Majikan Tidak Suka Islam Tetapi Hatinya Baik Namun Bila Ini Terjadi Kisahhidup Viral


Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam.

Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar.

Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100. Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi.


Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali.

Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.

Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.

Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.

Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.

Satu hari, dia tanya, “awak tadah tangan tu kenapa?”

“Doa.” Balas saya.

“Doa apa?” Tanya dia.

“Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar.” Jawab saya.

“Awak pun doa untuk bisnes saya?” Dia seolah sinis.

“Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya.” Kata saya lagi.

Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.

Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia.

Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.

Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.

Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.

Satu hari, dia jumpa saya dan kata, “saya sudah percaya tentang doa awak.”

“Percaya bagaimana?” Tanya saya.

“Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai.” Kata dia.

Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita.

Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.

“Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah.”

Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.

Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.

Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.

Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.

sumber klik sini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.headbomb.net/2019/01/majikan-tidak-suka-islam-tetapi-hatinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 336 hits
Bagi penghidap asma selain bergantung kepada ubat ubatan seperti inhaler dan sebagainya menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan Ramai penghidap asma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alah...
Cadangan Nama Bayi Perempuan Islam Beserta Maksud Yang Baik

Cadangan Nama Bayi Perempuan Islam Beserta Maksud Yang Baik

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 374 hits
Original Content Bagi pasangan suami isteri yang baru mendapat baby girl semestinya menginginkan nama yang baik bagus islamik dan tidak kurang juga yang moden Nama yang dipilih bukan saja sedap disebut cantik dieja malahan perlu mempunyai m...
Kayveas Saya Suka Ramli Dia Orang Baik

Kayveas Saya Suka Ramli Dia Orang Baik

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 344 hits
MALAYSIAKINI PRK Cameron Bekas timbalan menteri M Kayveas memuji keputusan BN meletakkan Ramli Mohd Noor sebagai calon pilihan raya kecil Cameron Highlands pada 26 Jan Pemimpin MyPPP yang dipertikaikan itu berkata beliau mengenali bekas pen...
Perempuan Tewas Di Green Pramuka City Dikenal Baik Tapi Suka Marah Tak Jelas

Perempuan Tewas Di Green Pramuka City Dikenal Baik Tapi Suka Marah Tak Jelas

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 285 hits
Tukang parkir Apartemen Green Pramuka City ini kerap diminta memarkirkan kendaraan Setiap kali memakirkan kendaraan selalu mendapatkan imbalan
Berita Baik Kini Pelajar Islam Perempuan Boleh Free Hair Disekolah

Berita Baik Kini Pelajar Islam Perempuan Boleh Free Hair Disekolah

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1390 hits
ISLAM JENIS APA NI 1 Orang suruh anak perempuan kamu pakai tudung tutup aurat tapi cikgu dimarahinya pula 2 Katanya Islam bukan di kepala 3 Habis tu Islam di mana Di hati Macam mana Islam nak ada di hati kalau luaran pun dah terang terangan...
Agrobazaar Online Challenge 2019 Berita Baik Untuk Pelajar Ipt Yang Suka Berniaga

Agrobazaar Online Challenge 2019 Berita Baik Untuk Pelajar Ipt Yang Suka Berniaga

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 606 hits
Hi Korang Ni kak lily nak kongsikan kepada adik adik di universiti di luar sana ni Adik adik yang minat berniaga dan ingin mendapatkan pengalaman menjalankan perniagaan sendiri dan yang penting untuk menambahkan pendapatan korang patut sert...
Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Keliru Antara Perasaan Sekadar Kawan Atau Timbul Rasa Cinta Baca Ni

Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Keliru Antara Perasaan Sekadar Kawan Atau Timbul Rasa Cinta Baca Ni

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 780 hits
Jodoh Dengan Sahabat Baik Sendiri Mula Mula Memang Awkard Mengenal cinta platonik kekeliruan antara perasaan sekadar kawan atau sesungguhnya timbul rasa cinta di dalam jiwa Ada ketika cinta menimbulkan dilema yang tiada bernoktah ada masa c...
Pakar Saham 10 Saham Rosyam Lebih Baik Berbanding 100 Saham Niaga Hanya Kedai Runcit

Pakar Saham 10 Saham Rosyam Lebih Baik Berbanding 100 Saham Niaga Hanya Kedai Runcit

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 627 hits
kenapa saya kata Rosyam bijak macam jack ma sebab Jack Ma hanya ada 7 dalam pemilikkan saham Ali BabaTahu tak yang Billgates orang terkaya dunia cuma hanya ada 1 3 saham sahaja dalam Microsoft 1 saham Mcdonald kalau anda pegang bersamaan RM...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Gleneagles Follow Up

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States