Majlis Raja Raja Berhak Nasihat Isu Lantikan Jawatan Penting



(Ismaweb) – Hak Majlis Raja-Raja untuk memberi nasihat berhubung lantikan jawatan penting jarang sekali dibicarakan – meskipun dinyatakan dalam Perlembagaan.
Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, kuasa dan peranan institusi beraja – terutama Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja – pada peringkat Persekutuan berkaitan lantikan jawatan penting negara, dinyatakan dalam pelbagai peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Jelasnya, kuasa dan peranan ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan atas ketegasan Raja yang menyampaikan hasrat dan kemahuan baginda semua, ketika proses gubalan Perlembagaan Persekutuan sekitar 1956 hingga 1957.
Pada peringkat gubalan Perlembagaan Persekutuan, terma lantikan Suruhanjaya Perlembagaan atau Suruhanjaya Reid, yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja, antara lain menyatakan supaya suruhanjaya berkenaan membuat cadangan untuk peruntukan Perlembagaan menjamin kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja Melayu.
“Selepas mencapai kemerdekaan, perwakilan dalam Parlimen dipilih secara total menerusi pilihan raya, maka parameter Raja Berperlembagaan perlu ditetapkan dalam Perlembagaan merdeka 1957.
“Raja pada ketika itu menjangkakan kuasa Perlembagaan lebih besar daripada yang ada pada pandangan Parti Perikatan dan Suruhanjaya Reid sendiri.
“Raja memberikan tentangan bersungguh-sungguh terhadap usaha mengurangkan kuasa baginda. Selepas bersusah payah menegaskan kuasa baginda, pada peringkat Jawatankuasa Kerja, Raja berjaya menegaskan kuasa lebih besar dan fungsi lebih penting berbanding cadangan atau draf dibuat Suruhanjaya Reid,” katanya.
Menulis di Berita Harian hari ini, Prof Shamrahayu berkata, antara berjaya dipertahankan Raja dalam hal ehwal pentadbiran negara ialah berkenaan lantikan hakim Mahkamah Agung.
Selain itu, lantikan pengerusi suruhanjaya penting seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
Menyingkap lagi sejarah, beliau berkata, ketika itu Suruhanjaya Reid dan wakil Parti Perikatan berpandangan pembabitan Raja dalam pelantikan ini menjadikan Raja terbabit dalam politik dan ini tidak dipersetujui Suruhanjaya Reid dan juga Parti Perikatan.
“Namun, atas ketegasan Raja, Jawatankuasa Kerja membuat pindaan pada Bahagian IV draf atau cadangan Perlembagaan disediakan Suruhanjaya Reid. Pindaan itu membuat peruntukan khusus mengenai Majlis Raja-Raja dalam Perkara 38.
“Jawatankuasa Kerja juga bersetuju bahawa Perkara 38, hendaklah memperuntukkan supaya Majlis Raja-Raja hendaklah dibentuk dan dirundingi secara rasmi dalam pelantikan keahlian penting suruhanjaya, seperti SPR dan SPP, serta pelantikan hakim di Mahkamah Agung.
“Ini kejayaan Raja ketika gubalan Perlembagaan berkenaan dan kini, perkara ini dinyatakan dalam Perkara 38(6)(b) bahawa Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara untuk memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan,” katanya.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu bagaimanapun berkata, jika diperhatikan jarang sekali dibicarakan mengenai hak Majlis Raja-Raja untuk memberikan nasihat mengenai lantikan jawatan penting.
“Apa yang sering kedengaran ialah Raja semuanya bertindak atas nasihat.
“Namun, sekiranya diperhati dengan mendalam sejarah dan juga peruntukan Perlembagaan Persekutuan, hak Majlis Raja-Raja juga hendaklah diperjelaskan kepada khalayak.
“…supaya konsep Raja Berperlembagaan kita difahami dan diamalkan menurut hasrat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang dihasilkan dengan perkenan Raja juga,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/05/08/majlis-raja-raja-berhak-nasihat-isu-lantikan-jawatan-penting/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uai Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

Uai Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 170 hits
NASUHA RAHMANRakyat sekarang cukup emosi bila mana terdapat pihak melakukan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan terutama mereka dalam kalangan orang ternama atau selebriti Apatah lagi ketika ini rakyat tidak dibenarkan merentas...
Datuk K Ini Kawan Saya Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik

Datuk K Ini Kawan Saya Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 288 hits
Sebentar tadi Dato Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik satu kenyataan media berhubung isu viral majlis tahnik anak lelakinya yang dianjurkan baru baru ini Menurut Tok Ti isu dakwaan tersebut berlaku apabila mereka mengundang seorang pendak...
Hiburan Takkan Itu Jadi Satu Kesalahan Awie Tampil Beri Komen Isu Langgar Sop Di Majlis Bersama Peminat

Hiburan Takkan Itu Jadi Satu Kesalahan Awie Tampil Beri Komen Isu Langgar Sop Di Majlis Bersama Peminat

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 200 hits
Hanya berniat untuk berbuat baik kepada mereka yang tidak berkemampuan penyanyi Awie tampil memberikan komen susulan daripada tularnya video dia telah melanggar prosedur operasi standard di sebuah majlis amal Awie 53 yang ditemui media berk...
Hiburan Kau Dah Kenapa Michael Ang Berang Dengan Isu Guru Buat Lawak Seksual

Hiburan Kau Dah Kenapa Michael Ang Berang Dengan Isu Guru Buat Lawak Seksual

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 166 hits
Michael Ang berang selepas mendapat tahu seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah didakwa membuat gurauan yang melampui batas seperti menggalakkan pelajarnya melalukan perbuatan yang tidak sepatutnya Pengarah dan penerbit terkenal ...
Pakar Sejarah Tempelak Dong Jiao Zong Asyik Timbulkan Isu Perkauman

Pakar Sejarah Tempelak Dong Jiao Zong Asyik Timbulkan Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 205 hits
Tindakan Dong Zong dan Jiao Zong mempertikaikan isu kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah jelas membuktikan pertubuhan itu tidak mahu menerima sejarah Malaysia Bahkan tindakan pertubukan radikal itu menggesa Kementeria...
Sabah Tubuh Jawatankuasa Teknikal Tangani Isu Pendatang Tanpa Izin

Sabah Tubuh Jawatankuasa Teknikal Tangani Isu Pendatang Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 225 hits
Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Di Sabah yang diadakan secara dalam talian di pejabatnya hari ini KOTA KINABALU Sabah akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi meny...
Pendidikan Seks Guru Harus Faham Isu Kementerian Harus Kaji Kaedah Mengajar

Pendidikan Seks Guru Harus Faham Isu Kementerian Harus Kaji Kaedah Mengajar

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 193 hits
Ungkapan melampau memalukan atau mengganggu emosi tidak wajar digunakan dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan di sekolah Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Zaliha Mustafa pengajaran mata pelajaran PJK seharusny...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders

Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord