Majlis Rumah Terbuka Pada 18 Oktober 09 Updates Fuhh Penatnyer Hehehe
Hye semua, semalam adalah majlis rumah terbuka di rumah saya. Ramai juga tetamu.. Sampaikan tak sempat nak melayan semua.. Jika ada yang berkecil hati tu, harap faham dengan keadaan kami.. Para jemputan di hidangkan dengan pelbagai hidangan.. Semuanya 'self service'.. Hehehe.. Tak larat nak cerita.. Tengok lah pic dibawah nih..
Kepada semua yang hadir.. Terima Kasih banyak2 dari kami sekeluarga..
.pelbagai juadah
.diantara saudara mara yang hadir.
Gambar diatas dan dibawah ni adalah diantara saudara mara yang hadir.. Kami telah mengadakan jamuan bermula jam 12 tengahari, tetamu yang first sampai adalah kak nyah dan anaknya Aizat dan Kak imah.. Saya telah menganggarkan kawan2 sampai jam 12pm, ternyata mereka lewat.. Malayalam punya org.. Hahaha.. Mak saya pula jemput para saudara mara jam 3pm dan mereka datang jam 3pm.... So, bermakna saudara mara saya adalah punctual.. Hehehe.. Keluarga Pakcik Rahman (Abg mak saya) telah hadir bersama anak2nya.. Abu Syakireen, Samir Haziq dan Siti Syamim.. Keluarga Mek Teh (Adik mak saya) pula bersama keluarga dier.. Dan ramai lagi.
.adik aizat dan pic saudar mara yang hadir
.saudara islam
Lepas tu jiran dari rumah lama kita org pun datang.. Fuh.. Sebelum mak aku lahirkan aku lagi mereka dah rapat dengan mak aku.. Mengetahui semua liku2 kehidupan kami sekeluarga.. Sekarang ni aku dah anggap mereka seperti saudara mara aku juga.. Makcin Mezon, Pakcik Hashim dan anak2 mereka itulah jiran aku.. Mereka baik sangat, masa tu mereka lah yang melihat saya membesar.. Walaupun kami dah berpindah selama 12 tahun, mereka masih lagi rapat dengan kami sekeluarga. Alhamdulillah..
.rakan-rakan dari office, college dan ehem-ehem
Hehehe.. Ni je gambar yang dapat ditangkap.. Terlalu sibuk.. Hehehe.. Pic yang lelain takda ler.., jangan merajuk yer.. :-)
.kakak sedara, abg sedara and adik saudara yang gila2
Ni pula pic bersama kakak and abg sedara yang sporting.. Ada je nak diusik.. Hehehe.. Ayem, An, Kak Syima, Mak, Qistina, Angah, Siti dan Saya ler.. Hehehe.. Siti asik ketawa ajer.. Hehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2009/10/majlis-rumah-terbuka-pada-18-oktober-09.html