Mail Totey The Movie Antara Unsur Didaktik Dan Komersialisme



Filem adalah pelakar sesuatu matlamat tersembunyi , pencerita zaman dan mesin propaganda yang menyihir akal manusia tanpa sedar . Juga menjadi alat propaganda dan wahana paling efektif untuk diselitkan sesuatu aspirasi dan agenda.

Besarnya pengaruh filem dan drama menyebabkan industri ini dikawal dan disaringtapis di negara tertentu. Filem juga satu dokumentasi tentang latar zaman, lihatlah bagaimana filem-filem Studio Jalan Ampas yang sangat berkesan mengambarkan sosio politik kaum Melayu dalam dekad 1950an dan 60an. Filem era itu terselit nuansa politik Shaw Brothers yang menunjangi fahaman Sosialisme ,namun tanpa sedar juga melibatkan rasa skeptikal dengan institusi beraja.

Filem-filem bersalut patriotisme di negara kita pula akan mendapat dokongan kerajaan seperti ' Bukit Kepong', ' Leftenan Adnan' , begitu juga di negara lain seperti kerajaan Libya yang membiayai filem ' The Lion of The Desert' yang menelan belanja puluhan juta USD. Filem sokongan dan dokongan kerajaan ini akan diulangtayang untuk menaikkan semangat patriotik rakyat dan tidak berorientasilan keuntungan

Secara umumnya dalam dunia kapitalisme dan konsumerisme , faktor untung rugi akan diambil kira dalam pembikinan sesuatu filem. Maka untuk menarik penonton , pihak produksi akan mengkaji trend semasa, memanipulasi wajah-wajah jelita dan kacak, postur badan yang bertampang atletis, runut dan juga lagu tertentu bagi memacu pesona sesebuah karya filem

Samada Jalan Ampas, Hollywood, Bollywood, K-Drama maka unsur ketampanan dan kejelitaan akan tetap ditangga pertama, selain bakat dan favoritisme . P.Ramlee dan Sarimah tidak lagi menjadi pelakon popular bila diusia 40an, Barry Prima , Yati Octavia, Meriam Bellina juga beransur dilupakan bila beranjak usia.

Pelakon dan pengkarya akan datang dan pergi dalam industri perfileman, tiada yang kekal maka sebab itu sangat subjektif untuk mengukur tahap kepiawaian bakat dan obsesi peminat.

Filem juga mampu menggarap naratif dan indoktrinisasi bagi mewujudkan " bogey" ,contohnya mewajahkan Islam agama terrorist, bukan sekadar berlaku dilahan Hollywood, Bollywood dan pelbagai negara, namun dalam industri filem Malaysia juga terjebak dalam naratif jelek menyudutkan Islam sebagai pemicu keganasan.

Dalam drama-drama Melayu, watak-watak antagonis bertudung labuh, berjubah dan memintal serban semenjak dekad 80an melatari drama dan filem Melayu. Filem "Fenomena" ," Jeneral Hambali", " Guru Yahya" dan puluhan yang lain adalah memualkan intelek.

Filem-filem dengan tema percintaan , aktor dan aktres yang sedang mengetop, bermodal besar, lumayan kontroversi dan publisiti biasanya akan menarik peminat untuk menonton dan membayar harga tiket. Lihat sahaja dalam sejarah industri filem negara kita , filem-filem pecah panggung dan menumpuk keuntungan.

Antaranya ' Munafik 2 ' ( 48 juta rm), " Hantu Kak Limah 3" ( 36 juta rm ), " PASKAL" ( 28.6 juta rm), " Munafik " ( 19.04 juta RM), " Ombak Rindu " ( 10 juta RM) dan lain-lain.

Kita mempunyai alasan yang munasabah untuk menghormati pengkarya muda seperti Syahmi Sazli yang telah memecahkan mitos industri perfileman negara ini. Filem ' Mail Totey The Movie' walaupun dengan barisan pelakon OKU seperti Asif, Yoe, Bedul, Yatin . Syahmi sebagai pelakon utama juga bukan daripada kategori pelakon kelas carta utama, namun keberaniannya menghasilkan filem dengan kos 400 ribu ini sangat menguja akal. Selama lapan hari ditayangkan , filem MTTM berjaya meraih sebanyak empat juta ringgit, jumlah yang besar dalam suasana suram akibat pandemik.

Anak Kelantan berbakat ini, asalnya mencuri perhatian di Youtube dengan filem spontan berdialek kelantan . Berjaya membimbing bakat-bakat baru yang berada dala kelas tersendiri, beliau lama membina reputasi dan pengaruh dikalangan anak muda medsos. Tujuh tahun lepas mula membuka saluran youtube , membuat video pendek yang sarat dengan unsur didaktik namun sangat menghiburkan penonton. Komedi santai dengan latarbudaya Kelantan itu juga kadang menggapai peminat sehingga ke Indonesia,Brunei dan Singapura, maka tak pelik jika Syahmi dipertahankan oleh pengikut setianya dimedsos apabila MTTM diperlecehkan.

Apa yang menarik juga, sesebuah filem boleh berjaya tanpa adegan sensasi, aktres menampakkan peha, adegan ranjang, sensate culture , kisah tragis percintaan dan bermodal tebal. Filem kita adalah wajah kita, MTTM telah membuktikan bahawa filem patuh Syariah juga boleh berjaya dan mempunyai khalayak penontonnya yang tersendiri. Ustaz Riduan Mohd Nor
AJK PAS Pusat
Penulis adalah Pengerusi LESTARI   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/mail-totey-movie-antara-unsur-didaktik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Movie Mael Totey The Movie Lakonan Syahmi Sazli Asif Suhaimi Yoe Parey

Movie Mael Totey The Movie Lakonan Syahmi Sazli Asif Suhaimi Yoe Parey

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 824 hits
Mael Totey The Movie merupakan sebuah filem Malaysia 2020 arahan youtuber Syahmi Sazli dibawakan daripada drama pendek Mael Totey yang pernah bersiaran selama lapan episod di saluran Youtube Dibintangi Syahmi bersama Asif Suhaimi dan Yoe Pa...
Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 673 hits
JUDUL MAEL TOTEY THE MOVIETARIKH TAYANGAN 22 Oktober 2020 SIARAN TV Astro First saluran 480PENGARAH Syahmi SazliPRODUKSI Syahmi Sazli ProductionPELAKON Syahmi Sazli Emaleen Minhad Aween Ismail Asif Suhaimi Yoe Parey Hushairi Hussain Daler Y...
Jom Saksikan Official Trailer Mael Totey The Movie Sebuah Filem Pertama Arahan Syahmi Sazli Tahun 2020

Jom Saksikan Official Trailer Mael Totey The Movie Sebuah Filem Pertama Arahan Syahmi Sazli Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 595 hits
Jom Saksikan Official Trailer Mael Totey The Movie sebuah filem pertama arahan Syahmi Sazli tahun 2020 Bakal menemui anda mulai 22 Oktober ini istimewa hanya di Astro First Saluran 480 Di Pawagam Rumah Anda
Mael Totey The Movie Kutip Hampir Rm700 Ribu Pada Hari Pertama

Mael Totey The Movie Kutip Hampir Rm700 Ribu Pada Hari Pertama

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 438 hits
Filem komedi Mael Totey The Movie memulakan langkah kanan pada tayangan hari pertamanya apabila berjaya mengutip hampir RM 700 ribu Pekara tersebut didedahkan Astro Shaw menerusi laman Instagram rasmi mereka https www instagram com p CGrGTs...
Ejen Ali The Movie Dan Alif Sofia Mendapat Pengiktirafan Di Asian Academy Creative Awards 2020

Ejen Ali The Movie Dan Alif Sofia Mendapat Pengiktirafan Di Asian Academy Creative Awards 2020

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 450 hits
Siaran Akhbar Ejen Ali The Movie dan Alif Sofia berjaya merangkul dua kemenangan di Asian Academy Creative Awards 2020 apabila diumumkan sebagai pemenang untuk mewakili Malaysia secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Asian Academy Aw...
The Malay Brotherhood

The Malay Brotherhood

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 405 hits
What s happened to the mouthpieces who used to declare that Our party is the only one which will protect the Malays and defend Islam Why have these loud boasts suddenly gone quiet Even more ironic is that today the Malays are more divided t...
Living In The 80s

Living In The 80s

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 388 hits
I grew up in Malaysia Regardless of the weather our dinner time was at 7 00 PM and bed time was 9 30 PMEating out at a restaurant was never a huge deal that only really happened when it was a birthday or a very special occasion There was no...
Michael Keaton Belum Mengesahkan Penglibatannya Dalam Filem The Flash

Michael Keaton Belum Mengesahkan Penglibatannya Dalam Filem The Flash

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 230 hits
Beberapa bulan yang lalu Vanity Fair telah melaporkan bahawa Michael Keaton bersedia untuk memainkan kembali peranan Batman dalam filem The Flash arahan Andy Muschietti Peminat menjadi teruja selepas diberitakan bahawa Batman versi Tim Burt...
Koleksi Mainan Happy Meal Limited Edition Minions The Rise Of Gru

Koleksi Mainan Happy Meal Limited Edition Minions The Rise Of Gru

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 335 hits
Koleksi Mainan Happy Meal Limited Edition Minions The Rise Of Gru kini kembali di semua outlet restoran McDonalds Malaysia Koleksi mainan yang dibawakan bersempena dengan filem terbaru dari Illumination The Rise Of Gru akan menemui peminat ...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Hello Everyone

Pokemon Fire Red Version

Kenapa Kotak Scent Diffuser Perlu Rekaan Premium Profesional

Nasi Goreng Telur Dan Sosej Di England

Jangan Berduka Atas Apa Yang Luput Darimu Dan Jangan Terlalu Bahagia Atas Apa Yang Allah Karuniakan Kepadamu