Makan Di Nakorn Tomyam
Assalamualaikum WBT
KISAH menginap 2H1M di Segamat lagi.. malam tu, kami keluar makan di sekitar bandar saja. Pak Inche kata, nak makan tomyam, Sk buat carian di mukabuku dan tertarik dengan nama kedai ni, Nakorn Tomyam. Macam pernah ku dengar nama ini, macam biasa dengar, femes la gituuuu. Tengok, ada banyak cawangannya di Segamat ni dan Sk pilih yang terdekat iaitu di Segamat Central
Biarlah Pak Inche yang pilih nak lauk apa sebab tahulah tekak dia tu cerewet, tak macam Sk ni, tolak batu dengan kayu jer. Punyalah belek menu tu, kan.. nanti sudahnya ambil lauk sama jer, haha.
Sukar jugak ya nak membuat pilihan.. sampai berkerut ubun-ubun
Pak Inche memutuskan ambil set Combo D. Jarang-jarang jugaklah kami ambil set kombo setiap kali makan di kedai. Set kombo ni untuk 4 orang makan tau.. Pak Inche pilih ni sebab set ni ada ikan
Tomyam.. sesuatu sungguh. Isinya macam steamboat seperti bebola ikan, fillet ketam, kek ikan dan cendawan enoki serta udang. Kangkung pun ada tau, haha. Sup tomyam ni rasa pes tomyam thai tu, tapi taklah teruk rasa dia. Ni macam tomyam yang selalu dijual di Pesta Makanan Thai
Empat hidangan dalam set Combo DSiakap Tiga RasaKailan Ikan MasinTomyamPaprik Seafood
Siakap dia besar sangat ya.. jadi, kalau besar, memang mudahlah nak makan sebab tak banyak tulang macam ikan kecik. Sos tiga rasa pun sedap dan tidak kedekut bahan. Kalau tengok harga ala carte bagi ikan siakap ni, RM40. Untuk set combo ni, RM65 termasuk 4 pinggan nasi putih.
Tapi, kami makan dua pinggan jer laaa.. (sebelum orang tanya, baik cakap dulu)
p/s Patutlah macam biasa dengar nama Nakorn tu, hahahaha.. BACA SINI LAAAA...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/makan-di-nakorn-tomyam.html