Gesa Ismail Sabri Percepat Pru Bermakna Umno Tidak Sabar Mahu Menukar Perdana Menteri


 
Sebaik saja menang bergaya dalam PRN Melaka, macam sudah tak sabar lagi UMNO mahu PRU15 diadakan dengan segera.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, beliau sudah pun memberitahu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar menimbang untuk membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat ini.
Ini kerana katanya, berikutan kejayaan BN di Melaka, ia adalah keadaan yang cukup baik untuk disusuli dengan diadakan PRU15 pula.
Berkaitan gesaan Mohamad Hasan atau Tok Mat ini, saya sebelum ini pernah menulis bahawa kemenangan BN di PRN Melaka bukanlah kemenangan buat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya, antara yang utama berhak mendakwa kemenangan itu sebagai kemenangan mereka ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan selaku Pengarah PRN Melaka.


Ismail Sabri malah akan terus terpencil dengan kemenangan BN secara solo ini kerana beliau sebelum ini bersungguh-sungguh menawarkan diri untuk menjadi pendamai bagi mencari titik kerjasama antara UMNO, Pas dan Bersatu.
Bermakna, idea UMNO mesti bekerjasama dengan Pas dan Bersatu yang cuba diusahakan oleh Ismail Sabri itu langsung tiada harga sekarang ini kerana telah terbukti bertanding solo pun BN mampu mencipta kejayaan cemerlang.
Malah Zahid Hamidi, Najib dan Mohamad Hasan yang sedari awal mempertahan keperluan BN bertanding solo ternyata tidak salah perkiraan dan sedang menjadi pujaan ahli-ahli akar umbi UMNO.
Untuk itu, gesaan Tok Mat agar PRU15 diadakan segera bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Ternampak sekarang selepas kejayaan BN di Melaka, UMNO melalui Tok Mat sedang mempromosi kemenangan tersebut untuk agenda yang lebih besar iaitu menukar Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak dilihat mewakili keseluruhan wajah UMNO kerana sejak awal beliau lebih memihak kepada Mahiaddin dan Bersatu berbanding UMNO.
Oleh kerana Zahid Hamidi sedang berdepan perbicaraan di mahkamah, manakala Najib sudah dihukum bersalah dan ada lagi perbicaraan berkaitan 1MDB sedang berjalan, kedua-dua mereka tentu saja tidak sesuai dinamakan sebagai calon Perdana Menteri jika PRU15 diadakan sekarang ini.
Atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah PRN Melaka yang berjaya mencipta kejayaan cemerlang buat BN, pastinya Mohamad Hasan adalah calon terbaik sekali untuk diketengahkan.
Selain itu, Mohamad Hasan juga mendapat sokongan akar umbi yang lebih kukuh berbanding Ismail Sabri yang kecenderungannya dilihat lebih condong untuk membawa Bersatu bekerjasama dengan UMNO berbanding keyakinan bergerak solo.
Dalam erti kata lain, secara tersiratnya Mohamad Hasan sedang menonjolkan dirinya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Ismail Sabri di sebalik gesaannya agar dipercepatkan PRU15 itu.
Jika UMNO atau Mohamad Hasan mahu Ismail Sabri terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak perlu terlalu tergesa-gesa mendesak diadakan pilihanraya dengan segera.
Lagi pun, Ismail Sabri belum lagi mencecah tempoh 100 hari menikmati hari-hari penuh bahagia sebagai orang paling berkuasa di negara ini. – ShahbudinHusin 22/11/2021.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/gesa-ismail-sabri-percepat-pru-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Hari Ismail Sabri Tak Ubah Macam Malaysia Tiada Perdana Menteri

100 Hari Ismail Sabri Tak Ubah Macam Malaysia Tiada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 285 hits
Hari ini genap 100 hari Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan pada 21 Ogos lalu Dalam penegasan kepada barisan kabinetnya beberapa hari kemudian Ismail Sabri mahu para menterinya membuktikan pe...
Umno Desak Kerajaan Diterajui Umno Adakah Ini Bermakna Ismail Sabri Tidak Begitu Berfungsi

Umno Desak Kerajaan Diterajui Umno Adakah Ini Bermakna Ismail Sabri Tidak Begitu Berfungsi

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 199 hits
Kenapa UMNO desak kerajaan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan secara terbuka menggesa kerajaan agar segera bertindak menangani kenaikan harga barangan pengguna yang menjadi rungutan ramai ketika ini Saya faham bahawa fenomena kenaikan har...
Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 370 hits
Umum telah tahu bahawa Malaysia telah mempunyai Perdana Menteri yang kesembilan setelah Perdana Menteri kelapan iaitu Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin Md Yasin meletakkan jawapan kerana kegagalan mendapatkan sokongan ahli Parlimen bersandark...
Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 297 hits
malaysiamerdeka comPEMUDA Umno meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lebih pro aktif mengawal harga barang keperluan asas rakyat pasca pandemik dan menjelang musim hujan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut ...
Pemuda Umno Bantah Menteri Kabinet Tak Sensetif

Pemuda Umno Bantah Menteri Kabinet Tak Sensetif

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 214 hits
Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol Kami tidak bersetuju dengan...
Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

Kerajaan Mesti Tolak Rumah Rm100 Juta Najib Kalau Tidak Ismail Sabri Pun Wajib Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 241 hits
Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini Pertama menolak permintaan tersebut dan kedua segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah dilulusk...
Pm Ismail Sabri Kabinet Baharu Dan Rasionalnya

Pm Ismail Sabri Kabinet Baharu Dan Rasionalnya

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 167 hits
Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media Yang perlu diambil perhatian ialah perenggan ini Seri Paduka Baginda turut bertitah bahwa PM yang dilantik oleh baginda menurut Perkara 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mu...
Senarai Penuh Kabinet Pm Ismail Sabri

Senarai Penuh Kabinet Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 214 hits
Senarai penuh barisan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriYB Datuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri YB Datuk Lim Ban HongMenteri Kanan Men...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities