Mak Pah Warded
Assalamualaikum...
Hi korang...
Akhirnya perkara yang dah dijangka...Mak Pah warded semalam selepas seharian di bahagian kecemasan. Mak Pah mengalami kesukaran bernafas. Oksigen 91-92 percent aje...so SA yang dah ada kat office semalam dan tengah buat kerja terbaca conversation adik- adik kat grup. Mulanya memang tak hiraukan sebab dahulukan kerja yang banyak pagi semalam. Tiba- tiba SA tergerak hati nak baca msg whatssaap tu..tak tunggu apa lagi...panik punya pasal..terus jer tinggalkan office. SA kalau bab mak memang x leh nak tenang...memang akan panik selagi x nampak Mak depan mata. Nasib SA baik sebab train pun sampai ontime...SA sampai seremban pukul 11.15 macam tu. Ambil grab terus ke Hospital Tuanku Jaafar.Dari pukul 11.30am SA menunggu sampai pukul 8 malam. Penat x tau la nak cakap...dengan tak makan...tapi SA dah x tahan lapar dan dah gigil, SA ajak Abah dan adik SA pergi makan...tinggalkan pesanan kat kaunter dan no handphone..
menunggu la SA kat sini sekian lama...rupanya dari Zon Merah Mak dah dimasukkan ke Zon Kuning...kat bilik pantauan tu hanya staff lengkap PPE aje yang boleh masuk..staff biasa x leh masuk langsung...sebab tu x dapat update atau info tentang mak
Adik SA si Lissa yang kerja kat sini pun tak dapat masuk dan tak boleh buat apa- apa..
Apatah lagi kawan SA yang ni...dia staff dewan bedah...dia pun cuba dapatkan info pasal mak tapi tak boleh masuk langsung..
Balik dari makan petang tu...SA sempat snap gambar sunset sebelum ke tempat menunggu tu lagi sekali
Selfie sekeping walau hati tengah tak tenteram
Dalam pada hati x tenteram tu kan...masa kat tempat menunggu tu, ada sorang budak lelaki ni...comel..peramah...duduk kat kerusi sambil tersengguk- sengguk...ayah dia buat x tau je kat tepi..kesian tengoknya suruh dia tido kat kerusi yang ada tu...terus dia x jadi tido..pelik plak tengok ayah dia buat tak tau..Adik SA tanya nak air x? dia kata takpe..nanti ayah marah mintak- mintak kat orang..kesian plak SA dengar terus ajak dia beli air...takpe SA cakap..ayah x marah kalau acik yang belikan...terus dia nak...tak sabar- sabar dia nak buka milo tu...terus minum...see....haus rupanya budak dil..entah dari pukul berapa dia x minum. Sambil- sambil tu adik SA tanya kenapa dia ada kat situ...tunggu ibunya patah kaki...allah aih....ayah dia pun jenis tak kisah kami duk jaga dan borak- borak ngan dia....geram plak SA..
Handsome kan...Mohd Rayyan Syahmi nama dia..
Lepas tu adik SA si Lissa pergi tanya kat kaunter. Rupanya diorang nak transfer Mak Pah ke ward saringan covid. SA tanya kenapa ward covid? Doctor cakap memang procedure Covid 19. Kena buat RTK dan PCR. Result RTK negative dan PCR katanya nak buat malam tu jugak...part tu SA x dapat info. So kami dinasihatkan untuk balik. Sebelum balik kami tinggalkan barang- barang keperluan Mak Pah dan mintak bantuan MA serahkan semua barang tu termasuk handphone. Ye Mak Pah in a good hands of staffnurse and doctors..
Bulan pun dah keluar masa kami balik
Pak Zain walau dia kata dia ok tapi tak ok sebenarnya...tu la..masa ada kat rumah x leh dekat...asyik bergaduh...bila dah kena tahan ward...merindu...risau...macam kucing hilang anak...malam tadi dibuatnya perangai x boleh tido...dah kami- kami ni tak tenang hati plak...yang sakit dah tentu-tentu sakit kat hospital..jangan la dia yang sihat jadi sakit plak...kan
Kami balik dengan bermacam perasaan...SA akui SA menangis masa dalam bilik air..SA memang macam ni la..menangis jangana sampai abah nampak...kang dia lagi sedih..Tak tahu apa condition Mak, dengan risau result PCR..macam- macam perasaan dalam hati. Dah la x dapat jumpa langsung...pukul 8 lebih kami dah sampai kat rumah...badan penat sakit- sakit..menunggu lama kan...ada pakcik tu..tunggu wife dia dari pukul 7am...tak tau apa perkhabaran pun...kesian tengok....
Pukul 8 lebih kami balik ke rumah....
Tadi SA call Mak....oksigen mak masih x sampai level yang doktor nak...tak tau la apa punca..risau plak...doktor cuba suruh mak bernafas sendiri..tapi tak boleh...then terpaksa la pasaang semula oksigen. Mak kat situ okey...pakai pampers dan makan makanan hospital...cuma mak tak boleh mandi la..mak x terdaya nak bangun...
Mohon kawan- kawan semua doakan buat Mak Pah dalam solat korang...titipkan doa buat Pipah Bt Mustafa. Semoga semua doa- doa kalian dimakbulkan demi kesihatan dan kesejahteraan Mak Pah....Amin.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2021/11/mak-pah-warded.html