Tak Lalu Nak Makan Juadah Raya Cuba Buat Bihum Tomyam Kaw Ni Letak Bahan Rahsia Terangkat Habis


Bosan juga asyik nak makan juadah raya kan? Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas. Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam.
Dah masuk hari ketiga ni, kalau boleh nak makan sesuatu yang lebih ‘ringan’ yang boleh potong segala rasa lemak hidangan raya seperti masak lodeh, rendang, lemang dan sebagainya. Nak hidangkan pada tetamu pun okay.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini;
Sumber foto: Facebook Afy AL Habibi Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak?
Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha.
Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
Sumber foto: Facebook Afy AL Habibi 1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut
– 4 tangkai cili padi
– 1 biji bawang besar Holland
– 4 ulas bawang putih
– 1 keratan batang daun ketumbar
– 3 hiris nipis lengkuas
– i inci halia (diketuk)
– 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
– 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali.
*Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi
– 1 pek tomyam Adabi
– 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Sumber foto: Facebook Afy AL Habibi 4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak.
Seterusnya masukkan 3 gelas air.
Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa.
Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
Sumber foto: Facebook Afy AL Habibi 8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong.
2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
Sumber foto: Facebook Afy AL Habibi 10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Makan Tomyam, Elak Kanser?
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Baca Juga:
Resipi Banana Yogurt Cheese Cake, Sesuai Hidang Waktu Raya. Masam-Masam Berlemak, Sedap!
Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post ‘Tak Lalu’ Nak Makan Juadah Raya, Cuba Buat Bihum Tomyam Kaw Ni. Letak Bahan Rahsia, Terangkat Habis! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-lalu-nak-makan-juadah-raya-cuba-buat-bihum-tomyam-kaw-ni-letak-bahan-rahsia-terangkat-habis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nestum Coklat Bar Paling Senang Nak Buat 2 Bahan Je Patutlah Ramai Dah Cuba

Nestum Coklat Bar Paling Senang Nak Buat 2 Bahan Je Patutlah Ramai Dah Cuba

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 266 hits
Kenaikan harga barang apatah lagi ditambahkan dengan jumlah bahan yang banyak dan sarat membuatkan kita berfikir dua tiga kali untuk membuat kuih raya tahun ini Namun biskut raya yang satu ini wajib anda cuba Paling senang dan paling ringka...
Feeling Macam Makan Kuih Makmur Resipi Biskut Viral 3 Bahan Sesuai Untuk Baby Untuk Hari Raya Ni

Feeling Macam Makan Kuih Makmur Resipi Biskut Viral 3 Bahan Sesuai Untuk Baby Untuk Hari Raya Ni

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 207 hits
Syawal pun dah semakin tiba Semangat nak beraya semakin membuak buak Kuih raya pun ada macam macam jenis Yang dibeli ada yang dibuat sendiri pun ada Kalau dah namanya kuih raya pasti akan ada campuran gula dalam adunan Kasihan tengok baby t...
Hanya 4 Bahan Sahaja Boleh Buat Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sangat Comel

Hanya 4 Bahan Sahaja Boleh Buat Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sangat Comel

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 300 hits
Biskut raya untuk bayi sebenarnya tak susah pun nak buat Bahan bahan yang diguna pun sangat simple Bayi anda dapat beraya dengan kudapan tanpa garam gula dan bahan perasa serta pewarna tiruan Lebih selamat untuk bayi Jom ikuti resepi yang d...
Masa Raya Nanti Tolong Lah Jangan Kiss Baby Takut Rsv Mona Minta Tip Macam Mana Tak Nak Bagi Orang Kiss Baby

Masa Raya Nanti Tolong Lah Jangan Kiss Baby Takut Rsv Mona Minta Tip Macam Mana Tak Nak Bagi Orang Kiss Baby

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 187 hits
Pelakon Mona Allen meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan dan kesihatan anak sulungnya Petra Pekin ketika beraya nanti Luahan tersebut di kongsi di Insta Story Mona buntu memikirkan cara untuk menghalang orang ramai mencium anaknya dan...
Nak Raya Lantai Kena Bersih Guna Pencuci Kedai Eco Je Dengan Air Panas Bersih

Nak Raya Lantai Kena Bersih Guna Pencuci Kedai Eco Je Dengan Air Panas Bersih

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 272 hits
Sambutan Hari Raya yang tinggal lagi empat hari sudah semestinya persiapan kita sudah pun dipersiapkan Kerja kerja mencuci pastinya sudah dipersiapkan lebih awal Lantai yang bersih walaupun dicuci berkali kali tetap menampakkan kesannya jik...
Resipi Sambal Goreng Jawa Versi Mudah Nak Masak Buat Pagi Raya Jadi Rebutan Satu Keluarga

Resipi Sambal Goreng Jawa Versi Mudah Nak Masak Buat Pagi Raya Jadi Rebutan Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 177 hits
Salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai ketika raya adalah Sambal Goreng Jawa Dimakan dengan nasi impit mahupun ketupat memang terangkat Biarpun penyediaannya agak renyah kerana perlu dihiris dan kemudian digoreng terlebih dahulu tetap...
Buasir Otak Tv Nak Raya Tengok Anak Bulan Be Like

Buasir Otak Tv Nak Raya Tengok Anak Bulan Be Like

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 234 hits
Setiap kali bila nak raya kena tengok anak bulan Jom tonton animasi ini
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin