Mak Tak Mengaku Anak


 Assalamualaikum WBT 


RENTETAN dari penemuan dua ekor anak kucing semalam. Sk setuju dengan komen Blogger Faizal R, anak kucing tu baru seminggu. Mungkin nak masuk dua minggu la, bukan sebulan. Kecik sangat nak kata sebulan tapi semalam laju jugak dia lari kejar Sk, hahahaha.


Di asrama ni setahu Sk, beberapa minggu lepas, ada seekor mak kucing yang macam baru beranak. Ia satu-satunya kucing betina dewasa kat sini dan dah beberapa kali juga beranak. Kerjanya bunting, beranak, bunting beranak, badan kurus jer. Kadang nak hantar kembiri, tapi belum sempat hantar, dah bunting semula padahal anak dia kecik-kecik lagi. Mana taknya, abang kawasan kat sini asyik terliur aje menengoknya, hahaha. Anak-anak yang dilahirkan kebanyakan tak panjang umur atau hilang macam tu aje, huhu. Apa yang Sk mampu cuma bagi makan sajalah, nak hantar klinik swasta? Kucing-kucing Sk pun semuanya Sk hantar Program Kembirikan Haiwan Jalanan kecuali Tino, Sk hantar ke klinik swasta untuk dikembirikan.


Jadi, anak-anak kucing semalam, Sk fikir memang anak mak kucing tu. Sk tak nampak mak kucing lain kat sini, lagilah yang macam baru beranak, memang dia. Selamba tinggalkan anak, rilek-rilek tidur, penat agaknya. Tengahari semalam,  Sk bagi lah anak dia suruh susukan, eh, dia macam terkejut dan kelam-kabut lari. Dua kali percubaan dia lari seolah-olah itu bukan anak dia. 


Budak dua ekor tu dah terciap-ciap lapar susu. Belas hati menengok nya. Lepas zohor, Sk ke Pet Outlet, tujuannya memang nak beli pasir kucing jadi kita belilah botol susu dan susu tepung untuk kitten. Nasib baiklah mur-mur aje susu (RM9.50) dan botol (RM5). Lepas tu pasir kucing dapat potongan RM5 dengan apa-apa pembelian, jimat jugaklah, biasa Sk cuma beli pasir (RM30) aje kat Pet Outlet tu.



Adushhh.. terpaksa bancuhkan susu.

Tak pasal-pasal jadi ibu susuan. Punyalah risaukan dorang lapar sampai sendiri pun tak sempat nak makan tengahari tau. Mujurlah pagi tu, Sk bawa bekal mee goreng tapau dari Mamak Kayangan.



Lepas tu dok risaukan budak-budak ni malam-malam lapar dan tak ada maknya jaga, tak pasal-pasal bawa balik pulak 🫣



Adoi, siapalah sebenarnya mak engkorang nih??? 

Tapi, kannn...dorang tak nak sangat susu tu. Tak tahulah pasal tawar ke (takkan nak kena rasa pulak), puting botol tu pulak besar dan tak lembut sangat. Kesian oi, sampai yang seekor tu nak mengemping ngan kakak dia. Kakak dia pulak, hisap dia punya sendiri sampai bengkok badan, sedih tengok. 
Errr... mana kau tau siapa adik, siapa kakak ni, Sk? Hahahaha.. agak-agak jer. Tapi, kan.. Pak Inche tataw tau Sk bawa balik budak-budak ni. Sk tak cakap sebab mesti dia tak bagi punya  pasal tak mahu kucing-kucing kami merajuk. Pagi tadi, angkat balik kotak masuk dalam kereta diam-diam, hahaha


Nampak mak kucing ni, lepas bagi makan, Sk masukkan dia dalam kotak. Dia tak nak jugaklah macam semalam, Sk paksa tekan badan dia jangan lompat keluar. Bila dia dah duduk, Sk usap-usap sebab Sk pasti sangat, memang dia la mak budak-budak ni. Lama-lama dia mengalah, dan mula hidu badan budak-budak ni, betul ke anak aku



Syukurlah, akhirnya dia terima anak-anak dia kembali. Tak tahu kenapa semalam dia tak nak, huhuhu. 

Harap baik-baiklah jaga anak lepas ni. Kucing kat rumah Sk pun dah curious semalam dengar suara anak kucing dalam bilik. Sibuk nak intai-intai terutama si Obit dan Elang, hahahaha. Sk syak PI pun dengar jugak tuuuuhhhh sebab dia macam gelisah macam mencari sesuatu, nasib baik dia tak masuk bilik tengah, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/06/mak-tak-mengaku-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Ustaz Mak Ayah Buang Aku Sampai Tak Mengaku Aku Anak Dia Lepas Je Tingkatan 5 Aku Tak Pernah Jumpa Mak Ayah

Kerana Ustaz Mak Ayah Buang Aku Sampai Tak Mengaku Aku Anak Dia Lepas Je Tingkatan 5 Aku Tak Pernah Jumpa Mak Ayah

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 238 hits
Mak ayah langsung tak nak terima penjelasan aku dan mak tak mengaku aku ni anak dia Mak ayah buang aku Lepas je tingkatan 5 aku tak pernah jumpa mak ayah Sampai ayah meninggal pun aku tak tahu Sekarang dah 13 tahun berlalu aku nak lawan ber...
Anak Mengadu Sakit Tekak Ini Mak Ayah Perlu Buat Nak Kurangkan Sakit Anak

Anak Mengadu Sakit Tekak Ini Mak Ayah Perlu Buat Nak Kurangkan Sakit Anak

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 206 hits
Sama seperti kita anak kecil kita juga pernah berdepan dengan masalah sakit tekak yang memeritkan Apa nak buat bila anak mengadu sakit tekak Menurut perkongsian jangan dibiarkan lama lama kerana anak boleh diserang masalah lain seperti peny...
Mak Ayah Ada Anak Oku Layak Mohon Road Tax Percuma Ini Panduannya Rugi Tak Buat

Mak Ayah Ada Anak Oku Layak Mohon Road Tax Percuma Ini Panduannya Rugi Tak Buat

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 142 hits
Bagi menghargai kesabaran mak ayah mendidik anak anak istimewa atau kurang upaya atau pemilik kad OKU itu sendiri boleh memohon untuk mendapatkan road tax percuma dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan ini merupakan salah satu kelebihan kad OK...
Akibat Cerita Fitnah Mak Adik Beradik Hilang Hormat Kat Aku Depan Anak Dan Isteri Aku Dihina

Akibat Cerita Fitnah Mak Adik Beradik Hilang Hormat Kat Aku Depan Anak Dan Isteri Aku Dihina

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 239 hits
Akibat cerita rekaan mak adik beradik jadi tak hormat saya Depan anak anak dan isteri saya adik angkat dan Iambung saya ke tanah Tapi mak datang peIuk anak kesayangan dia Itulah kali terakhir saya balik rumah 2 tahun lepas Kisah yang dikong...
Anak Cirit Birit Apa Nak Buat Makanan Ni Patut Mak Ayah Elakkan

Anak Cirit Birit Apa Nak Buat Makanan Ni Patut Mak Ayah Elakkan

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 149 hits
Setiap kali anak cirit birit mak ayah mulakan cemas kerana kasihankan anak yang tidak lalu makan malah kekurangan banyak air Apa nak buat jika anak cirit birit Apa jenis pemakanan sesuai untuk anak yang mengalami masalah cirit birit ini Ini...
Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung Mak Ayah Boleh Cara Ini

Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung Mak Ayah Boleh Cara Ini

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 182 hits
Tip elak anak sentiasa nak mak ayah boleh cara ini Bayi atau anak kecil yang sentiasa mahu berdukung adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan mereka Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung ANAK SAYA 24 JAM NAK...
Kenali Bantu Anak Autisme Di Forum Anak Syurga Al Khauthar Dekati Jiwa Mak Ayah

Kenali Bantu Anak Autisme Di Forum Anak Syurga Al Khauthar Dekati Jiwa Mak Ayah

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 190 hits
Tidak ramai diantara kita yang begitu memahami anak anak istimewa dan berkeperluan khas namun Al Khauthar dengan kerjasama Majalah Mingguan Wanita dan Majalah Nona baru baru ini menganjurkan forum khas bagi mendekati anak anak istimewa ini ...
Wna Tewas Terjatuh Di Bukit Anak Dara Rinjani Lombok Begini Kronologinya

Wna Tewas Terjatuh Di Bukit Anak Dara Rinjani Lombok Begini Kronologinya

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 136 hits
Peristiwa itu terjadi ketika korban bersama rekannya melakukan pendakian di Bukit Anak Dara
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket