Makan Di Dapoq Schombi Jb
Assalamualaikum...
NAMPAKNYA dalam seminggu dua ni, tiada makan-makan di rumah kenduri. Tekak Pak Inche pulak,dah gatai nak pekena masakan kenduri orang utara. Semalam, masa Sk pelawa untuk makan nasi waktu tengahari, dia sombong kata masih kenyang makan Roti Telur dan Mee Rebus. Cuma minta Sk panaskan murtabak yang dibeli di pasar malam (hari apa tak ingat). Dah petang, mengadu lapar dan mengajak Sk ke Restoran Dapoq Schombi yang terletak di Taman Molek, selepas mengambil Iman dari pejabat.
Baru Sk tahu, dapoq Schombi di Taman Molek ni merupakan cawangan dapoq Schombi Johor Bahru. Mengetengahkan menu kenduri dari utara, dapoq Schombi sebelum ini telah dibuka terlebih dahulu di Shah Alam, Selangor.
Kalau Johor terkenal dengan nasi beriani, pantai timur terkenal dengan nasi minyak, di utara pula terkenal dengan nasi tomato. Terdapat empat pilihan lauk di sini, iaitu, Ayam Ros, Ayam Bawang, Daging Mamak dan Kurma Kambing. Setiap hidangan didatangkan bersama dalca, acar jelatah dan minuman sirap selasih.
Bukan waktu puncak atau waktu makan tengahari, suasana dalam restoran ada lengang. Restoran sangat selesa dengan kemudahan tandas serta yang penting, surau juga disediakan
Bila sebut Schombi, terus teringat cerita Kassim Selamat Ibu Mertuaku. Lepas ni nak panggil Iman, Schombi laaa.. hahahaha
Nasi Tomato, Ayam Bawang, Dalca dan Acar Jelatah untuk Sk. Nasi tomato sedap, tapi kalau ada kismis, mesti lagi sedap. Acar jelatah segar dan masih rangup, tidak lodoh. Tahu ke, lodoh tu apo
Nasi Tomato, Ayam Ros, Dalca dan Acar Jelatah, untuk Pak Inche. Saiz potongan ayam sangat besar sampai tak terdaya nak makan sampai tinggal tulang
Minuman Sirap Selasih, termasuk dalam set hidangan. Suka gigit telur katak biji selasih yang kenyal-kenyal tu
Iman pilih Daging Mamak, anak mamaklah katakan. Iman tak makan acar jelatah, jadi sukalah SK dapat makan acar lebih. Dalca di sini terlalu pekat, dalamnya ada potongan terung dan carrot
Perkhidmatan cepat dan pantas, mungkin sebab tak ramai pelanggan. Masa kami sampai, cuma ada tiga pelanggan, campur kami, jadi enam. Tak lama, sampai lagi dua. Yang tiga orang tadi balik lebih dulu, diikuti kami bertiga. Saja cerita sebab nanti pembaca pelik pulak tengok restoran kosong, hehe. Lagipun masa ni dah hampir pukul 6
Bagi mereka yang tak kuat makan, bolehlah berkongsi hidangan sebab portionnya besar. Kami yang kuat makan ni pun senak nak menghabiskan. Sk cadangkan, kalau datang berlima atau berenam, boleh ambil Set Kenduri (empat orang makan) tu, kalau tak cukup, minta tambah nasi aje
Restoran Dapoq Schombi JB
10, Jln Molek 1/5C, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
Tel 017 7810232
Buka setiap hari 11 pagi hingga 8 malam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/makan-di-dapoq-schombi-jb.html