Majlis Tilawah Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 1444 H


Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H / 2023 M akan berlangsung selama enam hari bermula pada 11 hingga 16 Jun 2023 bersamaan 22 hingga 27 Zulkaedah 1444H (Ahad hingga Jumaat) di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.
Orang ramai dijemput hadir menyaksikan dan memeriahkan MTHQK 2023 di Dewan PICCA bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang acara gilang-gemilang ini.
Pengenalan Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H Negeri Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula pada 11 hingga 16 Jun 2023 bersamaan 22 hingga 27 Zulkaedah 1444H (Ahad hingga Jumaat).  Majlis akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang. 
Seperti yang semua maklum, MTHQK adalah program tahunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dianjurkan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri.  Penganjuran MTHQK pada tahun dibuat bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Perasmian MTHQK 2023 akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Jun 2023 (Ahad) jam 8.55 malam di Dewan Utama PICCA. Manakala Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah pula akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 16 Jun 2023 (Jumaat), 8.00 malam di tempat yang sama.
Kategori Penyertaan & Hadiah MTHQK 2023 dijangka akan melibatkan penyertaan seramai 112 peserta daripada seluruh negeri.   
Secara umumnya, setiap negeri diwakili oleh lapan (8) peserta iaitu dua (2) peserta dalam pertandingan Tilawah Al-Quran manakala enam (6) peserta dalam pertandingan Hafazan Al-Quran. 
Penglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah perserta Tilawah adalah seramai 29 orang; iaitu 14 orang Qari dan 14 orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari.
Hafazan pula bakal menyaksikan seramai 80 orang perserta, dengan para huffaz lelaki dan wanita akan bertanding dalam 3 kategori seperti berikut iaitu:
Kategori Pertama = 10 Juzuk (14 lelaki dan 13 wanita) Kategori Kedua = 20 Juzuk (14 lelaki dan 14 wanita) Kategori Ketiga = 30 Juzuk (13 lelaki dan 12 wanita) Kesemua peserta berumur di antara 10 hingga 25 tahun.
Johan peserta Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun ini akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan diadakan pada 20 hingga 26 Ogos  2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Hadiah wang tunai RM20,000.00 kepada johan tilawah dan johan hafazan 30 juzuk. Kadar baru bermula tahun 2023. Pada tahun 2022 johan mendapat RM15,000.00 Terdapat beberapa orang peserta muda yang akan bertanding: BilNegeriNamaKategoriUmur1KelantanPutri Auni Khadijah binti Mohd Hanif30 juzuk15 tahun 11 bulan2SelangorWan Busyra binti Wan Mohamad Noor30 juzuk15 tahun 9 bulan3SabahFadhil bin Sabran30 Juzuk15 tahun 4 bulan4PerakNur Hamizah binti Mohammad Shafawi20 juzuk15 tahun 5 bulan5KelantanWiedaad binti Izzaddiin10 juzuk10 tahun 11 bulan6JohorSiti Hawa Zulaikha binti Akmal10 juzuk14 tahun 4 bulan7TerengganuMuhammad Amenullah bin Ab. Rahman10 juzuk14 tahun 1 bulan Terdapat peserta OKU BilNegeriNamaKategoriUmurJenis OKU1.SabahMuhammad Iman Izzuddin bin Jamaludin20 juzuk22 tahunPenglihatan2.KelantanQayyim Nizar bin SarimiTilawah24 tahun 8 bulanPenglihatan Bekas johan Qari MTHQK 2017, Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad mewakili Wilayah Persekutuan pada tahun ini merupakan peserta yang paling berusia iaitu 51 tahun 2 bulan. Johan Menunggu Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 di Johor mempertahankan gelaran pada tahun ini. Aiman bin Ridhwan. Penjurian Seramai 32 hakim terlibat iaitu 17 orang untuk menilai bacaan para peserta Tilawah.  Manakala para huffaz pula akan dinilai oleh 15 hakim.  
Jemaah hakim akan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. 
Aspek-aspek bacaan yang akan dinilai oleh para hakim ini ialah kelancaran bacaan (fasohah), hukum tajwid, suara, persembahan dan tarannum. 
Penganjuran & Format Pertandingan Penganjuran MTHQK oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri setiap tahun merupakan satu manifestasi komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkasakan syiar Islam di negara ini. 
Penganjuran MTHQK bermatlamat melahirkan generasi qurani di Malaysia yang memahami intipati Kitab Suci ini untuk diaplikasikan dalam amalan kehidupan seharian.  Pembinaan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani ummah yang berpandukan kitab suci Al-Quran membawa kepada pembinaan generasi Al-Falah yang merupakan elemen penting dalam membangunkan kegemilangan tamadun ummah yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri menerusi landasan aspirasi ‘Membangun Malaysia Madani’. 
Penganjuran MTHQK tahun ini adalah kali yang ke-65 semenjak pertama kali dianjurkan pada 1960. Dengan sejarah yang panjang ini, JAKIM komited untuk memastikan MTHQK kekal relevan dan segar bagi menarik minat semua golongan masyarakat Islam Malaysia. 
Dalam hal ini, JAKIM akan terus memastikan prestij dan kualiti penganjuran MTHQK sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perubahan dan kehendak semasa.  Semenjak tahun 2020, penganjuran MTHQK telahpun menggunapakai teknologi-teknologi terkini untuk melancarkan pengurusan MTHQK serta memberikan lebih daya tarikan kepada acara ini. 
Beberapa penambahbaikkan dalam format pertandingan juga akan dilaksanakan dalam MTHQK 2023 untuk memberikan lebih cabaran kepada para peserta yang bertanding.  Antaranya dengan mewajibkan peserta Tilawah membaca dua (2) lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.  Untuk peserta Hafazan pula mereka diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa 2 minit. 
Jadual Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H Tarikh : 11 Jun 2023 (Ahad) hingga 16 Jun 2023 (Jumaat) Tempat : Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.  Sesi hafazan akan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala sesi Tilawah pula bermula jam 8.45 malam. Siaran Langsung [LIVE STREAMING] Saksikan secara langsung Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 di saluran berikut:
TV1 RTM : https://rtmklik.rtm.gov.my/ TV Al-Hijrah : https://www.tvalhijrah.com/ Radio-radio milik RTM Radio IKIM FM Media sosial rasmi : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Sumber asal: https://www.islam.gov.my/
Baca juga:
Tarikh Hari Arafah 2023 / Waktu Wukuf Di Malaysia Piala MFL 2023: Senarai Pasukan, Jadual Perlawanan, Siaran Langsung Persaraan Pilihan – Garis Panduan Permohonan (2023)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/majlis-tilawah-hafazan-kebangsaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=majlis-tilawah-hafazan-kebangsaan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Pemenang Pertandingan Mewarna Peringkat Kebangsaan 2023

Senarai Pemenang Pertandingan Mewarna Peringkat Kebangsaan 2023

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 447 hits
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 Pihak pengurusan telah mendapat senarai penuh pemenang dari pihak juri pertandingan Seramai lebih dari 30 000 orang peserta yang menyertai pertandingan mewarna secara dalam tal...
Tema Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Tema Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 1075 hits
Tema Logo Hari Kebangsaan Merdeka Hari Malaysia 2023 Menteri Komunikasi Digital telah melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di KLCC pada 27 Mei 2023 Pelancaran juga diadakan serentak di Kuching Sarawak dan Kota Ki...
Pemkab Banyuwangi Raih E Purchasing Awards Jatim 2023

Pemkab Banyuwangi Raih E Purchasing Awards Jatim 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 162 hits
Kabupaten Banyuwangi menyabet penghargaan E Purchasing Awards 2023 dari Pemprov Jawa Timur Kabupaten Banyuwangi meraih peringkat kedua kabupaten kota se Jatim dengan transaksi terbanyak dalam pemanfaatan pengadaan barang jasa melalui e kata...
Siinurul Com Blog Performance April 2023

Siinurul Com Blog Performance April 2023

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 389 hits
AssalamualaikumBismillahAlhamdulillah ala kulli haal Prestasi blog untuk bulan April menunjukkan penurunan yang ketara sekali dari segi web clicks impressions dan pages with first impressions berbanding bulan Mac lalu Apa yang aku dapat per...
Tarikh Jadual Bayaran Bulanan Bantuan Jkm 2023

Tarikh Jadual Bayaran Bulanan Bantuan Jkm 2023

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 367 hits
JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2023 Bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar ya...
Semakan Mykid Jpn 2023 Status Permohonan Online

Semakan Mykid Jpn 2023 Status Permohonan Online

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 566 hits
Dah buat semakan MyKid Dengar kata ramai yang masih belum dapat ambil di JPN walaupun dah lama hantar permohonan Ini kerana terdapat kelewatan dalam memperolehi MyKid bagi bayi yang baru lahir Berikut dikongsikan info terkini tentang permoh...
Guardian Fun Run 2023 Kini Kembali

Guardian Fun Run 2023 Kini Kembali

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 480 hits
Hi Korang Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan Angela Teo Ketua Pemasaran Guardian Health and...
Promo Jun 2023 Suplemen Untuk Ayah Lelaki 40an 50an Remaja

Promo Jun 2023 Suplemen Untuk Ayah Lelaki 40an 50an Remaja

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 266 hits
Promo Jun 2023 Suplemen Untuk Ayah Lelaki 40an 50an RemajaPromo Jun 2023 Suplemen Untuk Ayah Lelaki 40an 50an Remaja Seorang lelaki bernama bapa bekerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk mencari rezeki nafkah dan memberi pendi...
Jun 2023

Jun 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 263 hits
JUN 2023 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi SELAMAT TINGGAL MEI Alhamdulillah Selesai lagi 31 hari dibulan Mei Tentu sahaja tidak kosong ada saja kisah dan warna warni sepanjang Mei yang lep...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang