Majlis Akad Nikah Dan Persandingan Nurul Dan Faris


Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Bonde nak simpan kenangan Majlis Pernikahan dan Persandingan anak buah Nurul Khatijah atau nama manjanya Yun dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Faris berasal dari Pulau Pinang.  Majlis ini berlangsung 30 haribulan Jun yang lalu, Biasalah lama gambar nih duduk dalam draf entri dan malam ini baru berkesempatan Bonde nak kongsikan.Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris
Majlis Nikah telah diadakan di Masjid Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, pada hari sabtu dan Majlis bersanding telah diadakan di Dewan Terbuka Kampung Batu Laut, haaa dewan tepi pantai tau... 

Saat pernikahan adalah saat yang paling mendebarkan bagi pengantin perempuan tapi yang paling tak senang duduk adalah pengantin lelaki, mandi tak basah, tidur tak lena, makan pun tak lalu betul tak? siapa yang nampak steady jer time nak akad nikah memang tipu ler, nampak Pak Imam dah bedebar, nampak bakal Pak Mentua lagilah berdebar kan kan kan.  Tak ada yang penting doalah banyak-banyak moga majlis penikahan anda di permudahkan, Bonde dah lalui 17 tahun yang lalu semua rasa ada.  Yang penting persediaan.  Nikah kahwin bukan boleh anggap diri kita bidan terjun yea.. jauh sekali berfikiran tu!  Jadi untuk persedian Akad dan Nikah pengantin perempuan dan lelaki perlulah study sedikit sebanyak tentang perkara-pekara dibawah, Bonde rasa ada belajar bab Nikah Kahwin ni pada mata pelajaran agama islam tingkatan lima jadi jomlah sama-sama flashback Bab Nikah Kahwin.
Rukun Nikah1. Pengantin lelaki (Calon Suami)

2. Pengantin perempuan (Calon Isteri)

3. Adanya Wali

4. Dua orang saksi lelaki

5. Ijab dan Qabul (akad nikah)
Syarat-Syarat Sah Nikaha) Syarat-Syarat Bakal Suami1. Islam

2. Lelaki yang tertentu

3. Bukan mahram dengan bakal isteri

4. Bukan dalam ihram haji atau umrah

5. Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)

6. Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut

7. Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi

8. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.
b) Syarat-Syarat Bakal Isteri1. Islam

2. Bukan seorang khunsa

3. Perempuan yang tertentu

4. Tidak dalam keadaan idah

5. Bukan dalam ihram haji atau umrah

6. Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))

7. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami

8. Bukan isteri orang atau masih ada suami
Syarat Wali1. Adil

2. Islam

3. Baligh

4. Lelaki

5. Merdeka

6. Tidak fasik, kafir atau murtad

7. Bukan dalam ihram haji atau umrah

8. Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila

9. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

10. Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.Jenis-Jenis Wali1. Wali mujbir: 



Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
2. Wali aqrab: 
Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

3. Wali ab’ad: 
Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

4. Wali raja/hakim: 
Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat-Syarat Saksi1. Islam

2. Lelaki

3. Baligh

4. Berakal

5. Merdeka

6. Sekurang-kurangya dua orang

7. Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul

8. Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)

9. Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)

10. Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)Syarat-Syarat Ijab Dan QabulSyarat Ijab
1. Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat.


2. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah)
3. Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan
4. Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran

5. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
* Contoh lafaz ijab:
“Daku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”Syarat Qabul
1. Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab

2. Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan.
3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
4. Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang terbatas tempoh waktunya
5. Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
6. Menyebut nama bakal isteri
7. Tidak diselangi dengan perkataan lain.

* Contoh lafaz qabul (akan dilafazkan oleh bakal suami) :


i) “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”

ATAU
ii) “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) sebagai isteriku.”
sumber : shafiqolbu
Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris
Alhamdulilah Majlis Akad telah berlansung dengan lancar, tibalah masa untuk acara batal air sembahyang antara pengantin lelaki dan Pengantin Perempuan.

Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris

Sebaik selesai majlis akad nikah, diteruskan pula majlis bersanding... diiringi dengan penari cilik kebudayaan.
Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris


Majlis Akad Nikah Dan Persandingan  Nurul dan Faris

Gambar-Gambar dari kamera women yang di tempah khas untuk majlis bersanding dan outdoor





Family Photo Zairul Nizam dan RosmawatiMenu majlis :
Nasi minyak/Nasi putih
Kari Kambing
Kuah Dal Sayur
Ayam Masak Merah
Acar timun
Air sirap
Ulam-ulaman
Ikan Masin
Kuih Muih

Air Balang 4 jenis
Mata Kucing
Air Tea Bunga
Lemon bali
Kiwi


( disebabkan Kakak ipar meniaga dekat pasar malam menjual air balang jadi, dekat sini bonde dan suami ditugaskan menjaga air balang dengan abang Ngah, Kak Ngah laku keras tau air balang kami ha ha ha maklumlah percuma)


Kuih LemperKuih Lemper ni popular dekat kenduri kahwin orang jawa. ini juga adalah kuih kesukaan Bonde tau! pulit inti serunding kelapa macam... Ni Pak Uteh kami sponsor dari Banting.  Kalau nak oder boleh bagi tahu juga.
  
Sayur Pecal JawaSayur pecal jawa ni pun wajib ada kalau dekat kenduri kahwin orang jawa.  Kuah pecal ni Mak Kakak ipar buat sendiri memang power kuah dia sedap Bonde selalu oder time raya.  Kalau nak oder bagi tahu.


🌸 Pelamin Sanding Kath🏡 BatuLaut, Tg Sepat, Banting
💄 Makeupby @lola_carrero87 / Lola CarreroVisit my instagram 👇
www.instagram.com/saffaizalcreation_

👗 @gensgreatidea

📸@etikah photografi


~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bondezaidalifah.com/2019/10/majlis-akad-nikah-dan-persandingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri

Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1169 hits
Siapa tak teruja bila dapat jemputan untuk menghadiri sidang akhbar serta resepsi persandingan Aiman Hazeem yang dipanggil Ajim anakanda Bonda Rozita serta adik kepada abang kosmetik yang cukup kontroversi tak lain tak bukan Datuk Seri Alif...
Ltte Ceo Ahli Majlis Pbt Ditahan Di Melaka Di Bawah Sosma

Ltte Ceo Ahli Majlis Pbt Ditahan Di Melaka Di Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 465 hits
Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan seorang Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan negeri ditahan hari ini mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Penahanan kedua dua individu yang juga ahli ...
Kenal Di Facebook Akhirnya Tersalah Nikah Bapuk Dan Tomboi

Kenal Di Facebook Akhirnya Tersalah Nikah Bapuk Dan Tomboi

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 500 hits
Fadholi sebenarnya seoraang perempuan Pasangannya Ayu disebut cantik sebenarnya seorang lelaki Mereka terpaut dengan kecantikan pasangannya semasa tatapan pertamanya di facebook Kisah cinta Fadholi dan Ayu Kisah cinta Fadholi dan Ayu Puji A...
Mengulik Plus Minus Intimate Wedding Dan Nikah Murah Masa Suka Dikatain Hamil Duluan

Mengulik Plus Minus Intimate Wedding Dan Nikah Murah Masa Suka Dikatain Hamil Duluan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 288 hits
Padahal niatnya murni ingin have fun sama yang terdekat plus ingin berhemat tapi ya jadi harus nebalin kuping juga karena kemungkinan besar bakal dituduh macam macam Hedeh
Jokowi Teken Uu Perkawinan Pasangan Belum Usia 19 Tahun Dilarang Nikah

Jokowi Teken Uu Perkawinan Pasangan Belum Usia 19 Tahun Dilarang Nikah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 214 hits
Presiden Joko Widodo meneken UU Nomor 16 Tahun 2019 tentang Perubahan UU Nomor 1 Tahun 1974 tentang UU Perkawinan Alhasil pasangan yang belum berusia 19 tahun kini tidak bisa menikah Agar setiap orang mengetahuinya memerintahkan pengundanga...
Istri Berubah Setelah 3 Tahun Nikah Anak Kandung Dicekoki Air Galon Tewas Suami Umbar Tabiatnya

Istri Berubah Setelah 3 Tahun Nikah Anak Kandung Dicekoki Air Galon Tewas Suami Umbar Tabiatnya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 316 hits
Seorang istri berinisial NP berubah setelah 3 tahun menikah dengan suaminya bernama Bobi Lesmana Perubahan NP semakin hari semakin menjadi jadi hingga puncaknya sang anak tewas di tangan ibu kandungnya sendiri Mirisnya tewasnya anak ZNL yan...
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian

Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 414 hits
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian Kami sampai ke lokasi perasmian di Movie Animation Park Studios Ipoh Perak ngam ngam dalam jam 1 petang Ada masa yang cukup untuk meronda melihat persediaan tuan...
Pegawai Eksekutif Ahli Majlis Perbandaran Guru Antara 5 Ditahan

Pegawai Eksekutif Ahli Majlis Perbandaran Guru Antara 5 Ditahan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Pegawai eksekutif sebuah perbadanan adalah antara lima lelaki yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https w...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding