Mahu Jadi Pm Kembali Mahathir Hanya Bertepuk Sebelah Tangan Sahaja




Amat malang nasib Mahathir sejak kebelakangan ini , apabila semua tindakannya menemui jalan buntu. Selain menemui jalan buntu , Mahathir juga sudah lagi tidak dihormati oleh pihak komponen dalam Pakatan Harapan.

Parti bunga pun sudah dijangkiti virus. Ramai sudah keluar parti. Perpecahan dalaman tidak boleh diselindung lagi. Hendak jadi PM sekali lagi, tetapi DAP, PKR dan PAN terus sepi. 

Dahulu di era Mahathir memerintah dengan cengkaman kuku besi dan ala diktatornya, akhbar pro kerajaan pernah mengumpamakan “jika Mahathir batuk sahaja , UMNO akan demam” , namun kini jelas , Mahathir menjerit pun tiada siapa yang endahkannya.

Masa berlalu. Zaman berubah. Orang parti setia pada parti, bukan taksub pada individu.  Mahathir bukan lagi individu eksklusif malah dianggap sebagai telah “overstay his welcome”.

Kini setelah melihat semua parti komponen dalam Pakatan Harapan setuju menamakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke 7 , Mahathir terasa dirinya dipinggir dan dimalukan. Lalu Mahathir membuat kenyataan dirinya mungkin akan terpaksa menjadi Perdana Menteri jika keadaan memerlukan.

Ini seolah olah mahu menafikan resolusi PH bahawa Anwar PM ke 7. Maka Mahathir berharap pengumuman yang dia buat pada 1 Jun 2017 itu mendapat respon positif DAP, PKR dan PAN. 

Ketiga tiga parti itu tidak menari pun dengan pengumuman Mahathir itu. Mereka masih dengan irama dan tarian mereka sendiri. Bermakna DAP dan PKR sudah tunjuk kuasa.

Boleh diumpamakan Mahathir hanya tepuk sebelah tangan sahaja. Kenyataannya dilayan sebagai “non issue” oleh sekutunya dalam PH. Mahathir umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, bila buat pengumuman hendak jadi PM semula. 

Dua kali "terpecik air ke muka (malu)". Pertama bila plakad Anwar sebagai PM ketujuh diangkat pada 21 Mei 2017. Keduanya bila buat pengumuman hendak jadi PM semula pada 1 Jun 2017. Dalam masa dua minggu, dua kali Mahathir dimalukan. 

DAP yang dominan dalam PH dengan 37 kerusi, PKR kedua dominan dengan 29 kerusi, PAN ada 6 kerusi dan PPBM hanya ada 1 kerusi sahaja. Mana boleh parti yang ada 1 kerusi mahu menjadi Perdana Menteri? 

Muhyiddin pada 26 Mac 2017, pernah mencadangkan PPBM menjadi ketua dan teras kepada Pakatan Harapan. Cadangan ini ditolak mentah mentah sahaja oleh DAP. Apa PPBM boleh buat? 

Terpaksalah Muhyiddin datang melayan Guan Eng berbuka di bulan puasa. Semuanya kerana parti Mahathir itu lemah. Terpaksa minta sokongan dari DAP untuk nampak kuat. 

Mahathir sudah sindir kajian calon PM yang dilakukan oleh Rafizi sebagai syok sendiri pada 25 Mei 2017. Apakah Mahathir tidak sedar bahawa pengumuman dia juga syok sendiri? DAP, PKR dan PAN tidak layan pun. 

Dalam satu ceramah di Rawang pada 6 Julai 2012, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Mahathir adalah orang yang paling takut kalau dia menjadi PM. Mahathir pula pernah kata ; 

"Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri" pada 29 Januari 2014. 

Mahathir dan Anwar masing masing takut antara satu sama lain. Sekarang ini apa yang Mahathir kata pada Anwar ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Dua dua sama sahaja, gila kuasa hendak jadi PM. 

Yang membezakan sekarang adalah DAP, PKR dan PAN bertepuk dua belah tangan mahu Anwar jadi PM. Mereka hanya mentertawakan sahaja melihat Mahathir syok sendiri mahu jadi PM sekali lagi. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://info4thetruth.blogspot.com/2017/06/mahu-jadi-pm-kembali-mahathir-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Bertepuk Sebelah Tangan Zahwa Ws

Lirik Bertepuk Sebelah Tangan Zahwa Ws

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 235 hits
adakah ku bersalahbila aku bertanyatentang perobahanmuyang tlah mengabaikankuhati mana yang bisajika diri ini bagi mu tak lagi bermaknasekuat apapun ku bertahansejauh manapun ku berjuangku tetap bagai bertepuk sebelah tanganharukah aku yang...
Kisah Kejayaan Buat Rm9 Juta Sebulan Hanya Jual Produk Orang Sahaja

Kisah Kejayaan Buat Rm9 Juta Sebulan Hanya Jual Produk Orang Sahaja

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraZaman teknologi dihujung jari kini memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dengan lebih pantas berbanding dahulu Selain daripada mendapatkan maklumat ramai juga yang mengambil peluang ini untuk memulak...
Yauke Dadah Bertepuk Tangan

Yauke Dadah Bertepuk Tangan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 262 hits
Selepas ini ramai lagi yang disqualified akan diupah menjadi keldai terlatih
Rm3 7 Bilion Peruntukan Hanya 0 1 Sahaja Peluang Kerja Diadakan

Rm3 7 Bilion Peruntukan Hanya 0 1 Sahaja Peluang Kerja Diadakan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 368 hits
Inisiatif menjana dan mengekalkan peluang pekerjaan dikritik oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif tersebut perlu diteliti dengan lebih cermat dari segi pelaksanaan dalam Belanjawa...
Hiburan Kecoh Jam Tangan 1 Juta Tokti Beli Beg Tangan Mewah Harga Rm20k Hanya Untuk Lengkapkan Ootd

Hiburan Kecoh Jam Tangan 1 Juta Tokti Beli Beg Tangan Mewah Harga Rm20k Hanya Untuk Lengkapkan Ootd

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 219 hits
Penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa sebagai Tokti sekali lagi mencuri perhatian ramai setelah tular mengenai jam tangan yang digayakan penyanyi itu bernilai lebih RM1 juta ARTIKEL BERKAITAN Advertisem...
Kekal Sihat Hanya Makan Buah Beri Biru Yang Mengandungi 80 Kalori Sahaja

Kekal Sihat Hanya Makan Buah Beri Biru Yang Mengandungi 80 Kalori Sahaja

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 239 hits
Beri biru memang bukan buah yang terhasil dari negara Malaysia tapi tak bermakna kita tidak berpeluang makan atau rasa keenakan dan kebaikan buah beri biru Ada berita baik untuk kita semua U S Highbrush Council di Malaysia selama 100 tahun ...
Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 284 hits
Kalau ikutkan hati tak puas hati juga mereka hanya dipenjara 18 tahun sahaja Bapa arwah ZulfarhanHukuman penjara 18 tahun dijatuhkan terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia setelah didapati bersalah atas pertuduhan me...
Yb Dap Ni Hanya Nampak Orang Cina Sahaja Kata Chan Quin Er

Yb Dap Ni Hanya Nampak Orang Cina Sahaja Kata Chan Quin Er

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 279 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBaru baru ini Nga Kor Ming telah membuat satu lagi publicity stunt dengan mempersoal bantuan dan peruntukan yang dapat kepada kaum Cina dari pengumuman Bajet 2022 Ketika menjadi kerajaan selepas PRU14 Nga Kor Ming membu...
Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 482 hits
Assalamualaikum Bayi umur 7 bulan dah boleh pegang Jadi kita boleh ajar mereka untuk pegang biskut dan makan Waktu sebegini juga normally bayi mulai rasa gatal gusi untuk timbuh gigi jadi biskut bayi ni salah satu untuk mereka belajar mengu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life