Makan Buah Abiu Buah Kristal


 Assalamualaikum WBT

REZEKI semalam, dapat makan buah abiu. Buah abiu atau abeo atau juga dikenali sebagai cikumas ni, Sk kirim dengan Angah apabila ia dijual di Fama dengan harga RM25/ 2 kilogram. Sk kenal dengan buah ni selepas baca blog post Mak Cella dan Wak Warisan Petani.
Buah abiu atau nama saintifiknya Pouteria Caimito adalah daripada keluarga Sapotaceae iaitu satu keluarga dengan buah ciku. Buah abiu turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti abio, abieiro, caimito amarillo, caimo, madura verde dan luma (Bahasa Sepanyol).
TIDAK ramai mengenali buah abiu atau turut dipanggil buah mas yang berasal dari kawasan Amazon ini. Buah ini mempunyai khasiatnya tersendiri dan dipercayai membantu meningkatkan imuniti badan kerana mengandungi nutrien penting seperti protein, tenaga, kalsium,vitamin C, vitamin E, vitamin A dan fosforus

Macam-macam saiz buah abiu semalam, lupa nak ambil gambar kesemuanya. Ada yang sebesar penumbuk bayi, ada yang sebesar kepala bayi, hahaha. Bila tunjuk dengan kawan-kawan, semua buat muka pelik. Tak pernah jumpa tu satu hal, nama pun tak pernah dengar. Kita jamahkanlah seorang sikit. Lepas tu, Sk pesan pada Kak Imah, minta semaikan biji tu sebab tangan Kak Imah sejuk. Semua pokok yang ditanamnya mesti menjadi

Buah abiu ni tak perlu dikupas macam buah ciku, terus belah-belah aje secara memanjang atau potong bentuk baji. Buah yang Sk beli ni dah cukup matang tapi tak terlalu masak, jadi boleh gigit macam kita makan tembikai tu. Isinya lembut dan jernih, rasa macam buah kesemak atau pisang kaki pun ada


Yang ni belahkan untuk Pak Inche. Masa belah tu, beza sedikit warna isi tu dengan yang Sk belah di pejabat, yang mana lebih jernih. Ahhhh.. belum masak ke apa ni, sebab ada bahagian isinya yang putih. Tapi, bila gigit, dah masak pun, risau jugak kalau kelat, hahaha. Kulitnya bergetah sikit, kena bersihkan pisau dengan minyak

Masa bagi Pak Inche ni, dia punyalah risau nak makan. Tahulah dia tu, benda pelik sikit takut sangat tak sedap. Lepas dah makan, suka pulak dia, tapi tu laaa, lupa betul nak ingatkan dia jangan buang bijinya. Dah siang baru teringat. Dah selamat masuk tong sampah kat luar. Kalau tong sampah kat dalam, mungkin sanggup lagi nak selongkar, hahaha. 

Ini pulak buah kristal, juga kirim dengan Angah beli di Fama. Tapi ni bukan beli semalam, la. Lama dah belinya tapi baru teringat belum pernah diblog. Cerita masa kena kurung dalam rumah dengan 'abah' la ni, hahaha. Selain buah kristal, ia juga dikenali sebagai matoa atau longan Brazil. Saiznya lebih kurang telur ayam gred D

Buah yang berasal dari Papua New Guinea agak asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta pakar nutrisi ada menyarankan buah ini elok dimakan kerana kandungannya penuh vitamin A dan E yang mencegah penuaan sel dan meningkatkan aliran darah serta kulit menjadi cerah


Masa PKP tu, Angah dapat pelepasan boleh keluar rumah sebab kalau tak keluar buat jualan, macammana dengan hasil pertanian yang dihantar ke Fama. Orang ramai dah tak boleh datang membeli, ke mana nak dipasarkan? Jadi, Angah akan open jualan dan buat penghantaran. Memang selalulah Sk minta Angah hantar buah ke rumah, eh, bukan free ya, bayar tau. Tak ingat pulak harga buah kristal ni, dah lama nau nau, tapi rasanya, tak murahlah. Tapi, zaman pkp banyak duit kan. Ada gaji, ada mora dan ada kwsp, huhuhu. Sekarang dah wabillahitaufik wal hidayah..


Sk tak ada gambar isi buah kristal, gambar ni jumpa dalam fb. Kalau abiu perlu dibelah dengan pisau, buah kristal perlu dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Kulit buah kristal keras macam kayu tau, sampai sakit-sakit tapak tangan nak pecahkan. Last-last, ketuk dengan anak lesung terus, hahaha. Isinya macam buah mata kucing dan longan sikit tapi lebih tebal, besar dan sedikit lonjong. Rasa dia pun seakan longan dan mata kucing tetapi lebih lemak Berebutlah makan tiga beranak, cuma Iman lebih kepada tolong kopek aje, dia kan tak minat makan buah. Tunggu-tunggu jugak Fama jual lagi buah kristal ni, tapi macam tak ada aje. Oh, Sk tak pasti, matoa dengan kristal ni, memang sama ke tak? Sebab kalau google, matoa ni macam merah-merah sikit, kristal ni hitam manggis gitu. Ke... dia ikut tanah dan suhu tempat pokok ni ditanam? Wallahu'alam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/makan-buah-abiu-buah-kristal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Batuk Alergik Lepas Makan Buah Pastikan Cuci Bersih Dengan 3 Bahan Ni Dulu

Anak Batuk Alergik Lepas Makan Buah Pastikan Cuci Bersih Dengan 3 Bahan Ni Dulu

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 228 hits
Kita memang tak perasan tapi ada waktunya anak tiba tiba batuk lepas makan buah Sebab apa Sebabnya buah yang kita beli tidak dicuci dengan cara yang betul Kesan kotoran dan kesan lilin yang melindungi buah itu sebenarnya yang buat kesihatan...
Cuba Makan Buah Zuriat

Cuba Makan Buah Zuriat

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 466 hits
Pengenalan Buah Zuriatbuah zuriat atau terdapat sesetengah yang memanggilnya sebagai buah Adam dan Hawa merupakan buah dari pohon yang terdapat banyak di tanah Arab iaitu di Mekah dan Madinah Selain itu nama saintifiknya ialah doum fruit at...
Menerima Hakikat Bukan Macam Makan Super Ring

Menerima Hakikat Bukan Macam Makan Super Ring

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 201 hits
MENERIMA HAKIKAT BUKAN MACAM MAKAN SUPER RING Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt KENA CEPAT MOVE ON Jangan fikir sangat Bawa bertenang Eh assalammualaikum saudara saudari tuan puan dato datin encik d...
Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang

Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 284 hits
Makan Tengahari Sedap Di Warung Aja Kuantan Pahang Assalamualaikum Hi korang Baru baru ni kawan KakYa ada datang Kuantan dan diaorang ada tanya kedai makan tengahari sedap di Kuantan kat mana KakYa terus kenalkan Warung Aja Bukit Setongkol ...
Jalan Jalan Ke Kluang Makan Di Restoran Bawah Kolong

Jalan Jalan Ke Kluang Makan Di Restoran Bawah Kolong

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 535 hits
Assalamualaikum WBTSABTU janji dengan Iman jumpa di Restoran Nisha di Taman Universiti Pak Inche nak sarapan tosei Macam ni la nasib jadi bini mamak kan mujurlah Sk ni cuma tolak kayu dengan batu aje Jadi bersiap pun ala kadar nak ke mamak ...
Makan Ramai Ramai Di Der Cabin Taman Nusantara

Makan Ramai Ramai Di Der Cabin Taman Nusantara

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM Pak Inche ngan Iman menghasut suruh ambil cuti kecemasan hari ini Mujurlah tak termakan hasutan Cuti kecemasan bukannya boleh diambil sewenang wenang Jika tiada sebab yang betul betul cemas tanpa bukti yang kukuh ...
Akibat Kebiasaan Makan Tak Sehat Bebi Romeo Jalani Operasi Pengangkatan Kantung Empedu

Akibat Kebiasaan Makan Tak Sehat Bebi Romeo Jalani Operasi Pengangkatan Kantung Empedu

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 112 hits
Bebi Romeo memiliki pola makan yang buruk sejak usia muda dan menjadi penyebab sakit batu empedu yang dialaminya saat ini
Makan Tengah Hari Di Warung Buana Memang Benar Menggamit Kenangan

Makan Tengah Hari Di Warung Buana Memang Benar Menggamit Kenangan

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 571 hits
assalamualaikum selamat petang Ahad sebentar tadi buka laptop abah saya da 2 kali minta ringkasan jadual SPM kak Nurin asyiklah terlupa nak buatkan tu yg bila teringat tadi terus buat dah pun whatsapp ke adik di Bangi minta dia print utk ru...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas