Apa Hukum Menghentikan Solat Fardu Dan Solat Sunat


Salam semua, semua orang pernah ada situasi macam ni kan. Tengah solat tiba - tiba ada orang panggil. Tak kisah lah solat kat mana pun. Tapi situasi macam ni kerap terjadi dekat rumah. 
Kadang - kadang tengah solat mak kita panggil ataupun ada orang datang rumah bagi salam tapi kita tengah solat. 

Kita tengah solat ni dah jadi berbelah bagi nak hentikan solat ke atau teruskan solat, risau jadi tak khusyuk pulak. 
Ya lah kita nak solat ni dalam keadaan tenang dan tak ada gangguan. Tapi tengah solat ada gangguan. 
Sis banyak tengok video dengar penjelasan dari ustaz tentang hukum menghentikan solat fardu ataupun sunat. 
Macam - macam tajuk, apa hukum berhenti solat tiba-tiba mak panggil, tiba-tiba ada orang bagi salam. Bagi mak-mak pulak yang ada anak kecil, tengah solat tiba- tiba anak menangis. 
Ada juga situasi tengah solat tiba - tiba ada urgent call yang masuk. Pelbagai situasi yang melibatkan masa tengah solat, tiba-tiba ada gangguan. 
Apa Hukum Menghentikan Solat Fardu Tanpa Kecemasan Dan KeuzuranAllah SWT melarang umat Islam untuk sengaja membatalkan amalannya dengan sengaja tanpa apa-apa sebab yang mengharuskannya untuk melakukan demikian. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

(Surah Muhammad: 33) Sebenarnya, di sini kena lihat dari situasi nak hentikan solat sama ada solat tersebut merupakan solat fardu  ataupun solat sunat. 
Kena tengok juga sama ada disebabkan oleh uzur syar'ie atau bukan. 
Menghentikan solat fardu 5 waktu adalah haram hukumnya. Maksudnya di sini tidak boleh hentikan solat tanpa ada sebab uzur syarie

Di dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyebutkan bahawa:

قَطْعُ العِبَادَةِ الوَاجِبَةِ بَعْد الشُّرُوعِ فِيهَا بِلَا مَسُوغٌ شَرْعِي غَيْر جَائِز بِاتِّفَاقِ الفُقَهَاءِ؛ لِأَن قَطَعَهَا بِلَا مَسُوغٍ شَرْعِي عَبَثٌ يَتَنَافى مَعَ حُرْمَةِ العِبَادَةِ

Maksudnya: Membatalkan ibadah yang wajib setelah memulakannya tanpa sebab yang membolehkannya melakukan demikian adalah tidak harus dengan sepakat para fuqaha’. Hal ini kerana membatalkan ibadah tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak adalah satu perbuatan yang sia-sia dan bersalahan dengan kehormatan solat. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34:51)  Sumber : Sini  
Keuzuran Yang Dibenarkan Syarak Untuk pengetahuan semua, antara keuzuran yang dibenarkan syarak seperti membunuh kala jengking, ular. 
Menyelamatkan diri daripada bahaya atau menyelamatkan orang yang meminta pertolongan

Atau apa sahaja yang boleh memberi mudarat kepada diri dan orang yang sedang menunaikan solat. Contohnya kecurian sama ada barang yang dicuri itu milik kita atau orang lain. 
Selain itu, termasuk juga mengejutkan orang yang terlalai atau tertidur yang sedang dihampiri oleh ular berbisa yang tidak boleh untuk diberikan peringatan dengan menyebut tasbih sahaja

Apa Hukum Menghentikan Solat Sunat Bagaimana pula dengan hukum menghentikan solat sunat. Tengah solat sunat tiba - tiba ada gangguan seperti bunyi dari TV ke, ataupun terasa panas tapi lupa nak on kipas atau aircond. 
Namun begitu, apabila seseorang mendirikan solat sunat, maka boleh untuk dia menghentikan solatnya untuk perkara-perkara yang penting. Hukumnya tidaklah seberat solat fardu. 
Sebaik-baiknya, hendaklah sempurnakan solat tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan pekerjaan penting tersebut supaya dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah

Kesimpulan Sekiranya tiada apa - apa yang membawa mudarat ketika tengah solat, maka teruskan lah solat. Tak kisah sama ada solat fardu ataupun solat sunat. 
Yang penting, jangan mengambil remeh tentang solat. Sebab kita nak solat dalam keadaan khusyuk dan tenang. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2025/02/apa-hukum-menghentikan-solat-fardu-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 190 hits
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan ketika memasuki masjid sebagai tanda penghormatan kepada rumah Allah SWT Ia sangat digalakkan dalam Islam dan boleh dilakukan pada bila bila masa kecuali pada waktu ya...
Cara Solat Sunat Dhuha Panduan Lengkap

Cara Solat Sunat Dhuha Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 218 hits
Solat Sunat Dhuha okay Solat sunat dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas terbit matahari sehingga sebelum masuk waktu Zuhur Ia merupakan amalan yang sangat digalakkan kerana ia merupakan salah satu tanda kesyukuran...
Solat Kunci Ketenangan Dalam Kemelut Kehidupan

Solat Kunci Ketenangan Dalam Kemelut Kehidupan

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 187 hits
SOLAT KUNCI KETENANGAN DALAM KEMELUT KEHIDUPANDalam dunia yang semakin mencabar ini kita sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang datang silih berganti Ada ketika kita berasa seperti tenggelam dalam lautan masalah dibelenggu hutang yan...
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Kelebihan Solat Berjemaah Isyak Dan Subuh

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Kelebihan Solat Berjemaah Isyak Dan Subuh

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 206 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kelebihan Solat Berjemaah Isyak dan SubuhDaripada Utsman bin Affan RA ia berkata Rasulullah SAW bersabda Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah...
Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 241 hits
Tarikh 03 02 2025 Zon KDH05 Bandar Baharu Kulim Waktu Imsak 06 13 AM Waktu Subuh 06 23 AM Waktu Syuruk 07 32 AM Waktu Zohor 01 34 PM Waktu Asar 04 54 PM Waktu Magrib 07 30 PM Waktu Isyak 08 41 PM
Qada Lah Solat Yang Selama Ini Ditinggalkan Dengan Sengaja Nora Danish

Qada Lah Solat Yang Selama Ini Ditinggalkan Dengan Sengaja Nora Danish

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 155 hits
Pelakon popular Nora Danish menitipkan nasihat buat orang ramai supaya menggantikan semula solat yang pernah ditinggalkan dengan sengaja Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif di laman Threa...
Ketahui Waktu Solat Di Malaysia

Ketahui Waktu Solat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 148 hits
Solat merupakan tiang agama islam Dengan adanya jadual waktu solat sedikit sebanyak dapat memudahkan kita menunaikan solat Berikut adalah Waktu Solat di Malaysia Untuk pengguna Komputer PC Laptop boleh klik di sini untuk lihat jadual waktu ...
Istinja Pengertian Hukum Alat Tata Cara Adab

Istinja Pengertian Hukum Alat Tata Cara Adab

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 166 hits
Agar shalat dan ibadah lainnya sah seorang muslim harus membersihkan diri dari najis Setelah buang air kecil atau air besar ia harus melakukan istinja Apa itu istinja dan bagaimana hukumnya Lalu alat apa saja yang sah serta bagaimana tata c...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia