Makan Di Beard Brother S Barbecue


 Assalamualaikum WBT 


DUA tiga hari ni rasa tidur malam sejuk betul. Ada masa sampai menggigil tapi malas nak bangun ambil selimut. Sk ada cerita sebelum ni yang baru-baru ni kami betulkan tingkap. Agaknya, sejak dah boleh buka tingkap luas-luas tu la kot rasa sejuk betul malam. Tu takpa, mandi pun sejuk giler airnya. Agaknya negara Johor dah nak masuk winter la kot, hahaha. Pagi ni pun hujan turun rintik-rintik masa keluar nak ke pejabat. Mujur jugak tak jammed, kenapa tah, macam cuti sekolah pulak keadaan jalanraya hari ni. 




Ni cerita Jumaat lepas, kami pergi makan jauh sikit di Tebing Bandar Dato' Onn. PI ajak makan steak di Beard Brother's Barbecue. Tempat ni agak viral jugaklah tapi Sk kalau tak PI yang cakap, tak tahu jugak. Jom




Tapi, tu la. Sk tak sangka pulak konsepnya layan diri. Masa kami sampai, pelanggan dah beratur hampir sampai ke depan pintu masuk. Terpaksalah kami berdiri betul-betul tepi pintu, huhu. Kemudian ada staf beri menu. Bolehlah study siap-siap sebelum buat pesanan dan bayar terus di kaunter juruwang




Menarik jugak menu yang ditawarkam di sini. Walaupun ia menampilkan gaya masakan authentic Texas namun ia mengikut citarasa tempatan. Anda boleh memilih set bbq bersama nasi seperti nasi beriani, nasi ayam dan nasi putih malah nasi Jepang pun ada. Sepanjang beratur tu jenuh jugaklah menghafal apa nak order takut tershashul, hahaha




Pelbagai pilihan menu set ada. Ada yang single, ada yang double dan ada yang triple. Kalau datang ramai-ramai, bolehlah ambil set yang besau-besau. Kami berdua aje jadi kami pilih set single. Tengok harganya okeylah sesuai dengan poket PI, hahaha. 





Ini pengalaman pertama kami mencuba authentic Texas barbecue. Biasa jumpa daging lembu atau kambing siap dipotong saiz individu sebelum dipanggang atau dibakar tapi dekat sini dia panggang besar-besar, nak hidang baru dia potong ikut portion atau berat yang pelanggan pesan




Pembuka selera ni. Tapi tak ambil takut tak habis. Kami pesan fries biasa aje. PI penggemar fries




Semua pesanan perlu buat di kaunter dan terus bayar. Makanan dihantar ke meja oleh staf. Masa dia hantar tu, terkejut, serentak kami cakap, keciknyaaa.. hahahaha. Kami pesan satu set hidangan daging lembu dan satu set hidangan daging kambing. 



Termenung jap tengok, hahaha. PI kata, ingat besar. Dalam vtt nampak besar dagingnya. Macam saiz kid meals jer ni, hahaha




Set single Texas Star (RM29)100 gms brisket, mashed brotatoes, slaw & brotatoe bun




Set single Sheep Thrill (RM29)
100 gms pulled lamb, mashed brotatoes, slaw & brotatoe bun


Sk tak pasti la kenapa kentang tu dia eja brotatoe, bukan potato. Mungkin saja nak bagi bunyi hipster kot, jika salah mohon maaf la ya. Kita ni kurang pandai, hehehe




Pulled lamb. Daging kambing tu dah dicarik-carik dan tak macam biasa la kalau kita makan lamb chop tu masih ada tulang pada kambing, yang ni takde tulang dah. Jadi makan tu tak rasa teruja. Tak rasa macam makan western la sebab boleh suap kambing guna sudu jer, tak perlu hiris-hiris. Roti kentang tu sejuk selap, hurmm.. sedap dan gebus lagi roti kentang dekat Giant kot. Mashed potato dan slaw (coleslaw) tu biasa aje la tapi dia bagi jeruk lada dan bawang tu, haaa.. jeruk tu sedap. Sebab kadang kalau makan daging banyak kita cepat muak, kan. Jeruk tu buat kurangkan rasa muak, alaaa.. macam kita makan nasi beriani ada acar jelatah atau pencuk tu la




Brisket dia memang lembut dan empuk, cair di mulut gitu. Kalau yang mana mak ayah dah tua nak makan daging, sesuai ya bawa kat sini. Tak payah kunyah beriya, boleh sambil telan, memang betul-betul lembut. 



Semua jenis daging kat sini sama ada lembu, kambing, semua ditimbang ya. Ni portion untuk berapa orang la agaknya. Kebetulan dorang letak atas kaunter masa kami nak buat pesanan tu, Sk pun cepat-cepat snap pic, hehehe




Dekat sini dia bagi tiga jenis sos..Sk suka lamb sauce dan white sauce tu, sedap



Tak ingat ayat apa PI cakap masa ni tapi pasal portion daging tu la, sikit beno, hahaha




Erkkk! Apa ni


Ni kami pesan sosej lembu dan yang dalam bekas aluminium tu Apple Pie. Sedih betul tengok sosej dia. PI kata, ingatkan sosej tu datang dengan roti macam kat A&W, hihi




Apple Pie dia macam orang baru belajar masak dari internet. Macam Sk dulu-dulu la, belajar buat pie, tak ada cikgu, pakai google, hehehe




Ok, selfie satu kali sebelum sambung makan. Keseluruhannya tidaklah terlalu mengecewakan. Brisket tu memang must try la sekali seumur hidup gitu. Betul sangat sedap ya




Masa order fries, cashier beritahu ambil masa sikit. Tak sikit eh, lama.. sampai kami dah habis makan, masih tak dihantar friesnya. Lepas tu minta tolong staf tengokkan, dia tanya, abang nak hidang ke nak tapau? Agaknya dia tengok kami dah habis makan, kan. Kami minta tapau, tak lama dia datang hantar dalam paper bag tapau ni. Banyak giler fries tu, Sk tak pasti la memang portion dia macam tu ke, sebab semua pun timbang, kan




Fries dia tak rasa kentang sangat tau. Dia manis-manis macam keledek. Kami makan kat situ la santai-santai. Tak kenyang makan daging tadi, kan. Nasib baik banyak dia bagi fries ni, kalau tak mesti balik PI ajak singgah makan tosei pulak, hahaha. Disebabkan banyak sangat, kami tak berjaya habiskan, ada banyak lagi jugak kami bawa balik, PI sambung makan esoknya sambil tengok tv



Total seratus tiga ringgit sembilan puluh sen. Nanti lain kali kita datang lagi try makan bbq dengan nasi beriani pulak tapi dekat sini dia tak sebut beriani tau, dia sebut 'Beard'Yani.. haaaa.. gituuu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/makan-di-beards-brothers-barbecue.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Jari

Makan Jari

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 137 hits
MAKAN JARI pengupas buah sayur ni tajam sungguh Ni dah kali ketiga dia makan jari saya huhuSerik dah Kali ni paling teruk lukanya Dengan kuku terbelah aduhai Disebabkan rasa pedih sangat luka tu terus saya simpan rapi pisau tu dalam laci Ta...
Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 237 hits
13 20 September 2025 31 Oct 2025 Makcik sanggup datang Bangi semata mata nak makan kat Kedai Makan Cantik ni asyik naik je kat TikTok buat makcik terliur Sampai sampai dah petang perut pun dah berlagu orkestra Kau rasa makcik nak sibuk ambi...
Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 280 hits
Pernah tak anda jumpa coklat yang ada lapisan putih seperti bedak Ramai yang terus buang kerana menyangka ia berkulat Sebenarnya itu hanyalah fenomena semula jadi yang dipanggil chocolate bloom dan coklat tersebut masih selamat dimakan Apa ...
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 255 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 250 hits
Sekitar Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Bersama Rakan Strategik yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Makan Pisang Tepian Sawah Di Geblek Pari

Makan Pisang Tepian Sawah Di Geblek Pari

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 197 hits
Dikelilingi sawah padi yang terbentang luas dan diselimuti udara yang segar suasananya benar benar menenangkan Kawasan ini dipanggil nbsp Geblek Pari mungkin sebab di sini terkenal dengan geblek sejenis makanan tradisional yang diperbuat da...
Rasa Macam Makan Kat Kedai Ini Resipi Mudah Tiramisu

Rasa Macam Makan Kat Kedai Ini Resipi Mudah Tiramisu

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 247 hits
Rasa Macam Makan Kat Kedai Ini Resipi Mudah Tiramisu Ketika ini tiramisu boleh dikatakan antara pencuci mulut yang viral di media sosial Setiap kali buka aplikasi TikTok atau Instagram ramai yang memberikan ulasan tiramisu yang mereka cuba ...
Makan Di Restoran Top One Ikan Bakar Puteri Habour

Makan Di Restoran Top One Ikan Bakar Puteri Habour

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum WBTBERITA baik bagi penggemar Ikan Bakar di Top One BBQ Seafood Ikan Bakar dah buka cawangan baharu di Marina Walk Puteri Habour Iskandar Puteri Isnin lepas PI ajak ke sana Patutlah sejak awal dia cakap malam ni kita makan k...
2 Maut Selepas Makan Umbut Rotan Beracun

2 Maut Selepas Makan Umbut Rotan Beracun

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 159 hits
Erika GeorgeBINTULU Dua lelaki maut selepas makan umbut rotan beracun di kawasan Sungai Salik Mayeng Kakus Tatau di sini semalam Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Jame Reis berkata pemeriksaan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Tatau men...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tahun Baru Dan Perjalanan Hidup Seterusnya

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu