Kari Ikan Sagai Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri


Salah satu kegembiraan bagi kaki pancing adalah dapat menikmati hidangan ikan segar yang dimasak oleh isteri tercinta. Walaupun ikan boleh dibeli di pasar, namun berbeza perasaannya apabila menikmati ikan yang ditangkap sendiri.
Bagi kaki pancing, Ahmad Shahrezza, salah satu lubuk pancing yang digemari adalah Kong Kong, Pasir Gudang, Johor.

“Kong Kong ni kira kawasan tumpuan kaki pancing jugalah. Lagipun di situ adalah kawasan nelayan. Bagi kaki pancing, Kong Kong ni satu kawasan yang sering menjadi sebutan. Pergi saja mana-mana kawasan laut di situ, mesti ada ikan. Lagi-lagi di bawah Jambatan Senai-Desaru yang menjadi lambang kemegahan Kong Kong,” katanya.
Ikan pari.
Pada 1 Oktober 2022, Ahmad Shahrezza telah pergi memancing di Kong Kong bersama teman-temannya. Salah satu ikan yang ditangkap adalah ikan sagai.
Ahmad Shahrezza bersama ikan sagai yang berjaya dipancingnya.
“Ikan sagai sedap dimasak kari. Isinya lembut dan rasanya manis. Lagi-lagi kalau ikan yang segar baru ditangkap. Isteri saya, Najihah Elias masakkan ikan ini dan saya amat menyukainya,” ceritanya lagi.
Hasil tangkapan di Kong Kong.
Jom kita tengok resipinya.
KARI IKAN SAGAI
BAHAN KISAR
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN REMPAH
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
Air secukupnya
BAHAN LAIN
1/2 mangkuk kecil minyak masak
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
2 keping asam keping
1 ekor ikan sagai
Garam secukup rasa
1 mangkuk santan
2 biji tomato
CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Bancuh BAHAN KISAR dengan BAHAN REMPAH.
3. Panaskan minyak masak. Tumis bancuhan BAHAN KISAR dengan BAHAN REMPAH tadi.
4. Masukkan daun kari. Tumis lagi.
5. Masukkan air sedikit supaya tidak terlalu garing. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan asam keping dan ikan sagai. Biarkan seketika dengan api kecil.
7. Masukkan garam dan santan. Kacau sedikit. Biarkan mendidih.
8. Masukkan tomato dan matikan api.
Nampak sedap, kan?
Kredit: Ahmad Shahrezza
The post Kari Ikan Sagai, Kaki Pancing Ini Gembira Makan Ikan Segar Dimasak Isteri appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/11/kari-ikan-sagai-kaki-pancing-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Menu Rare Begini Gerenti Bertambah Makan

Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Menu Rare Begini Gerenti Bertambah Makan

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 334 hits
Apa menu yang membuka selera Bila ada peluang balik kampung sempena mengundi bolehlah buat menu rare sikit Kerabu bunga kantan ikan bilis ni makan dengan nasi panas panas memang tak cukup sepinggan nasi Bahan bahan pun tidak renyah untuk me...
Tragedi Pru Suami Isteri Maut Selepas Selesai Mengundi Anak 3 Tahun Patah Kaki

Tragedi Pru Suami Isteri Maut Selepas Selesai Mengundi Anak 3 Tahun Patah Kaki

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 335 hits
Sepasang suami isteri maut manakala anaknya berusia tiga tahun patah kaki apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas pasangan itu selesai mengundi dalam kejadian di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru Mersing pada Sabtu Ketua Poli...
The Colours Of Life Reronda Cari Makan Ana Ikan Bakar Petai Bangi

The Colours Of Life Reronda Cari Makan Ana Ikan Bakar Petai Bangi

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 353 hits
The Colours of Life Reronda Cari Makan Ana Ikan Bakar Petai Bangi Edisi terobek lagi 8 Oktober Malamnya kami pakat makan malam kat sini Orang punya la ramai Sib baik ada tempat duduk yang agak strategik Gi pilih ikan dan sebagainya yang nak...
Suami Tak Sangka Isteri Tiba2 Berselera Nak Makan Rupanya Tanda Nak Pergi

Suami Tak Sangka Isteri Tiba2 Berselera Nak Makan Rupanya Tanda Nak Pergi

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 299 hits
Kehilangan seseorang yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita nyatanya bukan mudah Lebih lebih lagi untuk pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak bersama Seseorang itu akan mengambil masa yang lama untuk merawat luka di ha...
Makan Asam Pedas Ikan Sembilang Angah Masak

Makan Asam Pedas Ikan Sembilang Angah Masak

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 511 hits
Assalamualaikum WBTDISEBABKAN hari Khamis lepas Sk tak dapat datang ke Senai Sk berjanji dengan ibu akan datang pada hari Jumaat Angah beritahu dalam whatsapp pagi tu dia dan ibu ke Pasar Orang Asli di Permas Jaya Tak lama kemudian ibu pula...
Sambal Tumis Ikan Bilis Cili Padi Makan Dengan Nasi Panas Gerenti Menambah Selera

Sambal Tumis Ikan Bilis Cili Padi Makan Dengan Nasi Panas Gerenti Menambah Selera

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 284 hits
Kalau ada sambal yang sedap rasanya macam dah senang hendak mengalas perut yang lapar Cuma tinggal goreng telur dadar sahaja sudah memadai untuk dijadikan lauk Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tumis yang menggunakan cili padi Dit...
Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 292 hits
Sesekali anak perlukan rasa dalam makanannya Barulah selera mereka makin bertambah Bukan garam atau gula dalam penambah rasa tetapi serbuk ikan bilis atau serbuk ayam sebagai perasa asli Memang sedapnya lain macam Macam mana cara nak membua...
Street Smoothie Subang Jaya Minuman Smoothie Sedap Dan Segar Kedai Pun Menarik

Street Smoothie Subang Jaya Minuman Smoothie Sedap Dan Segar Kedai Pun Menarik

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 379 hits
hai assalammualaikumStreet Smoothie Subang Jaya Minuman Smoothie Sedap dan Segar Kedai Pun Menarik Siapa sini suka minum air smoothie ice blended dan milkshake Mestila ramai suka kan Macam nad kurang minum air kopi tapi suka sangat minum ai...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid