Makan Di Kawd Jb Lagi
Assalamualaikum wbt
SEMPENA meraikan Iman yang akan sambung pengajian tidak lama lagi, kami ke KAWD malam tadi. Kalau ikutkan selera Pak Inche, dia nak ke Seafood Restaurant tapi setelah dipujuk-pujuk, dia setuju nak layan tekak minah saleh yang dua ketul ni, hahaha.
Suasana lampu yang tak begitu terang. Sebenarnya terang aje tapi buku menu tu warna hitam jadi tak nampak terang. Ditambah masing-masing dah rabun, hahaha
Pembuka selera setiap kali makan western, Mushroom Soup. Cepat betul sampai ke meja, tapi, sup cair dan roti dah tak panas. Tak sempat nak posing, Pak Inche dah tak sabar nak menyudu
Iman kan dah cakap hari tu, lain kali kalau datang KAWD, dia nak makan Tacos ni semata. Makanlah nak.. dia makan dua ketul, dua ketul lagi bawa balik, nak buat sarapan hari ni. Cili jeruk tu sedap sangat
Kentang Goreng datang bersama tiga jenis sos pencicah yang sedap. Kentang gebu dan garing, sedap
Setahun duduk Ipoh, ingatkan boleh kurus, sekali kena PKP, terus tak jadik kurus sebab bonda masak sedap sangat. Iman kata, kali ni mesti kurus sebab kena duduk dalam kampus dan perlu jalan kaki ke fakulti dan kuliah.
Lemon Butter Salmon untuk Sk, sedap angat-angat
Pak Inche pilih Signature Steak
Suka tengok staf lap pinggan dengan tisu sebelum makanan dihidang ke meja, maka cantik dan nampak kemas persembahannya
Pak Inche menyuarakan rasa tak puas hati dapat daging macam ni. Sk pun pelik jugak, daging macam ni, makan dengan nasi beriani barulah kena. Bila diadukan kepada staf restoran, rupa-rupanya Pak Inche tersalah menu. Patutnya kena pesan Striploin Steak. Jika Signature Steak, memang akan dapat tekstur daging macam ni. Tapi sosnya sedap jugaklah, cuma lain kali kena ingat, tak semestinya signature dish di sesebuah restoran tu, kena dengan selera kita.
KAWD JB
45, Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana, 81300 Skudai, Johor
Waktu Perniagaan :Setiap hari3 petang hingga 12.30 malam
No Telefon : 017-749 3269
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/09/makan-di-kawd-jb-lagi.html