Majlis Tindakan Ekonomi Ditubuhkan Bukan Kerana Pm Tidak Puas Hati



SEPANG - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi disebabkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan prestasi menteri-menteri Kabinet.

Beliau berkata, penubuhan majlis itu, yang terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing serta reputasi yang baik dalam masyarakat, diperlukan untuk memberi input yang berguna kepada kerajaan.

Loading...
“Sudah tentu, input mereka amat penting untuk kita perhalusi dan kita akan membuat keputusan secara bersama kerana tindakan yang akan diambil itu akan memberi kesan positif kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan sewa khas untuk Haji dan Umrah, Amal oleh Malaysia Airlines di sini hari ini.

Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menulis dalam blog beliau, The Scribe, bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi oleh Dr Mahathir mempunyai maksud tersirat apabila Perdana Menteri merasakan Kabinet tidak memadai untuk menangani isu-isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.

Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan penubuhan majlis itu yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Matlamat utama majlis yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Antara tokoh yang menganggotai majlis itu ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perbankan, Tan Sri Tay Ah Lek.

Mohamed Azmin, yang turut menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi itu berkata : "Kita dalam Pakatan Harapan bergerak dan bertindak secara kolektif dan keputusan Jemaah Menteri juga dibuat secara kolektif, sebab itu dibuat majlis ini."
Beliau berkata, majlis itu bersifat ‘action oriented’ dan fokus utamanya menangani masalah sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Kita mempunyai polisi jangka sederhana dan panjang tetapi yang lebih penting adalah pelaksanaannya yang dapat menghasilkan kesan yang positif.

”Majlis ini akan melihat apakah pendekatan-pendekatan segera dan jangka sederhana untuk menangani masalah ini," katanya.

Mohamed Azmin berkata, mesyuarat pertama majlis itu akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan isu-isu yang dibincang adalah isu yang mendesak untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Mengenai hasrat AirAsia untuk membina sendiri lapangan terbang untuk syarikat itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan perlu meneliti secara mendalam mengenai perkara itu terutamanya dari segi permintaan daripada industri yang juga melibatkan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa lain. 

- Bernama
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/majlis-tindakan-ekonomi-ditubuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Tindakan Ekonomi Bukti Kerajaan Ph Pincang Urus Negara

Majlis Tindakan Ekonomi Bukti Kerajaan Ph Pincang Urus Negara

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR 12 Feb 8211 Jabatan Komunikasi Strategik UMNO sekata dengan penulisan Penasihat Media Kerajaan Datuk A Kadir Jasin bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi mencerminkan kekurangan dalam tadbir urus ekonomi negara Dalam hal ini
Kegagalan Kabinet Memaksa Tun M Menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi

Kegagalan Kabinet Memaksa Tun M Menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 365 hits
LANGKAH Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi mempunyai matlamat tersurat dan tersirat Yang tersurat adalah Dr Mahathir memerlukan sebuah badan khas bagi meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal hal ...
Pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi Tidak Menzahirkan Golongan Yang Sebenar Asyraf Wajdi

Pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi Tidak Menzahirkan Golongan Yang Sebenar Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR 13 Feb Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi melihat pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi tidak menzahirkan anggota yang mewakili kelompok dan kumpulan sasaran yang sebenar seandainya matlamat penubuhannya adalah melibatkan ko...
Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi Tunjuk Kegagalan Kabinet Kata Penasihat Media Pm

Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi Tunjuk Kegagalan Kabinet Kata Penasihat Media Pm

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 406 hits
FMT Reporters February 12 2019 nbsp nbsp Kadir Jasin berkata media sosial yang membantu kemenangan PH pada pilihan raya umum ke 14 tahun lalu boleh menjatuhkan gabungan itu jika anggota Kabinet tidak memperbaiki prestasi mereka Gambar
Anwar Rafizi Tersisih Senarai 15 Anggota Majlis Tindakan Ekonomi

Anwar Rafizi Tersisih Senarai 15 Anggota Majlis Tindakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 418 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat Matlamat utama majlis tersebut yang dipe...
Mengapa Nama Tpm Dan Anwar Sebagai Bakal Pm Dicicirkan Dalam Majlis Tindakan Ekonomi

Mengapa Nama Tpm Dan Anwar Sebagai Bakal Pm Dicicirkan Dalam Majlis Tindakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 506 hits
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak...
Majlis Tindakan Ekonomi Vs Prestasi Menteri

Majlis Tindakan Ekonomi Vs Prestasi Menteri

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 441 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Kalau PM selalu dengan r...
Tangani Kos Sara Hidup Tapi Majlis Tindakan Ekonomi Ketepikan Dua Menteri Penting

Tangani Kos Sara Hidup Tapi Majlis Tindakan Ekonomi Ketepikan Dua Menteri Penting

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 338 hits
nbsp KUALA LUMPUR 13 Feb Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi melihat pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi tidak menzahirkan anggota yang mewakili kelompok dan kumpulan sasaran yang sebenar seandainya matlamat penubuhannya adalah melibatk...
Putrajaya Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

Putrajaya Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 405 hits
Putrajaya tubuh Majlis Tindakan Ekonomi nbsp Dikemas kini 22 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Feb 2019 7 40PM mid
Murtabak Kulit Popia

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As