Majoriti Rakyat Sekarang Sokong Pn Muhyiddin Kata


 
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa majoriti rakyat Malaysia sekarang memilih untuk memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) kerana koalisi berkenaan lebih memahami masalah dihadapi mereka berbanding Kerajaan Perpaduan.
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, dapatan itu diperoleh hasil tinjauan dan maklum balas diterima beliau dan pemimpin PN lain ketika turun padang bertemu serta mendengar rintihan rakyat di seluruh negara termasuk di kawasan Felda, bandar, kampung dan pedalaman.
Malah, bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa kehidupan rakyat Malaysia sekarang jauh lebih susah dan sengsara berbanding ketika pandemik Covid-19 melanda negara, sebelum ini.
"Saya fikir begitu dan tahu apa masalahnya. Kita turun ke bawah dengar apa rintihan mereka. Di Felda, kampung, apa lagi di bandar. Melayu berdepan masalah cukup besar.
"Saya fikir sewaktu zaman Covid-19 walaupun susah tetapi sekarang ini lagi susah. Apa yang kerajaan buat? Kenapa kekosongan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sampai empat bulan tidak terisi, apa yang susah sangat?" ujarnya dalam satu wawancara bersama Sinar Ahad.
Berikutan itu, Muhyiddin mendakwa, keadaan itu bermakna Perdana Menteri sekarang tidak komited untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat termasuk isu kenaikan harga beras, gula dan barangan keperluan harian lain.
"Apabila kita turun berkempen di bawah, kita tidak sentuh perkara lain tetapi kita bangkitkan perkara yang dekat di hati rakyat. Masalah pendapatan tidak bertambah, nilai ringgit jatuh, beli barang melambung dan sebagainya.
"Ini realitinya. Memang isu ini dalam tinjauan kita sepanjang masa dan paling utamanya ialah kesusahan rakyat. Perkara ini bukan hanya dihadapi pengundi Melayu sahaja tetapi semua kaum. Sekarang ini orang Cina pun sudah tidak percaya dengan kerajaan. Mereka marah sebab DAP tidak bersuara seperti dulu. Jadi itu isunya.
"Sebagai pembangkang, kita faham dan sebab itulah apabila turun ke bawah, kita lihat sudah ada kesedaran daripada pengundi, PN adalah parti yang berjuang. Kita pernah menjadi kerajaan, mungkin insya-ALLAH esok doa kita boleh jadi kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin menyifatkan pertambahan jumlah undi Melayu kepada PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini sebagai sesuatu yang positif kepada koalisi dianggotai parti Bersatu, Pas dan Gerakan itu.
"Walaupun kita tidak mencapai kemenangan tapi kalau dilihat majoriti yang kita dapat sebagai contoh di Pelangai, kita mendapat lebih 1,000 tambahan pengundi. Memang kita tahu kawasan itu susah hendak menang tapi kita masuk juga.
"Di pihak UMNO-BN mereka dapat tambahan undi sedikit sahaja. Maksudnya sudah ada kecenderungan besar untuk pengundi Melayu beralih sokongan, tidak menyokong UMNO tapi sokong PN.
"Tetapi kerana kawasan itu kita tahu bukan Melayu jadi kelemahan di situ, kita akui ia menyebabkan kita belum mencapai kemenangan bukan sahaja di Pelangai tapi di Pulai dan Simpang Jeram dulu," katanya.
Muhyiddin berkata, biarpun terdapat gelombang kebangkitan orang Melayu menyokong PN, namun kekurangan undi bukan Melayu tetap menjadi penghalang mereka menang di kerusi tentu.
"Sudah ada satu gelombang Melayu majoriti menyokong PN tapi kerana faktor bukan Melayu masih lagi menjadi penghalang menyebabkan kita tidak mencapai kemenangan tapi tidak apa. Ini peringkat permulaan, kecenderungan itu nyata dan kita akan teruskan usaha untuk masa depan," katanya lapor SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/majoriti-rakyat-sekarang-sokong-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangunan Idn Data Rakyat Malaysia Selamat Kata Fahmi

Pembangunan Idn Data Rakyat Malaysia Selamat Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 154 hits
KEMENTERIAN Komunikasi Digital hari ini memberi jaminan pembangunan Identiti Digital Nasional tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat kata menterinya Fahmi Fadzil Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Mimos Berhad de
4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 336 hits
Johari Abdul berkata undang undang antilompat tidak terpakai kerana mereka hanya isytihar sokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon menukar tempat duduk mereka di D...
Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Pm Kata Zahid

Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Pm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 400 hits
Setakat ini empat Ahli Parlimen dari pembangkang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional akan menyokong Perdana ...
Lelaki Botak Berlegar Di Parlimen Dalam Usaha Bawa Wakil Rakyat Bersatu Sokong Anwar

Lelaki Botak Berlegar Di Parlimen Dalam Usaha Bawa Wakil Rakyat Bersatu Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 173 hits
Peralihan sokongan oleh empat ahli Parlimen pembangkang berlaku di sebalik spekulasi pergolakan dalaman kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beberapa ahli Parlimen pembangkang terus didatangi individu tertentu dalam apa yang dipe...
Orang Tua Tua Tak Reti Bahasa Sokong Bn Hj Hadi Kata

Orang Tua Tua Tak Reti Bahasa Sokong Bn Hj Hadi Kata

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 340 hits
KEMAMAN Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menganggap pengundi dalam kalangan warga emas di Parlimen Kemaman tidak faham politik apabila menyokong Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum Ke 15 baru baru ini Ahli ...
Sekarang Sokong Mp Lain Tidak Dikira Lompat Parti Kerajaan Boleh Bertukar Lagilah

Sekarang Sokong Mp Lain Tidak Dikira Lompat Parti Kerajaan Boleh Bertukar Lagilah

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 423 hits
Maknanya Kerajaan boleh berubah sekali lagi pada bila bila masa sekiranya ahli dewan rakyat tidak lagi menyokong perdana menteri dan memilih ahli dewan rakyat lain untuk menjadi perdana menteri Parti yang diwakili kekal Begitu kot
Rasuah Pembaziran Beri Kesan Agihan Kepada Rakyat Kata Pm

Rasuah Pembaziran Beri Kesan Agihan Kepada Rakyat Kata Pm

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 157 hits
AMALAN rasuah penyelewengan dan pembaziran perlu dihentikan kerana ia beri kesan pengagihan kepada golongan memerlukan kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Berucap merasmikan Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Putrajaya hari ini beliau yang...
Sanusi Ada Broker Di Sebalik Tindakan Wakil Rakyat Pn Sokong Anwar

Sanusi Ada Broker Di Sebalik Tindakan Wakil Rakyat Pn Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 304 hits
Noorazura Abdul Rahmanbhnews bh com myALOR SETAR Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional dan PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada dalang menjadi broker politik sehingga beberapa Ahli Parlimen BERSATU bertindak menyokong...
Mmmmm Parti Ajaran Sesat Muhyiddin Sekuru Walaun Kata

Mmmmm Parti Ajaran Sesat Muhyiddin Sekuru Walaun Kata

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 184 hits
Kalau tak fitnah PAS dah lama jadi bangkai Parti ke ai ni betul betul bernafas atas fitnah je Baca tweet Pemuda PAS Malaysia ni Pertama dia tuduh Nik Elin cabar undang undang syariah Kedua dia tuduh telah berjaya di Selangor Aku nak tahu ju...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan