Majlis Lambat Lagilah Awak Respon Mira Filzah Memberi Seribu Makna Buat Peminat Peminat
Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau merupakan alumni SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di samping berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS. Antara drama yang terkenal lakonan beliau adalah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016).
Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, sebelum beralih kepada bidang lakonan. Drama televisyen pertamanya merupakan Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas ‘senyap’ dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa, Mira Filzah tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.
Terbaru, Respon Mira Filzah pada satu status memberi seribu makna buat peminat. Penantian peminat peminat untuk melihat artis kegemaran mereka disatukan atas pelamin sentiasa menjadi tanda tanya.
Saban hari, promosi akaun Instagram yang memperkenalan servis serta perniagaan semakin menjadi trend di kalangan pengguna laman sosial.
Wujud pelbagai akaun laman sosial yang mengiklankan produk keluaran mereka dan ia sering meninggalkan komen di akaun Instagram milik artis dan selebriti.
Terbaru, pelakon drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan, Mira Filzah pula menjadi mangsa iklan di laman Instagram.
Menerusi ruangan komen salah satu entri yang dimuat naik oleh Mira, pelakon itu didekati oleh sebuah akaun Instagram yang menjual ‘doorgift’ untuk majlis perkahwinan.
“Morning Mira. Majlis dah dekat? 1001 sweet doorgift at very affordable price,” tulis akaun terbabit.
Jika sesetengah artis gemar menyekat atau tidak mengendahkan komen akaun berbentuk bisnes itu, lain pula ceritanya dengan Mira.
“Majlis lambat lagilah awak,” jawab Mira dengan selamba.
Rata-rata peminat Mira terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh aktres ini.
Menerusi sedutan detik manis yang pernah Zizan Razak balas buat Mira Filzah :
Menerusi foto itu menunjukkan Fikry dan Mira sedang bersanding ketika menjayakan drama Rahsia Hati Perempuan.
“Zizan Razak pinjam sat na,” tulis Fikry.
Entri itu telah dibalas oleh Zizan yang meminta supaya Fikry menjaga Mira dengan baik.
“Hang jangan kasi dia nangis ja. Kalau dia nangis lagi siap hang,” komen Zizan.
Sebelum ini, Zizan dan Mira telah dikaitkan dan didakwa sedang bercinta, namun masing-masing hanya memberutahu mereka sekadar berkawan.
Rahsia Hati Perempuan yang ditayangkan di Slot Megadrama Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Selain Fikry dan Mira ia turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Eina Azman, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.
Dikesempatan ini, min rimbabara doakan agar semua nya peroleh berkat daripada Yang Maha Kaya dan seandainya Mira & Zizan bercinta, semoga Allah permudahkan segala urusan. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.
Sumber : gempak
The post “Majlis Lambat Lagilah Awak” – Respon Mira Filzah Memberi Seribu Makna Buat Peminat Peminat appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/25/majlis-lambat-lagilah-awak-respon-mira-filzah-memberi-seribu-makna-buat-peminat-peminat/