Mahu Rezeki Mewah Dan Melimpah Ruah Baca Ini
Mahu rezeki mewah dan melimpah ruah? Baca ini| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Awal pagi tadi aku terbaca 1 artikel yang dikongsikan di dalam media sosial berkaitan waktu-waktu tidur yang dilarang di dalam islam. Mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin juga ramai yang tidak tahu. Dan mungkin ada juga yang dah terbiasa tidur dalam waktu waktu ini. Harapnya selepas baca ini, bolehlah kita sama-sama berubah ya!
5 waktu tidur yang dilarang dalam islam.
#1. Tidur selepas solat subuh.
Aku sendiri pun terbiasa macam ini. Dan mungkin ramai pun macam ini. Selepas subuh, Rasulullah biasanya akan berzikir sehinggalah tiba waktu syuruq (matahari terbit). Dan tidur pagi hari juga mampu menghalangi rezeki seseorang. Pernah terbaca dalam 1 buku, jika kita nak rezeki kita lancar dan mewah, janganlah kita tidur selepas solat subuh. Dan waktu itu boleh dimanfaatkan dengan berzikir atau membaca al-quran.
Ibnu Qayyim Al Jauziyah mengatakan:
Empat hal yang menghalangi datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, malas solat,malas malasan dan berkhianat.
#2. Tidur selepas solat asar.
Yang sebenarnya tidak ada hadis yang terkait larangan tidur selepas solat asar. Tetapi sebaiknya janganlah dilakukan kerana takut kita akan tertidur sampai masuk waktu maghrib. Selain itu,kesan tidur petang bagi kesihatan di antaranya boleh membuatkan tubuh menjadi lesu, ganguan daya ingatan, dan berbahaya bagi kolestrol badan.
Selain itu, biasa kita dengar kan, orang tua pesan, jangan tidur lepas solat asar sebab takut akan mewarisi penyakit gila. Dan ada juga yang kata, kalau tidur waktu petang ini, akan dapat keletihan mereka yang baru pulang kerja. Ada pelbagai versi sebenarnya. Tapi ada baiknya juga jika kita tak tidur dalam waktu ini.
#3. Tidur sebelum solat Isya.
Rasullulah S.A.W membenci tidur sebelum solat Isya dan berbual bual setelahnya (HR Bukhari 568 dan muslim 647)
Jadi adalah sebaiknya, elakkan tidur sebelum kita selesai solat isya. Tapi adalah digalakkan untuk kita tidur awal setelah itu bagi memudahkan kita bangun awal pagi bagi melaksanakan solat sunat tahajud.
#4. Tidur selepas makan
Ya ampun, aku pun terkadang macam ini. Balik lewat, kemudian makan, bersiap dan tidur! Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
Janganlah kalian langsung tidur setelah makan kerana dapat membuatkan hati kalian menjadi keras (HR Abbu Nua’im, dari Aisyah,ra)
Selain itu, tidur selepas makan juga dapat meningkatkan risiko penyakit stroke. Penyakit ini boleh terjadi di sebabkan oleh kerasnya sistem kerja pencernaan,sekaligus meningkatkan tekanan darah,kadar gula di dalam darah dan kolestrol yang mana boleh mengakibatkan terjadinya stroke.
#5. Tidur sepanjang hari.
Rasullulah S.A.W telah memberikan isyarat tentang banyaknya tidur adalah gangguan syaitan. Sebagaimana tersebut dalam sabda beliau yang bersumber dari ibnu masud:
Diceritakan (Allah) kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang seseorang yang tidur hingga subuh (waktu Fajar pagi) sabda baginda Nabi: “itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya (HR Bukhari dan Muslim).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/07/rezeki-mewah-dan-lancar.html