Mak Milah Cafe Cafe Best Di Rnr Genting Sempah
Hello pembaca kesayangan,
Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang satu kafe best yang terletak di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah iaitu Mak Milah cafe.
Sebenarnya Misz-ella tak suka makan di kawasan rehat kerana biasanya makanan di food court kawasan rehat tak sedap tapi bila dipelawa ke Mak Milah cafe, saya tak tolak malah saya berlapang dada untuk mencuba.
Lokasi Mak Milah cafe adalah berhadapan dengan bangunan food court di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah, sangat strategik, berhadapan dengan kawasan parkir yang luas. Sangat 'mesra pengguna' kerana tak perlu menaiki tangga (sesuai untuk warga emas dan OKU).
First impression Misz-ella bila sampai di Mak Milah cafe .. comelnya! Tak besar dan tak jugak terlalu kecil. Kedudukan Mak Milah cafe iaitu 'corner lot' menambah keselesaan pengunjung-pengunjung di Mak Milah cafe ini.
Satu sudut menarik di Mak Milah cafe ~ sweetkan deco kat sini .. menjadikan sudut ni sesuai dijadikan port berfoto-fotoan selepas makan.Antara juadah dan hidangan yang ada di Mak Milah cafe. Makanan berat ada, makanan ringan pun ada
Boleh jugak beli buah tangan untuk dibawa ke kampung halaman di Mak Milah cafe ni.
Misz-ella bersama Dr. Redza, Encik Naz, Kak Rafeah dan Datin Diana, pemilik Mak Milah cafe.
Saya suka konsep Mak Milah cafe iaitu makan sambil bersantai. Aliran udara di sini sangat best! Tidak berkuap malah pengunjung akan rasa sangat selesa walau di sudut mana pun mereka menjamu selera kerana pandangan mereka tidak terhalang oleh apa saja seperti bangunan besar yang lain. Selain dari itu, Mak Milah cafe juga adalah lokasi yang sesuai untuk majlis sambutan seramai 100 orang. Kalau you all dan ahli kumpulan dalam perjalanan ke Pantai Timur dan mahukan tempat beristirehat sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh, Mak Milah cafe adalah lokasi yang paling sesuai sebab suasananya yang privacy dan cool.
Masa Misz-ella dan rakan-rakan berkunjung ke Mak Milah cafe, kebetulan hari hujan. Suasana sejuk .. Misz-ella makan nasi air dingin berlauk ayam dengan kopi panas. Best!
Nasi air dingin berlauk ayam di Mak Milah cafe hanya RM7.00. Nasinya besar-besar (bukan guna beras biasa-biasa), ayam sambal tu .. Ya Allah sedapnya! Sambalnya garing dan secukup rasa .. macam makan kat rumah *I LIKE!*
Sesuap demi sesuap .. licin!
Selain dari tu ada pulut panggang yang sangat sedap. Berlumba-lumba kami makan .. *dia ambik satu, aku ambik satu* Pulut panggang gebu ni hanya RM2.50 sahaja. Walaupun saiznya gebu, ada antara kami yang makan 2, 3 sekaligus kerana rasanya yang sedap.
Kuih Cakoi favourite Misz-ella pun ada. Rangup dan lembut, cicah dengan homemade kaya pandan yang lemak-lemak manis ... sumpah sedap!
Paling best, di Mak Milah cafe ada brew coffee menggunakan coffee bean yang sama tarat dengan jenama kopi antarabangsa yang terkenal seantero dunia. Saya memang peminat brew coffee sebab rasa secawan kopi panas yang terhasil dari proses mengekstrak kopi dari biji kopi yang telah dipanggang (roasted coffee bean) lalu dicampur dengan air panas ...ya Allah nikmatnya tak terkata (sebab tu lah i peminat kopi). Hot Latte kat sini hanya RM7.00 sahaja ~ harga biasa-biasa, rasanya sangat luar biasa. Terus terang, I do not mind to repeat!
Ada jugak kopi sejuk yang telah dibotolkan. Saya beli sebotol untuk dibawa pulang. Best
Misz-ella turut bungkus makanan di sini untuk dibawa pulang. Staff-staff di sini mesra. Kebersihan pun tip-top. Yang penting cafe Mak Milah ni selesa dan makanan sedap
Ini lah dia Datin Diana, pemilik Mak Milah cafe.Tahniah Datin Diana kerana Mak Milah cafe sangat menarik - rasa makanan sangat sedap, kebersihan dan servis tip top, harga biasa-biasa dan lokasi sangat strategik! Recommended lah!
Mak Milah cafe dibuka setiap hari dari jam 8 pagi dan tutup sehingga lewat malam. Untuk maklumat lanjut tentang Mak Milah cafe, you all boleh lah ikuti instagram Mak Milah cafe di https://www.instagram.com/makcikmilah59/
OK pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi tentang Mak Milah cafe. Buat Misz-ella sendiri, saya pasti akan datang lagi sebab makanan kat sini sedap-sedap dan paling penting suasana sangat selesa. Terima kasih baca blog post Misz-ella tentang Mak Milah cafe ye. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Bye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2022/03/mak-milah-cafe-cafe-best-tepi-di-rnr.html