Mak Cik Saya Lapar Ibu Tiada Di Rumah Budak 7 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah Cetus Simpati Jiran


“Mak Cik Saya Lapar, Ibu Tiada Di Rumah” – Budak 7 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah Cetus Simpati Jiran.
Penderitaan kanak-kanak berusia tujuh tahun dikurung bersendirian di rumahnya di Taman Hijrah oleh ibunya selama lima hari sejak Rabu lalu berakhir setelah diselamat oleh jiran-jirannya yang prihatin.
“Mak cik saya lapaq (lapar), ibu tak dak (tiada) kat rumah”.
Begitulah antara rayuan kanak-kanak ini yang mendapat perhatian dari jiran tetangga.
Menurut jiran di kediaman terbabit, mereka menyedari budak itu ditinggalkan ibunya selepas terdengar dia merayu kelaparan di tingkap rumahnya.
Terdengar rayuan  
“Jiran yang terdengar rayuannya ke rumahnya itu dan mendapati pintu jeriji di hadapan dan belakang rumah berkunci,” katanya.
Simpati dengan budak itu, mereka memberikan makanan melalui tingkap rumah. Jiran-jirannya itu juga tidak pasti bila ibunya akan pulang.
Malah ibunya juga tidak bergaul dengan masyarakat setempat jadi mereka tidak tahu bila dia akan pulang dan menjenguk anaknya.
Budak itu akan diam jika dia tertidur atau kenyang selepas diberikan makanan.
Menerusi pendedahan jirannya yang tidak mahu dikenali, dia sering kali nampak ibu kanak-kanak itu keluar dari rumahnya bersama teman lelaki pada waktu malam dan meninggalkan anaknya berusia tujuh tahun itu berseorangan di rumah.
Tambah jirannya itu, mereka simpati dengan keadaan budak itu. Pada awalnya mereka enggan membuat laporan mengenainya kerana menyangka ibu budak itu akan pulang dalam waktu terdekat.
“Kerana risaukan keselamatan dan kasihan dengan budak itu, kami laporkan kepada polis,” ceritanya.
Rata-rata penduduk di perumahan itu terkejut dengan kejadian terbabit. “Jika perlu keluar rumah dalam tempoh yang lama sepatutnya wanita itu maklumkan kepada jiran, kami boleh bantu menjaganya,” katanya
Bagaimanapun menerusi sebuah laporan, budak itu telah diselamatkan setelah polis terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan.
Siasatan pihak polis juga mendapati ibu bapa budak tersebut sudah bercerai.
Susulan kejadian itu, polis menahan wanita dipercayai ibu mangsa bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd dalam satu kenyataan berkata, ketika disoal siasat, wanita berusia 31 tahun itu mengaku meninggalkan anaknya itu kerana mengikut teman lelakinya.
Bagaimanapun wanita yang bertugas sebagai kontraktor itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
Budak 7 tahun itu pula dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan kerana keadaannya yang lemah dan akan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sumber: Harian Metro / Astro Awani
The post “Mak Cik Saya Lapar, Ibu Tiada Di Rumah” – Budak 7 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah Cetus Simpati Jiran appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/mak-cik-saya-lapar-ibu-tiada-di-rumah-budak-7-tahun-ditinggalkan-dalam-rumah-cetus-simpati-jiran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Cik Tolonglah Saya Lapaq Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan

Mak Cik Tolonglah Saya Lapaq Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 428 hits
Tidak berhati perut Ungkapan sesuai buat seorang ibu yang tergamak kurungkan anaknya sendirian di dalam rumah tanpa meninggalkan sedikit pun makanan Jiran bersebelahan rumah mula menyedari akan perkara ini apabila terdengar suara tangisan k...
Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 885 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata mangsa...
Wanita Dakwa Anak 3 Tahun Hilang Di Rumah Pengasuh Polis Cari Pasangan Ini

Wanita Dakwa Anak 3 Tahun Hilang Di Rumah Pengasuh Polis Cari Pasangan Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 389 hits
Wanita Dakwa Anak 3 Tahun Hilang Di Rumah Pengasuh Polis Cari Pasangan Ini Menerusi Harian Metro seorang kanak kanak perempuan berusia 3 tahun hilang sejak minggu lalu Kejadian yang dipercayai berlaku di rumah pengasuhnya di Kuarters Hospit...
Kerajaan Ph Optimis Bina 100 000 Rumah Mampu Milik Kos Rendah Tahun Ini

Kerajaan Ph Optimis Bina 100 000 Rumah Mampu Milik Kos Rendah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 348 hits
Kerajaan Pakatan Harapan telah mengenai pasti lokasi 100 000 buah rumah mampu milik dan kos rendah unuk dibangunkan pada tahun ini lapor Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pembinaan akan diadakan di beberapa ...
Tahun Politik Hambat Program Satu Juta Rumah Di 2019

Tahun Politik Hambat Program Satu Juta Rumah Di 2019

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 313 hits
Pembangunan program satu juta rumah saat ini tengah tersendat Direktur Jenderal Penyediaan Perumahan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Khalawi Abdul Hamid mengatakan sampai sekarang masih banyak pengembang properti yang menaha...
Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 435 hits
Mak mak yang ada anak kecil jangan selalu susah hati Jangan selalu rasa bersalah Jangan selalu salahkan diri Kenapa Ini yang wanita bergelar ibu kena faham Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak Puan memberi sedikit kekuatan untuk ibu ...
Budak 11 Tahun Lahirkan Anak Lelaki Dari Benih Kekasih Neneknya

Budak 11 Tahun Lahirkan Anak Lelaki Dari Benih Kekasih Neneknya

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 401 hits
SEORANG budak perempuan di Argentina yang baru berusia 11 tahun melalui pengalaman perit apabila diperkosa kekasih neneknya sehingga melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan di Hospital Eva Peron di wilayah Tucuman pada pagi Rabu lalu Hosp...
Wanita Berusia 27 Tahun Buat Pengguguran Bayi Sebanyak 17 Kali Kerana Belum Bersedia Menjadi Ibu

Wanita Berusia 27 Tahun Buat Pengguguran Bayi Sebanyak 17 Kali Kerana Belum Bersedia Menjadi Ibu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 540 hits
The ReporterGambar kiri Dr ZhaoSeorang wanita muda di China dimaklumkan oleh doktor bahawa dia berkemungkinan tidak akan dapat hamil lagi di masa akan datang selepas menjalani pengguguran bayi sebanyak 17 kali dalam tempoh enam tahun Rahim ...
Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 369 hits
Kisah tentang kondisi Mbah Turah warga lanjut usia di Desa Klampis Kecamatan Jatibarang Kabupaten Brebes yang hidup sebatangkara menjadi viral di media sosial Kapolres Brebes AKBP Aris Supriyono lantas mendatangi rumah tak layak huni yang d...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya