Mak Minah Hilang Kain Kafan


Oleh Farahin W
“MAK Minah sudah pulang! Kain kafannya hilang!” Kampung Lidah Buaya gamat lagi. Kali ini Mak Minah pulang ke rumah. Penduduk kampung tak senang duduk. Takut-takut malam ini Mak Minah mengetuk pintu rumah mereka, mencari kain kafannya yang hilang. Semalam dia ke rumah Kak Senah. Menangis-nangis Kak Senah memujuk Mak Minah kembali ke kuburan. Kata Kak Senah, Mak Minah malu menghadap Tuhan telanjang bulat. Kata Mak Minah, tubuhnya tidak seperti dulu. Semua yang anjal kini tinggal kulit menggelebeh.
Warung Wak Karjo sesak dengan penduduk kampung. Ada yang berpelikat dengan baju pagoda yang tidak lagi putih warnanya. Lusuh dan kekuning-kuningan. Ada yang berkain batik dengan kurung Kedah. Anak-anak kecil berkaki ayam sambil menghisap ais krim. Kuku mereka panjang dan hitam. Wartawan dari kota juga turun memasang telinga mencari-cari cerita sensasi.
Berita Mak Minah pulang tersebar satu negara. Bomoh, dukun dan agamawan semuanya turun padang mahu menghantar Mak Minah balik ke kuburan. Ada yang berjampi dengan air kelapa. Ada yang merenjis garam sekeliling rumah. Ada yang duduk di surau membacakan ayat-ayat ruqyah di pembesar suara. Imam Sinun dan Lebai Manap pening kepala. Mereka tak tidur malam memikirkan: 1) cara menghantar Mak Minah balik, 2) takut-takut Mak Minah mengetuk pintu rumah mereka ini malam. Yang kedua lebih menakutkan.
Warung Wak Karjo sesak berhari-hari. Sudah seminggu Mak Minah pulang ke rumah. Malam tadi, Mak Minah ke rumah Haji Seman.
“Betul! Mak Minah pulang! Kain kafannya hilang!”
Haji Seman sungguh-sungguh bercerita. Habis wajah-wajah pendengar terpalit liurnya. Katanya, Mak Minah masih sugul. Kelam-kabut Mak Minah mencari kain kafannya yang hilang. Mak Minah pakai kain batik pemberian Kak Senah. Namun, dia tak mahu balik ke kuburan berkain batik. Dia mahu mencari kain kafannya!
“Tok, kenapa kita tak cari saja kain kafan Mak Minah yang hilang?“
Si Koroi, anak Siti janda muda Kampung Lidah Buaya tiba-tiba bersuara. Suaranya parau. Umur belasan dan baru mimpi. Benar juga katanya. Hari-hari Mak Minah merayu kain kafannya dipulangkan. Tak mungkin tiada satu orang pun yang bersimpati dengan Mak Minah. Mak Minah orang Islam. Sudah semestinya orang Islam sama-sama membantu orang Islam yang lain. Saudara se-Islam. Mana boleh tinggal diam.
“Mak Minah, Mak Minah! Sudah mati pun menyusahkan orang!”
Wak Karjo menghirup kopi O kurang manis sambil menggeleng kepala. Mak Minah jirannya. Perempuan tua itu tinggal dengan dua orang cucu. Anaknya entah ke mana. Selepas dipenjara kerana merusuh, dia hilang tiada khabar berita. Pelik juga. Macam mana kain kafan Mak Minah boleh hilang? Sebatas pengetahuannya, Mak Minah bukan pengamal ilmu hitam. Penduduk kampung sebelah juga riuh menyampai berita Mak Minah. Mak Leha menggantung Yasin di pintu rumah. Sudin menghulur sepuluh ringgit kepada bomoh untuk memagar rumah. Setakat ini, Mak Minah belum mengetuk pintu rumah mereka.
Seluruh penduduk kampung keluar mencari kain kafan Mak Minah. Wak Karjo menutup kedai dan ikut sama mencari. Mereka ke belakang rumah, semak-samun sehingga ke sungai. Si Koroi penerjun kampung tidak mensia-siakan kepakarannya, menyelam ke dasar sungai mencari kain kafan Mak Minah. Usaha mereka pada hari pertama benar-benar memenatkan. Wak Karjo, Haji Seman dan Tok Mail menyumpah-nyumpah kepenatan. Peluh mereka terbazir dan kain kafan Mak Minah masih tak ditemukan.
“Macam mana ni, Tok? Seharian kita mencari. Secebis pun kita tak jumpa!” Haji Seman mengibas-ngibas tuala ke leher.
“Malam ini, pasti Mak Minah ke rumah aku. Aku akan pujuk dia semula,”
“Tok yakin boleh pujuk Mak Minah pulang?”
Tok Mail yakin Mak Minah akan mencarinya. Ke mana lagi penduduk kampung mahu mengadu kalau bukan kepadanya, Ketua Kampung Lidah Buaya? Tok Mail berkira-kira mahu memberikan Mak Minah kain kafan baharu. Aduhai. Kain kafan bukannya murah. Dalam keadaan ekonomi sebegini, siapa yang mahu beri Mak Minah kain kafan baharu? Aduhai, Mak Minah! Hidup susah, mati pun susah!
“Assalamualaikum, Tok! Tok!”
Tok Mail tersedak kopi. Suara Lebai Manap bergema di hadapan pintu rumah. Mahu bergegar rumah kayu yang sudah 50 tahun usianya. Cepat-cepat Tok Mail membuka pintu. Lebai Manap termengah-mengah mengambil nafas. Berderau darah Tok Mail melihat lelaki tua berjanggut sehelai itu. Janggutnya tidak pernah tumbuh. Cuma sehelai – itu pun dari tahi lalatnya.
“Kain kafan Mak Minah sudah dijumpai! Semua penduduk sekarang di balai raya! Cepat, Tok! Cepat!”
Mata Tok Mail terbelalak. Lalu dia capai kain serban dan dililit di kepala. Kain pelikat diikat kemas lantas menyarung capal. Dia tidak peduli mengambil nafas. Kain kafan Mak Minah sudah ditemui!
Balai Raya Kampung Lidah Buaya riuh dengan cakap-cakap orang kampung. Rustam (ketua pasukan mengupas bawang) tak henti-henti menyampai berita. Semua mendengar dengan tekun. Ada yang mengusap dada. Ada yang ternganga mulut. Rustam yang menemukan kain kafan Mak Minah! Sampai malam Rustam mencari. Mujur Tuhan bersama-samanya. Hasil pencarian Rustam membawa berita gembira kepada penduduk kampung. Bukan sahaja penduduk Kampung Lidah Buaya, kampung sebelah pun berasa senang. Mereka sudah boleh tidur lena dan mimpi yang indah-indah. Mak Minah tak mungkin mengetuk pintu rumah mereka lagi.
“Jadi, Rustam. Mana kain kafan Mak Minah?”
Kisahnya, selepas Maghrib, semua pulang ke rumah. Rustam sahaja yang tidak putus asa mencari kain kafan Mak Minah. Dia tidak mahu terserempak dengan Mak Minah. Takut-takut dia pula yang diheret ke kuburan. Perjalanan mencari kain kafan Mak Minah terasa sangat panjang. Sempat juga Rustam berfikir mahu berputus asa. Namun fikiran Rustam berubah apabila sampai ke rumah Mak Minah. Lampu rumah menyala. Dari luar terdengar suara cucu-cucunya.
“Abang yakin mahu memakainya ke sekolah?”
“Ya. Duit membantu Wak Karjo di kedai tak cukup, dik! Sekolah takkan benarkan kita ke sekolah dengan baju tu,” ucap si abang sambil menuding ke arah kemeja T bercorak kartun Upin dan Ipin.
“Tapi, nenek?”
Mata Tok Mail terbelalak lagi. Dia membuka kain serban yang terlilit di kepala. Kain pelikatnya yang terlondeh digulung ke atas semula. Dia menepuk dahi sekuatnya.
“Jadi, kain kafan Mak Minah?” Lebai Manap kebingungan.
“Tok! Mak Minah datang!”
Balai raya sekarang taufan. Mak Minah menunggu di depan balai. Telanjang bulat – menunggu dipulangkan kain kafannya yang hilang.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/11/mak-minah-hilang-kain-kafan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Panjang Terbakar 25 Keluarga Hilang Tempat Berteduh

Rumah Panjang Terbakar 25 Keluarga Hilang Tempat Berteduh

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 277 hits
Miri Seramai 25 keluarga dari Rumah Panjang Long Balau Ulu Baram dekat sini hilang tempat berteduh selepas rumah panjang berkenaan musnah dalam kebakaran tengah malam tadi
Tak Punya Uang Buat Beli Makanan Nenek Ini Lakukan Sholat Agar Rasa Laparnya Hilang

Tak Punya Uang Buat Beli Makanan Nenek Ini Lakukan Sholat Agar Rasa Laparnya Hilang

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 266 hits
Seorang perempuan paruh baya diketahui sedang salat di pinggir jalan raya tepatnya di kawasan pintu air Jagir Wonokromo Surabaya Foto tersebut di ambil saat nenek sedang sholatDalam salatnya diketahui perempuan itu membaca doa qunut yang ta...
Wajib Deengar Untuk Memahami Muhyiddin Hilang Keabsahan Benarkan Undi Tidak Percaya Uji Majoriti

Wajib Deengar Untuk Memahami Muhyiddin Hilang Keabsahan Benarkan Undi Tidak Percaya Uji Majoriti

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 263 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mahu Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibentang pada sesi Parlimen kali ini Menurut beliau Muhyiddin tidak boleh dibenarkan terus memerintah ketika seluruh negara ter...
Penat Bersalin Belum Hilang Tumpah Darah Pula Yang Alami Ibarat Bertarung Maut

Penat Bersalin Belum Hilang Tumpah Darah Pula Yang Alami Ibarat Bertarung Maut

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 477 hits
Tumpah darah selepas bersalin juga dikenali sebagai post partum haemorrhage Ianya dibahagi kepada primary PPH sekiranya pendarahan dalam tempoh 24 jam selepas bersalin manakala secondary PPH pula pendarahan yang berlaku selepas 24 jam sehin...
Warga Emas Hilang Belum Ditemukan

Warga Emas Hilang Belum Ditemukan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 297 hits
ANGGOTA polis dan Rela memperhebatkan usaha mencari warga emas yang hilang di Kampung Charok Padang Sik hari ini UTUSANSIK Operasi mencari seorang lelaki warga emas yang hilang di Kampung Charuk Padang di sini masih diteruskan pada hari ke ...
Dollah Tidak Gusar Hilang Khidmat Reed

Dollah Tidak Gusar Hilang Khidmat Reed

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Ketiadaan pemain import dari Filipina Adam Reed pada perlawanan epik pusingan pertama Piala Malaysia menentang Kedah Jumaat ini tidak merunsingkan pengendali skuad Pahang Dollah Salleh Pemain berusia 29 tahun yang mengalami kec...
Hilang Pekerjaan Sejak Covid 19 Melanda

Hilang Pekerjaan Sejak Covid 19 Melanda

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 347 hits
Rasa terpanggil untuk menulis tentang topik ini Sedar tak sedar sudah setahun covid 19 melanda negara kita Kita pun tidak tahu bilakah akan berakhirnya wabak ini dan kita terpaksa terima bahawa kita kena teruskan kehidupan dengan Pembudayaa...
Peruntukan Sama Rata Untuk Mp Pembangkang Umno Hilang Kuasa Tawar Menawar

Peruntukan Sama Rata Untuk Mp Pembangkang Umno Hilang Kuasa Tawar Menawar

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 207 hits
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berpendapat Umno tidak akan bersetuju dengan cadangan supaya ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama seperti wakil kerajaan di Dewan Rakyat Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu berk...
Lelaki Hilang Dihanyut Banjir

Lelaki Hilang Dihanyut Banjir

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 242 hits
BERNAMA Seremban Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Jalan Rasah Taman Happy di sini awal pagi ini Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata dalam kejadian ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya