan mknaceunlimited mknace t...
Nak Bungkus Dok Tepi Sikit Akak Bagi Siapa Yang Makan Dalam Kedai Dulu Bekas Pelanggan Restoran Viral

Nak Bungkus Dok Tepi Sikit Akak Bagi Siapa Yang Makan Dalam Kedai Dulu Bekas Pelanggan Restoran Viral

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 199 hits
Foto Bangsar BabeNama Restoran 35 sudah menjadi buah mulut ramai pihak Namun begitu semenjak kembali tular restoran ini dikatakan semakin dikunjungi ramai pelanggan Layanan kurang mesra peniaga di premis itu rupa rupanya bukan baru sahaja d...
The Colours Of Life Last Week Gelang Patah

The Colours Of Life Last Week Gelang Patah

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 324 hits
The Colours of Life Last Week Gelang Patah Minggu terakhir kat Gelang Patah sebelum mula bergerak ke Negeri Sembilan Enjoying ngayuh dan snap Penuhkan jemaat dengan setelkan perkara perkara penting sebelum bergerak Sabtu gerak ke KL untuk a...
Resipi Sate Roti Sosej Roll Buat Bekal Anak Goreng Panas Panas Laju Anak Makan

Resipi Sate Roti Sosej Roll Buat Bekal Anak Goreng Panas Panas Laju Anak Makan

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 271 hits
Buntu tercari cari menu untuk bekal anak ke sekolah Menu ringkas roti gulung yang dijadikan seperti sate ini pasti buat anak teruja nak makan Hanya gulungkan roti bersama sosej dan kemudian di cucuk pada lidi sate Memang ringkas Jom cuba pe...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi