Cawangan Kedua Arrahnukita Dilancarkan Secara Rasmi Di Bangi Selangor
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahniah diucapkan buat KOPETRO atas perasmian cawangan ArRahnuKita di Bangi yang diadakan dalam majlis yang meriah pada 12 Mei 2023 yang lalu. Cawangan kali ini yang terletak di Bangi pastinya sangat strategik dan memberikan peluang buat mereka yang berada sekitar Bangi untuk menggunakan perkhidmatan pajak gadai patuh syariah itu
TAHNIAH! KOPETRO RASMI CAWANGAN ARRAHNUKITA DI BANGI
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengembangkan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai milik mereka, ArRahnuKita dengan merasmikan cawangan terbaharu yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Untuk pengetahuan anda, cawangan ini mula beroperasi sejak 28 Februari yang lalu dan ArRahnuKita Bangi ini merupakan cawangan kedua perkhidmatan pajak gadai patuh syariah milik koperasi itu
Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, kejayaan membuka cawangan kedua ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan
"Setelah tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita tahun lalu, Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini,”
ujar beliau dalam ucapannya di Majlis Perasmian ArRahnuKita Bangi
“Masyarakat kini lebih peka dan menyedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan,”
tambah Roslan
Antara yang turut hadir pada majlis perasmian ini adalah Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO ini
Untuk perancangan akan datang, ArRahnuKita bercadang membuka empat lagi cawangan dan sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk mengembangkan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai itu.
Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnuKita;
"Selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnuKita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini."
Tambahnya, pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai
SKIM PAJAK GADAI EMAS BERLANDASKAN SYARIAH ISLAM
ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah Islam di mana cawangan pertama perkhidmatan itu beroperasi sejak tahun 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi
Pembiayaan Ar-Rahnu adalah produk pembiayaan yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. Pembiayaan yang dijalankan ArRahnuKita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama.
ArRahnukita juga mampu memberi persepsi yang positif terhadap masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan dan menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin. ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima
PELUANG BUAT PELANGGAN ARRAHNUKITA
Menarik buat pelanggan, ArRahnukita menawarkan peluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila pelanggan mencagar emas di ArRahnuKita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023. 100 orang bertuah bakal memenangi cabutan bertuah ini di mana pemenang bakal diumumkan secara bulanan bermula Julai ini.
ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul
Untuk promosi terkini dan kadar emas terkini daripada ArRahnukita, layari www.arrahnukita.com.my atau ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram atau hubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 (Sungai Besi) dan +603-89204518 (Bangi) untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/05/arrahnukita-bangi-kopetro.html