Majoriti Terkumpul 13 1 Terhadap Najib Di Mana Lagi Tiada Keadilan




Ramai penyokong Najib Razak terlihat begitu kecewa serta marah-marah terhadap keputusan semakan kehakiman yang mengekalkan sabitan bersalah yang dijatuhi kepada bekas Perdana Menteri itu.


Semakan kehakiman semalam ditolak dengan keputusan majoriti 4-1 dan ini bermakna Najib akan terus berada di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun yang diterimanya.


Satu-satunya peluang terakhir yang tinggal untuk Najib dibebaskan awal hanyalah melalui pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong.


Tetapi, itu pun tentulah ada prosesnya dan tidak mungkin berlaku dalam waktu yang terdekat ini.


Pelbagai kata dan ungkapan diluahkan untuk menggambarkan kekecewaan itu, termasuk oleh mereka yang bergelar pemimpin dalam UMNO.


Selain menjurus kepada dakwaan Najib tidak diberi perbicaraan yang adil, khususnya dalam isu pertukaran peguam dan permohonan menangguhkan perbicaraan yang ditolak di Mahkamah Persekutuan sebelum ini, terdapat kecenderungan untuk mengaitkan penolakan semakin kehakiman semalam dengan keberadaan UMNO dalam kerajaan, khususnya Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sekarang sudah berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang.


Mudah kata, secara kesimpulannya mereka mengharapkan Najib sepatutnya dibebaskan atau semakan kehakiman itu memihak kepadanya berikutan UMNO, Zahid Hamidi dan Azalina kini sudah sama-sama berada di anjung kuasa di Putrajaya.


Lantaran itu, bukan saja ucapan Azalina di Majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di WTCKL sebaik Najib dipenjarakan tahun lalu disebarkan semula, turut dipersalahkan kerana Ketua Hakim Negara tidak ditukar dalam keadaan parti itu merupakan komponen penting dalam kerajaan ketika ini.


Maka itu, terpacullah antaranya ungkapan – Kita Suruh Tukar Ketua Hakim Negara, Bukan Tukar Ketua Menteri Melaka.


Nampak jelas di sini bahawa sebahagian ahli UMNO dan penyokong Najib mahu bekas Perdana Menteri itu dibebaskan melalui kuasa politik.


Ini adalah suatu pemikiran yang buruk sebenarnya kerana kalau kuasa politik atau pengaruh politik boleh digunakan bagi tujuan tersebut, ia dengan sendirinya akan merosakkan keadilan itu sendiri.


Bukankah kita sepatutnya sedar bahawa tiga cabang utama negara – Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman – adalah terpisah dalam doktrin pengasingan kuasa sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?


Dalam kes Najib, gagal dalam semakan kehakiman atau kekal dipenjarakan bukan bermakna keadilan terhadap beliau telah dinafikan.


Hakim yang membuat keputusan dalam perbicaraan atau mendengar perbicaraan hanya bersandarkan kepada bukti, fakta dan keterangan yang dibentangkan di mahkamah.


Mereka tidak dipengaruhi oleh sebarang unsur luar dan sebab itu hakim mempunyai pergaulan yang terhad serta tidak boleh bersidai di merata tempat untuk bersembang dan bergelak ketawa seperti orang lain.


Sandaran mereka dalam membuat keputusan hanya semata-mata kepada bukti dan keterangan yang ditampilkan.


Atas kesalahan beliau yang telah dibuktikan di mahkamah melalui perbicaraan yang bertahun-tahun lamanya, hukuman yang dijatuhkan adalah semata-mata untuk menegakkan keadilan.


Lagi pula, jika kita teliti dan imbas semula perbicaraan kes SRC International itu sejak di peringkat Mahkamah Tinggi lagi, ruang untuk menegakkan keadilan sudah diberi dengan cukup luas kepada pasukan peguam Najib.


Dan akhirnya daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan semakan kehakiman juga di Mahkamah Persekutuan semalam, keputusan terkumpulnya ialah 13-1.


Keputusan itu pula dibuat oleh hakim-hakim yang tergolong dalam kategori manusia yang pandai dan berwibawa belaka sehingga mereka diberi gelaran “Yang Arif”, bukan melalui undian di media sosial.


Kalau dalam bolasepak pun keputusan 13-1 melalui empat perlawanan di padang yang berbeza akan membuatkan orang malu untuk mempertikaikannya, inikan pula keputusan yang sama yang diputuskan oleh mereka “Yang Arif” semuanya. – ShahbudinHusin 01/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/04/01.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/majoriti-terkumpul-13-1-terhadap-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Langgar Quran Hj Hadi Rujuk Dalil Mana

Keadilan Langgar Quran Hj Hadi Rujuk Dalil Mana

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 226 hits
KEADILAN langgar Quran Hj Hadi rujuk dalil mana Posted By on March 21 2023Tulisan Presiden Pas Hj Hadi Awang yang cuba menggambarkan KEADILAN melanggar al Quran membingungkan rakyat kerana kabur dan tidak merujuk mana mana bahagian pelangga...
Kerajaan Setuju Tubuhkan Rci Ds Najib Bebas

Kerajaan Setuju Tubuhkan Rci Ds Najib Bebas

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 178 hits
Dalam video ini dato lokman memberikan penjelasan berkaitan dengan isu2 politik semasa tindakan mahathir terhadap arab saudi menyebabkan kerajaan arab saudi bertindak balas keputusan kerajaan mahu tubuhkan RCI berkaitan tommy thomas cerahka...
Kepimpinan Baru Umno Dan Agenda Membebaskan Najib

Kepimpinan Baru Umno Dan Agenda Membebaskan Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 239 hits
Selepas berakhirnya pemilihan UMNO baru baru ini di sebalik kedudukan Zahid Hamidi dilihat semakin kukuh hakikat lain yang tidak dapat disembunyikan ialah sejumlah besar pemenang ahli MT adalah merupakan orang orang Najib Razak Dengan keada...
Bebaskan Najib Pecat Mat Sabu Mungkin Hubungan Malaysia Dengan Arab Saud Pulih Sepenuh Nya

Bebaskan Najib Pecat Mat Sabu Mungkin Hubungan Malaysia Dengan Arab Saud Pulih Sepenuh Nya

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 260 hits
Oleh Adam MalikBeberapa Laporan media dalam negara dan wartawan luar negara menganggap lawatan Pedana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru baru ini sebagai gagal Walaupun pihak kerajaan cuba memberi gambaran ia sebuah lawatan yang berja...
No Official Misconduct By Ex Ag Tommy Thomas In His Decision To Charge Najib For Corruption

No Official Misconduct By Ex Ag Tommy Thomas In His Decision To Charge Najib For Corruption

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 291 hits
Datuk Seri Najib Razak s suit against former Attorney General Tan Sri Tommy Thomas constituted a collateral attack on the prosecution of all criminal charges against the former the High Court ruled NSTP picKUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Raza...
Najib S Suit Against Thomas Filled With Unconnected Political Issues

Najib S Suit Against Thomas Filled With Unconnected Political Issues

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 207 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak s wrongful prosecution suit against former attorney general Tommy Thomas was filled with unconnected political issues according to the Kuala Lumpur High Court In the full grounds of judgment released ...
Tiada Pm Malaysia Selepas Najib Yang Diterima Mengadap Oleh Raja Salman

Tiada Pm Malaysia Selepas Najib Yang Diterima Mengadap Oleh Raja Salman

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 278 hits
Hubungan diplomasi tertinggi pernah dicapai oleh Malaysia dengan Arab Saudi adalah ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional ditunjanggi UMNO Apabila menyaksikan bukan sahaja kuota Haji Malaysia dinaikkan secara mendadak tetapi juga ...
Mahkamah Tommy Thomas Dakwa Najib Selepas Terima Kertas Siasatan Lengkap Tiada Niat Jahat

Mahkamah Tommy Thomas Dakwa Najib Selepas Terima Kertas Siasatan Lengkap Tiada Niat Jahat

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tidak sewenang wenangnya mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dengan niat jahat tetapi hanya selepas menerima kertas siasatan yang lengkap daripa...
Dr Mahathir Blames Successors Pak Lah Najib For Wawasan 2020 S Failure

Dr Mahathir Blames Successors Pak Lah Najib For Wawasan 2020 S Failure

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 202 hits
Dr Mahathir said both former prime ministers Tun Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Razak had abandoned his policies and ideas to improve the country s infrastructure and made bad administrative decisions during their tenure Picture...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi