Makan Asam Pedas Di Stesen Kopitiam


 Assalamualaikum WBT 





SEKEJAP sahaja hari berlalu. Ahad, Cikwa dah nak kena balik KL lepas jemput Angah balik dari umrah di KLIA, Jumaat lepas. Begitulah kehidupan, tak selamanya kita dapat berkumpul. Orang kata, jauh bau bunga, dekat bau uk uk, hahaha. Sebelum Cikwa balik, kami ramai-ramai pergi makan di Stesen Kopitiam yang terletak di Eco Galleria Iskandar Puteri.





Cadangnya nak sarapan pagi tapi terlajak pulak dah nak masuk waktu tengahari. Macam-macam menu sarapan ada seperti Lontong, Lempeng, Roti Jala, Ubi rebus, Cucur dan semestinya Nasi Lemak dengan pelbagai pilihan lauk antaranya Sambal Sotong, Sambal Udang, Sambal Telur Puyuh dan Rendang Ayam.




Sk yang sentiasa punctual, hahahaha. Kita layan dulu la Kopi Cham dengan Biskut Bijan Legend sementara menantikan kedatangan mereka-mereka. Pesan juga roti bakar kaya satu set, ni makan separuh jer dah kenyang, besar roti dia, tak kedekut pulak sapu kaya dan potongan mentega pun tebal, cair tapi tak meleleh, memang ngam sangat.





 Alang-alang dah hampir tengahari, Sk cadangkan kami pesan Asam Pedas Stesen Family Set ni. Kalau dah dapat nasi, baru tenang hati, hahahaha. Semua worang setuju, jomlah kita!


Kami ambil Family Set B untuk 6 orang makan (kami berlima jer)


Asam Pedas Kepala Ikan Merah (X1)
Asam Pedas Isi Ikan Merah (X2)
Asam Pedas Ayam (X1)
Sayuran (X2)
Telur Dadar (X6)
Nasi Putih (X6) 
Sirap Selasih (X6)




Cikwa pesan Roti Peanut Butter. Che Li nak pesan roti kaya jugak tapi dah habis stok roti dorang. Aisehman, macam mana ni kata kopitiam tapi roti habis?? Hehehe




Asam Pedas dihidang panas-panas menggelegak dalam claypot. Yang ni Asam Pedas Kepala Ikan Merah, besar betul kepala ikan tu ya. 
 

Asam Pedas Isi Ikan Merah. Juga dihidang panas-panas menggelegak dalam claypot




Yang ni Asam Pedas Ayam


Asam pedas dia sangat menepati citarasa Sk. Cukup asam garamnya dan terpaling penting takde rasa manis. Lepas tu kan, dia punya cili dia kisar tak halus, ada cebisan-cebisan cili yang feel dia macam orang dulu-dulu, giling cili guna batu giling. Ikan pun fresh, memang sedap. Sk rekomen la siapa yang nak rasa asam pedas Johor boleh singgah makan kat sini. Ada set individu juga kalau datang dua orang aje




Tengok dalam set menu, ada dua sayur tapi Sk tak sangkalah dia bagi dua jenis sayur iaitu bendi goreng dan kubis goreng. Bendi ni ada campur yang matang sikit tapi nasib baik belum tua lagi




Kubis goreng. Antara sayur yang sesuai makan dengan asam pedas, bendi, kubis dan taugeh. Kacang panjang pun sesuai.. biasanya masakannya secara stir fry jer. Kalau masak air atau masak lemak dah tak sesuai bagi Sk la, tak tahulah tekak orang lain mungkin suka




Bijak pulak dia goreng telur dadar sebiji-sebiji macam ni, dah macam rupa kuih akok pun iya jugak, hahaha. 




Selfot sekeping dari kamera Cikwa




Dari kamera Cik Ani, macam dalam taman, kan. Dah namanya eco, memang konsep mall ni semulajadi, terang silingnya. Iman kata, kenapa tak ajak dia? 



Sila.. sila..




Asalnya sambung dua meja aje, sekali staf restoran yang senior sikit datang, beritahu.. tak muat ni, kena sambung lagi satu meja, hahaha. Baik sangat staf-staf kat sini





Wajah-wajah kekenyangan



Ada extra nasi satu, kan.. kita mintak mereka tapaukan dengan asam pedas kepala tu ada separuh lagi. Asam pedas ayam pun tak habis dan sayur sikit. Bungkussssss jangan membazir




Imam Al-Ghazali ada menyebut antara sebab kita mempunyai adik-beradik ialah :

1. Untuk memecah kesunyian2. Untuk saling membantu antara satu sama lain3. Untuk mendoakan ibubapa di dunia dan di alam akhirat


Ganjaran kepada adik-beradik yang saling sayang-menyanyangi :
1. Mendapat keredhaan ibu bapa2. Mendapat keredhaan Allah swt

Ini dilakarkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Pada hari kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat mulia."

Sahabat bertanya, siapa yang duduk di kerusi tersebut
Lalu jawab Nabi SAW, "Mereka adalah adik-beradik yang saling menyanyangi antara mereka"

Begitu mulianya tempat yang Allah akan beri kepada adik-beradik yang saling berkasih-sayang

Wallahu 'alam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/makan-asam-pedas-di-stesen-kopitiam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Asam Pedas Lauk Kampung

Makan Di Restoran Asam Pedas Lauk Kampung

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum WBT SELALU lalu menghala ke Menara Taming Sari dengan menaiki kereta kali ini kami berjalan kaki Tak sangka banyak betul restoran asam pedas berderet pun ada tapi setiap corner lot tu memang restoran asam pedas Tapi walaupun...
Restoran Dapor Che Lah Port Lepak Makan Sedap Di Shah Alam

Restoran Dapor Che Lah Port Lepak Makan Sedap Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 179 hits
30 June 2024 Throwback Makcik search lauk kampung dekat Tik Tok jumpa tik tok Dapor Che Lah Makcik forward dekat cik yuyi Makcik cakap dengan cik yuyi teringin nak makan tengahari lauk2 kampung Jemu hari bekerja asyik makan dekat kedai tomy...
Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 173 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan Allexis Ferrell ditahan polis selepas menghancurkan kepala kucing dan memakannya Jabatan Polis CantonCANTON OHIO Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya di se...
Tiga Hari Berturut Turut Makan Kenduri Kahwin

Tiga Hari Berturut Turut Makan Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 167 hits
Tiga Hari Berturut turut Makan Kenduri Kahwin Syukur Selesai majlis kenduri Kahwin Selamat tiga hari Berturut turut Majlis siapa majlis Nona ke Hehehe Aamin lah kalau majlisku tapi bukan Selamat Pengantin Baru kepada yang baru berkahwin bul...
Mengapa Anak Korang Enggan Makan

Mengapa Anak Korang Enggan Makan

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 210 hits
Pernah tak anak korang tiba tiba enggan makan makanan kegemarannya Atau mungkin setiap kali waktu makan tiba dia menunjukkan reaksi seolah olah sedang berdepan dengan ujian paling sukar dalam hidup Jangan risau korang bukanlah satu satunya ...
Makan Di Restoran Y Space Sama Sama Cuisine

Makan Di Restoran Y Space Sama Sama Cuisine

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum WBT DAH kembali ke pejabat selepas 5 hari bercuti Pagi ni Sk sarapan lontong Entahlah kenapa sejenis tak boleh nampak lontong mesti rasa nak terkam Nak nak pulak lontong Kak Sab yang terjamin sedap Kuah lodehnya lemak dan ba...
Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 320 hits
16 Sept 2024 Isnin Makcik dapat rasakan dunia TT bukan dunia makcik Dunia makcik di sini di blog Sejujurnya makcik selesa selama berada di sini Aman damai Tak serabut perut tak serabut kepala Tak macam dunia TT bukak2 je serabut nok Ramainy...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri