Mahu Bunuh Diri Akibat Dibuli Video Kanak Kanak Kerdil Ini Menyayat Hati Netizen Sedunia
Sejak Selasa lalu, Yarraka Bayles, ibu kepada Quaden Bayles yang berasal dari Brisbane, Australia berkongsi video anak lelakinya itu yang mahu membunuh diri akibat dibuli. Foto: Facebook/ Yarraka Bayles
“AMBILKAN saya pisau, biar saya bunuh diri sendiri…”
Siapa yang tidak terkejut jika itu dituturkan oleh orang terdekat dengan kita, apatah lagi jika ayat itu disebut oleh seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.
Kanak-kanak lain pada usia itu seharusnya sedang bergembira bermain, belajar dan mengenal dunia.
MAAF VIDEO TELAH DI DELETE UNTUK PRIVASI MANGSA.
Namun, itulah yang didedahkan oleh ibu kepada seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan gangguan genetik achondroplasia atau lebih dikenali sebagai dwarfism (kerdil).
Sejak Selasa lalu, Yarraka Bayles, ibu kepada Quaden Bayles yang berasal dari Brisbane, Australia berkongsi video anak lelakinya itu yang menangis dan mahu mengakhiri nyawa sendiri akibat dibuli.
Menerusi video berdurasi 6:46 itu, Quaden menyatakan dia mahu menikam dirinya sendiri dan mahu orang membunuhnya.
Ini semua kerana menurut Yarraka, Quaden sering dibuli di sekolah akibat kelainan fizikal yang dialaminya itu.
“Saya mahu semua orang termasuk ibu bapa, pendidik, para guru memahi kesan akibat dibuli. Ini apa yang terjadi kepada seseorang kanak-kanak akibat dibuli.
“Jadi tolong mengajar anak-anak anda, ahli keluarga serta rakan-rakan anda tentang kesan dibuli,” katanya.
Yarraka menerusi video tersebut turut menyatakan sebelum ini Quaden ada cubaan membunuh diri kerana tidak tahan dibuli setiap hari ke sekolah ataupun apabila berada di tempat awam.
Justeru, Yarraka menggesa agar semua pihak terlibat untuk memberi perhatian sepenuhnya terhadap kes buli dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di sekolah.
Sejak video tersebut tular di media sosial, apa yang terjadi terhadap Quaden mula menarik perhatian orang ramai yang mahu membantunya termasuk dalam kalangan selebriti terkemuka.
Salah seorang selebriti yang mahu membantu Qauden adalah pelakon antarabangsa, Hugh Jackman.
Dalam perkongsian menerusi video di lama Twitter peribadinya, Jackman turut mengingatkan orang ramai untuk menghentikan buli.
Bukan itu sahaja, pasukan ragbi The Indigenous All Stars turut menjemput Quaden untuk mengetuai pasukan mereka dalam perlawan National Rugby League All Stars yang akan berlangsung Sabtu ini.
Malah kempen mengumpul dana untuk membantu Quaden menerusi GoFundMe untuk menghantar kanak-kanak itu ke Disneyland berjaya mengumpul dana berjumlah lebih AS$167,000 (RM700,000.31).
Brad Williams yang memulakan kempen tersebut menjelaskan, jumlah yang berjaya dikutip adalah melebihi sasaran awal iaitu AS$10,000 (RM41,000.94).
Baki tersebut akan disalurkan kepada organisai anti-buli dan anti-keganasan.
Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan gejala bunuh diri dalam kalangan remaja bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes bunuh diri antara 10 penyebab utama kematian di dunia, selain menjadi punca kedua kematian dalam kalangan remaja dan belia berusia 15 hingga 29 tahun.
Apa yang lebih menyedihkan adalah punca bunuh diri dipercayai akibat masalah kemurungan dan kesihatan mental.sumber
The post Mahu bunuh diri akibat dibuli, video kanak-kanak kerdil ini menyayat hati netizen sedunia appeared first on InfoJe.org.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.org/mahu-bunuh-diri-akibat-dibuli-video-kanak-kanak-kerdil-ini-menyayat-hati-netizen-sedunia/