Majlis Farewell Puan Zaiton
Assalammualaikum
Sejak 5 bulan berada di tempat baru ni, macam-macam suka duka yang dah Keknil lalui. Antara peristiwa duka adalah bila bos Keknil bertukar ke tempat lain. Walaupun masih baru lagi kat tempat baru ni, tapi sebab Keknil pun jenis selalu juga mengadap dia, jadi terasa juga kehilangannya.
So, oleh kerana pertukaran beliau tak dapat ditangguhkan jadi majlis farewell ni pun boleh dikatakan bidan terjun juga la. Tapi mujurlah team farewell sangat efisyen dan akhirnya berlangsunglah majlis farewell ini di Indus Kafe, Putrajaya.
Since semua macam dah pakat-pakat nak suruh pakai baju biru, ni kira macam baju korporat bahagian la.. Keknil memang takde la baju ni. Hahahah.. makanya ko pakai je baju biru yang hado.. Janji biru kekdahnya.. ^_^
Indus Kafe ni agak luas juga. Ada ruangan luar dan dalam. Jadi untuk event ni, kami booking tempat di ruang dalam cafe. Tapi kalau duduk luar boleh juga santai-santai atau nak fefeeling romantik-romantik kan. Kitorang ni siap nak setup projektor bagai, makanya.. kita pilih di ruang dalam. Lebih selesa dan of course berhawa dingin
ruang masuk Indus Kafe
ruang luar kafe
ruang dalam kafe
drink counter
ye.. nak order apa
hiasan dalaman
desserts tapi bayar lain tau
Makanan yang dihidangkan boleh tahan juga la. Walaupun tak berapa banyak pilihan tapi berbaloi la juga dengan harga yang kami bayar. Jom tengok menu yang hado
side dishes
dessert
dessert
drinks
bubur
masakan ayam
asam pedas ikan dori
sayur goreng
kobis masak lemak
salad
ayam panggang
spaghetti aglio olio
chef sedang beraksi
Makanan dia memang sedap la juga. Yang pasti aglio olio dia sedap gile.. Tapi Keknil makan sepiring je sebab nak makan menda lain jugak. Kahkahkah.
Berbalik kepada cerita farewell tadi. Boleh dikatakan semua orang datang la. Ada la 2-3 orang yang tak dapat datang sebab urusan keluarga. Tapi takpe la.. Sebab bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni kan.. Tak
team meja hujung
Lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari macam tu, Puan Zaiton pun sampai jadi memang tak boleh nak buang masa sebab hari Jumaat kan.. So memang terus start majlis. En Safuan jadi emcee majlis dan teruslah memulakan acara. Macam biasa ada ucapan dan persembahan montaj. Selesai semua, apalagi.. baca doa.. dan makan la.. ^_^
ucapan alu-aluan
fokus fokus
senyum sokmo.. tapi dalam hati siapa tau
baca doa dulu
ucapan.. kena stop sebelum nangis
kesayangan bos ni
semua fokus dengar amanat terakhir
tak tau la apa yang kelakar
tapi akhirnya..ada yang tewas
persembahan montaj
Kalau makan tak yah cakap la.. semua laju je sebab memasing dah simpan perut dari pagi.. Hahaha..
makan makan
posing dulu
nyumm
ni paling eksaited jumpa makanan
ni tak pandang kiri kanan dah
sambil posing sambil amik makanan
posing sebelum ngapp
Semoga puan sentiasa sukses dan dapat menyesuaikan diri kat tempat baru. Walaupun baru 5 bulan dapat bekerjasama.. tapi banyak juga pengalaman yang Keknil dapat. Bila kerja macam ni, macam tu la.. Masuk kandang lembu, menguak.. masuk kandang kambing mengembek. Begitulah kita. ^_^
Bos lama, bos baru
Good luck, Puan
till then, tatababai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anilwanina.com/2019/03/majlis-farewell-puan-zaiton.html